Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 8 September 2011

KDNK Jerantut Melebihi RM2 Bilion Setahun ?

TABURAN PENDUDUK JERANTUT


Salam . Berapakah penduduk terkini penduduk Jerantut ? Dalam sekitar 90,000 orang ? Dari Jumlah Tersebut berapa orangkah yang berumur sekitar 7 hingga 17 Tahun sekitar 20,000 orang . Berapa pula yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 7 tahun ? Mungkin sekitar 12,000 . Berapa pula belia yang berumur dalam lingkungan 18-21 tahun 8000 orang .... Jadi berapa kah orang yang benar2 dewasa yang layak untuk mengundi ? sekitar 50000 orang dan dari jumlah tersebut mungkin hanya 75% yang keluar mengundi atau 37500 orang sahaja . dan 37500 orang inilah yang akan direbut oleh  Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional . Dari jumlah 37500 berapa pula warga emas ? katakanlah sekitar 7% adalah warga emas 2625 . Jadi jumlah yang berada sdalam lingkungan 21-55 tahun ilah sekitar 34800 orang pengundi . Itu ilah junmlah keluar mengundi saya tak nak cerita pasal pilihanraya kali ini saya nak cerita tentang kuasa beli rakyat jerantut ? Iaitu penduduk yang boleh menghasilkan wang dan membelanjakan wang mereka di sekitar Jerantut untuk merangsang ekonomi Jerantut . 18-55 adalah yang biasanya layak bekerja katakanlah kita tumpu kepada yang berada disekitar 21-55 tahun sahaja maka terdapat hampir 50,000 penghasil wang di Jerantut ini . Kalau setiap seorang menghasilkan secara purata RM1000 sebulan maka revenue setahun penduduk Jerantut ialah hampir RM600 Juta . Jika kita anggarkan hanya 40 dari wang ini dibelanjakan di Jerantut maka ada sebanyak RM240 Juta berligar disekitar Jerantut yang perlu direbut oleh para peniaga-peniaga di Jerantut .

KUASA BELI JERANTUT

parlimen81 percaya bahawa jumlah sebenar yang berligar di Jerantut ini melebihi jumlah tersebut ?

1. Ada sekitar 20 Tanah Rancangan felda yang berada disekitar dan sempadan Jerantut  dengan anggaran terdapat seramai 375 peneroka setiap felda yang berpendapatan sebanyak RM2300 sebulan maka akan ada lebih  kurang RM207Juta .

2. Ada hampir 800 guru sekolah Menengah yang membawa pulang secara purata sejumlah RM3500 sebulan atau RM33Juta.

 3. Ada hampir 1200 guru sekolah rendah yang membawa pulang secara purata RM2500 sebulan atau RM36juta setahun .

4. Ada hampir 2000 kaitangan kerajaan yang berpendapatan purata Rm2000 sebulan atau setahun RM48 Juta setahun.

5. Sementara itu jumlah Pekebun Kecil Sawit pula ialah dalam lingkungan 4200 hektar yangboleh memberi pulangan berjumlah 100k tan FFB sawit setahun yang memberi pendapatan berjumlah RM60 juta setahun kepada pekebun kecil diseluruh Jerantut.

6. Pekebun Kecil Getah pula menyumbangkan sebanyak jumlah hektar pekebun kecil di pahang dalam lingkungan 42000 hektar . jika 7 adalah dari keluasan tersebut ialah dari jerantut maka pendapatan pekebun kecil di Jerantut dalam lingkungan 3500 hektar yang jika hasil setiap hektar dalam lingkungan dalam 1800 kilo maka jumlah duit belegar di jerantut lebih kurang rm75juta setahun dari hasil getah jika harga getah lingkungan rm5 sekilo .

7. Sektor pernigaan dan perladangan memberi jumlah selebihnya kepada jumlah pendapatan rakyat jerantut.

KDNK JERANTUT

KDNK Pahang secara puratanya adalah sebanyak RM20Billion -25Billion Setahun . Secara tak ilmiahnya parlimen81 menjangkakan bahawa KDNK Jerantut adalah sebanyak melebihi dari RM2 Billion setahun hasil iaitu 1% dari nilai KDNK Pahang yang diperolehi dari industri pertanian seperti getah dan sawit , industri perlombongan bijih dan kerikil dan industri pembalakan .  Pahang contribute sebanyak hampir 5% dari KDNK negara .  

KONKLUSI :

1. Jerantut adalah lubuk duit kepada yang ingin benar2 ingin bermuamalat secara islam . Dan juga boleh menjadi lubuk duit kepada yang ingin berniaga secara kotor.

2. Bilangan student UiTM di Jengka yang seramai 10,000 org nanti hendaklah ditarik membelanjakan wang mereka di Jerantut . Buatlah satu perancangan untuk menarik mereka ini berhujung minggi di Jerantut .


Nota : Ini satu lagi analisis merapu dari parlimen81 . Banyak fakta tak betul .... tapi ada sipi-sipi lah juga agaknya ... jadi kalau ada yg mahir tu buatlah analisis baru .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Moleh benor statistik yang parliment 81 buat tu.Sekurang kurangnya ada juga membuat sedikit kajian walaupun tidak secara terperinci.Syabas