Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 10 September 2011

Siapa Kata Pahang Pernah Di Jajah ?

Siapa kata Pahang pernah dijajah ? Pahang tak pernah dijajah . Portugis tak pernah jajah Pahang , Belanda tak pernah jajah Pahang , Siam tak pernah jajah Pahang . Dalam sejarah Portugis dan Belanda hanya pernah menjajah Melaka .  Jadi siapa kata Pahang pernah dijajah ? Pahang pun tak pernah dijajah oleh British . British hanya datang ke Pahang sebagai penasihat  . British hanya membantu negeri pahang memperkemaskan pentadbir negeri Pahang . British tidak gannggu institusi agama di Pahang . British tak pernah menghasut rakyat Pahang untuk masuk agama Kristian . British hanya datang membantu memperkemaskan sistem kerajaan negeri Pahang . 

Antara perkara pertama yang British buat sebagai penasihat ialah menasihatkan supaya diwujudkan Sekolah Melayu di negeri Pahang . Maka wujudklah sekolah melayu pertama di negeri Pahang pada tahun 1887 . Kemudian british wujudkan sistem pengangkutan air yang lebih baik dinegeri Pahang . Pahang lancarkan kapal2 seperti Sinyum , Ethel untuk beroperasi di Sungai Pahang dan beberapa kapal lagi beroperasi antara Kuantan  , Pekan dan Singapura . British ujudkan sistem pentadbiran daerah yang lebih kemas . Ramai anak-anak Melayu dilatih untuk menjadi pegawai-pegawai di Pejabat2 daerah . Sir Mahmud Mat Menteri Besar Pahang yang pertama hanyalah berasal dari org biasa2 jer kemudian diambil oelh British menjadi pegawai rendah dalam pentadbiran mereka sehingga menyadang jawatan DO di beberap daerah sebelum dilantik jadi menteri besar pertama . 

British juga yang memperkemaskan sistem pengutipan hasil mahsur negeri seperti hasil galian emas dan bijih supaya lebih teratur . Hasil galian ini telah memberi pendapatan yang besar kepada negeri Pahang . Dari hasil galian inilah maka British telah merancang supaya sekolah-sekolah Melayu dibuka lebih banyak di Pahang . Kemudian british juga merancang sistem pengairan di negeri pahang speti di Pahang Tua dan Pulau Tawar untuk memastikan sumber makan mencukupi di negeri Pahang . Hasil-hasil dari perlombongan emas telah diagihkan kepada Jerantut dan Pekan . British telah melabur sehingga $130,000 untuk membina sistem pengairan Paya Kangsa iaitu Empang Salan dan taliair dari empang Salan ke Paya Kangsa untuk memastikan Paya Kangsa dapat air mencukupi bagi tujuan penanaman padi . Walaupun projek ini yang diawarkan kepada seorang kontraktor bernama Ong Cheng Jim dari Lipis akhirnya gagal mencapai matlamat kerana terlepas pandang terhadap stuktur tanah disepanjang laluan tali air tapi komitment British untuk memajukan Pahang amat tinggi . 

British juga telah membina jalan-jalan raya menghubungkan daerah-daerah di negeri Pahang di samping jalan keretapi . 

Disektor ekonomi british juga telah memperkenalkan tanaman getah selain dari industri pelombongan . Ini telah melonjak ekonomi Pahang ketahap yang tinggi . 

Jadi siapa kata Pahang pernah dijajah ? Jepun masuk ke Tanah Melayu pun bukan untuk menjajah Tanah Melayu tapi untuk menghalau British . Jepun tidak ambil alih kerajaan Pahang . Jepun juga bertindak sebagai penasihat kerajaan pahang sementara dan pada masa yang sama memastikan British tidak masuk semula ke negeri Pahang . Jepun tidak suka orang asia dinasihat oleh orang barat . Jadi orang asia hendaklah dinasihat oleh orang asia juga . Kemudian bila Jepun kalah dinegeri mereka sendiri Jepun serahkan kembali Negeri pahang kepada rakyat Pahang  . Dikatakan beberapa puak berhaluan kiri mengambil alih pentadbiran Pahang selama beberapa hari tanpa membelakangkan sistem beraja . Bila British berjaya kembali ke negeri Pahang maka British kembali menguna pakai sistem mereka sebelum kedatangan Jepun . Sistem itu diguna pakai dengan beberapa perubahan sehinggalah tahun 1955 dan kemudian beberapa penambahbaikan sehingga sekarang . 

Jadi sebenarnya Pahang tak pernah dijajah kan ? Jadi kenapa perlu di laungkan MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA kalau kita memang tidak pernah dijajah ? Mungkinkah laungan MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA hanya valid untuk negeri Melaka sahaja . Sebab itu YAB Perdana Menteri Pertama  melaungkan  MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKAdi negeri Melaka sebagai melambangkan kemerdekaan Melaka ?

Jadi parlimen81 amat menyokong kenyataan Majlis Professor Negara (MPN) (KLIK SINI ) yang dianggotai oleh 1600 proffesor yang mengesahkan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah .

Kalau MPN dah sahkan ..... takkan nak sangkal lagi kenyataan 1600 professor ini ... pakar2 semua tuuuuu . Jadi tak perlulah kita laungkan MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA  bila tiba 31 Ogos setiap tahun . Betul tak MPN ?

Nota : Ini analisis yang memang amat merapu dari parlimen81 . Tolonglah betulkan kalau salah .

1 ulasan:

Kutukandewata berkata...

P81,
MEMANG BETUL CAKAP TUAN ITU.SEMASA PERTAMA KALI ROMBONGAN TUMKU PERGI MENUNTUT KEMERDEKAAN PIHAK BRITISH MENEGASKAN BAHAWA TANAH MELAYU MILIK SULTAN BUKAN MILIK BRITISH.MINTA LAH TANDATANGAN RAJA ANDA KALAU ANDA HENDAK MEMERINTAH.

MINTA LINKKAN BLOG SAYA
http://kutukandewata.blogspot.com

TQ.