Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 14 September 2011

Kontraktor jadi mangsa samun di Jerantut

Kontraktor jadi mangsa samun 

Seorang kontraktor pemasangan mozek kerugian kira-kira RM10,000 manakala sebuah kereta jenis Atos milik rakannya turut lesap dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Taman Seroja dekat Jerantut, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa berusia 48 tahun bersama dua rakannya berusia 40an baru pulang dari tempat kerja sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi bising dari dalam rumah.

Mangsa yang curiga bergegas masuk ke dalam rumah sebelum disambut oleh tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang disyaki perompak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintenden Nordin Mustapha berkata, mangsa dan dua rakannya itu diacukan parang sebelum kaki dan tangan mereka diikat perompak terbabit menggunakan pita pelekat .

Menurutnya, suspek bertindak menggeledah rumah berkenaan dan melarikan wang tunai RM5,000, tiga buah telefon bimbit dan peralatan memasang mozek membabitkan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira 10,000.

“Turut lesap sebuah kereta jenis Atos milik rakannya dipercayai di gunakan suspek untuk melarikan diri,” katanya ketika di temui di pejabatnya di sini, semalam.

Nordin berkata, suspek juga turut merampas kereta jenis Atos milik salah seorang mangsa dan melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut.

“Berdasarkan suara dan pertuturan salah seorang suspek, mangsa mendakwa dia mengecam dan mengenali suara lelaki itu.

“Mangsa mendakwa salah seorang suspek itu dipercayai bekas pekerjanya yang dipecat tidak lama dahulu,” katanya.

Menurut nya, mangsa turut mendakwa, bekas pekerja yang berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu sering menimbulkan masalah ketika masih bekerja dengannya.

Setakat ini polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dan memberi jaminan akan memberkasnya pada bila-bila masa sahaja.

“Kereta rakan mangsa juga belum di temui bagaimanapun polis yakin ia ditinggalkan tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story9523382.asp

Tiada ulasan: