Risikan parlimen81 sepanjang menziarahi ramai kenalan dan sedara mara semasa hariraya baru ini di kampung sekitar dun tahan , pulau tawar dan damak . Inilah analisa parlimen81 iaitu Pakatan Rakyat (PR)Confirm Menang di Jerantut PRU13 di kerusi-kerusi berikut 3-1 :
1. Parlimen Jerantut - dengan syarat Tengku Lan terus bertanding di kerusi ini confirm PAS akan menang
2. DUN Tahan - dengan syarat Wan Amizan terus bertanding di DUN ini dan Wan Amizan tidak dicalonkan di mana-mane kerusi di Jerantut ini , confirm PAS akan menang
3. DUN Damak - jika BEBAS , PKR dan DAP tidak bersaing sesama sendiri pasti Pakatan Rakyat menang.
4. DUN Pulau Tawar - letaklah sapa pun calon BN tetap menang kat sini kalau Dr Shukri bertanding kat sini lagi pun masih tetap akan menang .
Risikan parlimen81 di dun Tahan .... banyak sungguh isu-isu tempatan dan isu calon boleh diekspotasi oleh Pakatan Rakyat untuk menarik perhatian pengundi . Risikan parlimen81 juga membayangkan hanya di Felda Retang sahaja lagi Wan Amizan mendapat sokongan kuat sementara di Ulu Tembeling , Kuala Tembeling dan tembeling tengah sekitar kg Merting Wan Amizan dah tiada sokongan lagi . Isu-isu Wan Amizan yang yang difitnah kononya begitu bersemangat mengumpul kekayaan (walaupun mungkin tiada bukti kukuh dan mungkin tidak benar) dari Ulu Tembeling hingga ke Jerantut Hilir akan memakan diri beliau . Risikan parlimen81 juga menunjukan jika bukan selain Wan Amizan yang bertanding di DUN Tahan dan Wan Amizan tidak dicalonkan disebarang kerusi di jerantut , DUN Tahan juga akan jatuh ketangan PAS disebabkan unsur2 protes dari saki-baki penyokong wan amizan . Jadi UMNO Pahang sekarang ini dalam dilema untuk mempertaruhkan calon di DUN Tahan ini .
Risikan parlimen81 di dun pulau tawar pula menunjukan walaupun Dr Shukri sekarang ini tidak mendapat sokongan dari orang ramai tapi kalau dia tetap bertanding beliau pasti boleh menang di DUN Pulau Tawar tapi jika ada calon lain kemenangan BN akan lebih besar lagi di DUN Pulau Tawar kerana DUN Pulau Tawar masih lagi menjadi lubuk deposit tetap UMNO di Jerantut ini . Letaklah sesiapa pun calon kat sini . Calon korup pun masih boleh memenangkan UMNO di DUN Pulau Tawar ini kerana deposit tetap UMNO di FELDA-FELDA masih lagi tetap bersama dengan UMNO . Isu-isu berkaitan Dr Shukri yang difitnah kononnya mempunyai hutang bernilai RM16 juta tidak memakan diri beliau dengan kuatnya pengaruh UMNO di DUN Pulau Tawar terutama di felda-felda. Bukan bermakna orang sokong Dr Shukri tapi kerana kuatnya jati diri ahli UMNO itu sendiri menyokong UMNO tanpa mengira siapakah calon mereka . Walaubagaimanapun UMNO Cawangan Pulau Tawar sekarang ini sedang kuat melobi supaya calon dari kalangan anak jati Pulau Tawar dicalonkan di sini . Antara calon yang kuat melobi sekarang ini ialah DO Bera Dato' Mat Hj Daud , Ketua UMNO Pulau Tawar iaitu Enchu Nazari , Dato' Hj Rosdi dan Dato Nazri Ngah. Tapi seperti biasa dijangkakan bahawa kali ini sekali lagi anak temnpatan pulau tawar akan terus di pinggirkan oleh UMNO . Seorang calon yang bukan dari kalangan anak tempatan kampung pulau tawar akan dicalonkan di DUN Pulau tawar ini iaitu seorang calon profesional dari kalangan anak Felda akan diletakkan di DUN ini . Ini adalah bagi menghargai sokongan besar masyarkat Felda dalam PRU12 dulu.
Risikan parlimen81 di dun DAMAK pula menunjukan bahawa Pakatan Rakyat rakyat dah ada sekurang-kurangnya 7000 undi di DUN Damak . Pengundi-pengundi ini hanya menunggu DUN dibubarkan sahaja untuk menawan DUN ini . Risikan juga mendapati terdapat usaha2 untuk memastikan calon ini menarik diri disaat akhir pencalonan.
Sementara risikan parlimen81 di parlimen Jerantut pula jika Tengku Lan masih lagi bertanding di parlimen Jerantut dalam PRU ke 13 nanti . pasti beliau akan kalah disebabkan undi penyokong tegar PR sendiri dan undi protes dari sebahagian ahli UMNO yang tidak setuju dengan kepimpinan beliau. PRU ke 13 dulu beliau hanya menang di satu DUN sahaja iaitu dun Pulau Tawar sedangkan di dun-dun lain beliau tewas .
Risikan parlimen81 juga menunjukan bahawa BN masih boleh berjaya menawan semua kerusi-kerusi di Jerantut ini selain dun damak jika mereka menawarkan calon-calon yang tiada kaitan langsung dengan UMNO Bahagian iaitu calon yang benar-benar fresh dan dari latar belakang profesional dan koperat (bukan keparat).
Risikan parlimen81 juga menunjukan bahawa PAS sekarang ini hanya memfokuskan hanya untuk menang di Parlimen Jerantut tidak fokus kepada DUN kerana Parlimen Jerantut termasuk dalam senarai 60 parlimen yang menjadi tumpuan Pakatan Rakyat untuk menuju Putrajaya.
Difahamkan juga bahawa Pakatan Rakyat sudah selesai membuat pembahagian kerusi di Jerantut ini dengan semua kerusi sudah mempunyai senarai pendek calon2 . Jadi Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai masalah lagi dengan calon-calon mereka . Jika ditakdirkan pembubaran hari ini maka besok Pakatan rakyat Jerantut sudah boleh mengedarkan senarai calon bagi setiap dun ditandingi mereka .
Difahamkan pula usaha lobi melobi masih berterusan dan tiada calon di senarai pendek lagi dari Barisan Nasional.
Difahamkan juga KITA sedang melobi pemimpin2 tertentu dari kalangan Pakatan Rakyat untuk menjadi calon mereka dalam pilihanraya ini . Dijangkakan KITA akan meletakkan sekurang2nya satu calon iaitu di DUN DAMAK . calon KITA kemungkinan besar ialah calon Melayu . Ini akan menyebabkan sedikit perpecahan undi dikalangan orang Melayu di DUN Damak .
Nota : nota diatas hanyalah analisa merapu p81 hasil pemantauan dan pemerhatian dan pendengaran dari penceritaan masyarakat disekitar Jerantut . Jika tidak setuju dengan analisa merapu ini abaikan sahajalah dan buat2 tak tahu sahaja.
Difahamkan pula usaha lobi melobi masih berterusan dan tiada calon di senarai pendek lagi dari Barisan Nasional.
Difahamkan juga KITA sedang melobi pemimpin2 tertentu dari kalangan Pakatan Rakyat untuk menjadi calon mereka dalam pilihanraya ini . Dijangkakan KITA akan meletakkan sekurang2nya satu calon iaitu di DUN DAMAK . calon KITA kemungkinan besar ialah calon Melayu . Ini akan menyebabkan sedikit perpecahan undi dikalangan orang Melayu di DUN Damak .
Nota : nota diatas hanyalah analisa merapu p81 hasil pemantauan dan pemerhatian dan pendengaran dari penceritaan masyarakat disekitar Jerantut . Jika tidak setuju dengan analisa merapu ini abaikan sahajalah dan buat2 tak tahu sahaja.
2 ulasan:
Catatan merapu yang menarik.
Mengaku ko merapu ye P81, makna ko nak cuba test reverse psychology ko. Makna nya tak boleh pakai lah, jika tak boleh pakai makna nak fitnah, atau spin ye. persepsi aje, gombal kata orang jawa. Apa pun anggap sebagai penglipur lara aja. Dengar boleh percaya jangan. Lagi pun Ku Lan, Dr Sakri, dan si pendek lolee mana ada masa baca posting blog ini, Rosidi pun tak baca.
Catat Ulasan