Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 28 Ogos 2013

Apa Usaha Ahli Parlimen Jerantut Untuk Bina Kampus Universiti di Jerantut ?


Dua minggu sudah iaitu 13 Ogos 2013 tepat 100 hari usia Cigu Nazlan sebagai Ahli Parlimen Jerantut . Berikut adalah janji pilihanraya yang dilaungkan oleh YB Ahmad Nazlan Bin Ismail semasa kempen pilihanraya PRU13 dahulu :

1. Meningkatkan kemudahan infrastuktur dan kemudahan pendidikan di Jerantut.
2. Memartabat pendidikan sekolah tahfiz di Jerantut.
3. Membawa masuk sebuah universiti atau kampus universiti atau kolej ke Jerantut.
4. Mendapatkan peruntukan untuk membina sebuah hospital moden kerajaan di Jerantut.
5. Memastikan sekolah di daerah jerantut dapat melahirkan pelajar yang bergeliga dan berkeyakinan.
6. Membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan
7. Meningkatkan kemudahan pelancungan dan menjadikan Jerantut sebagai hub pelancongan utama.

Itu adalah 7 janji utama yang boleh dikatakan sebagai manifesto Ahmad Nazlan Ismail sebagai kempen pilihanraya. Dari 7 janji-janji itu kita boleh ringkaskan kepada 4 manisesto utama beliau iaitu :

1. Menjadikan Jerantut sebagai Hub Pendidikan
2. Menjadikan Jerantut sebagai Hub Pelancongan
3. Membina sebuah Hospital Baru Moden di Jerantut
4. Membasmi Kemiskinan di Jerantut

Selepas 100 hari sebagai Ahli Parlimen apa progress Ahli parlimen ini ye ? Mari kita lihat .

Saya ada meneliti beberapa hansard yang melibatkan ahli parlimen ini . Banyak juga hansard yang melibat Ahmad Nazlan tapi sayang celah-celahan Ahmad Nazlan dalam perbahasan orang lain hanyalah celahan-celhan kosong tanpa isi . Sepatutnya celahan-celahan begitu kenalah berisi . Selitkan dalam celahan itu permintaan rakayat jerantut . Selitkan sekali manisfesto yang diperjuangkan oleh YB . Sebagai conton YB adalah berpeluang untuk mencadangkan IPTA dalam perbahasan Bagan Serai pada 1 Julai 2013 .

Walaubagaimanapun Tahniah dari saya bagi seorang yang baru memegang title ahli parlimen dalam 100 hari banyak juga telah diuatarakan oleh YB Ahmad Nazlan Idris ke parlimen antaranya ialah :

1. Meminta Kerajaan Membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Jerantut
2. Meminta Kerajaan Membina Sebuah Ibu Pejabat Polis baru di Jerantut
3. Membina hospital Baru di Jerantut

Cadangan-cadnagan itu hendaklah dibuat followup secara berterusan dengan kementerian atau jabatan yang berkaitan dan disertai dengan aktiviti lobi melobi bagi memastikan apa yang dicadangkan itu benar-benar mencapai realiti .

Universiti adalah anatara yang diperjuangkan oleh YB Ahmad Nazlan tapi masih tidak diutarakan kepada parlimen . Diharapkan dalam sesi akan datang YB dapat utarakan harapan rakyat Jerantut ini kepada parlimen . Saya juga ingin sarankan agar YB dapat bermula sekarang menwujudkan sebuah jawatankuasa IPTA Jerantut yang dipengerusikan oleh YB dan Setiausahanya ialah Pegawai Daerah dan ahli ahlinya dari kalangan SO , ADO Pentadbir tanah , Pegawai Hutan Daerah dan Jurutera Dearah dan lain lain ADUN , NGO dan pegawai kerajaan lagi yang difikirkan sesuai untuk mula merangka kertas kerja bagi mengazetkan sebuah kawasan yang seluas paling kurang 500 ekar sebagai hub pendidikan . Adalah amat penting supaya tanah digazetkan terlebih dahulu sebelum kita pergi melobi kepada universiti -universiti atau kementerian pelajaran untuk membawa projek Universiti atau Kampus Universiti ke Jerantut . Tapa tanah macam mana nak invite diaorang buat kampus yang boleh menampung 5000 ke 10000 orang ke Jerantut ? Rasanya YB perlu dan SANGAT perlu mengujudkan sebuah jawantankuasa bagi cadangan untuk mengazetkan dulu sebuah kawasan sebagai hub pendidikan . Kalau syarikat-syarikat swasta senang senang di kurniakan dengan tanah seluas 50 ekar ke 400 ekar tak kanlah tanah seluas 500 susah sangat utk digazetkan sebagai hub pendidikan ?

blog parlimen81 dari dulu lagi telah memperjuangkan untuk menwujudkan sebuah kampus universiti di Jerantut. Mungkin ada yang kata Kolej Komuniti dah cukup utk Jerantut , mungkin ada yang kata ADTEC dah cukup untuk Jerantut . Kolej komunit memang perlu ada di Jerantut , obejektifnya untuk pembelajaran sepanjang hayat utk semua peringkat umur dari 18 tahun hingga 100 tahun dan hanya diperingkat sijil dan terdiri dari pelajar kebanyakan berasal dari daerah Jerantut sahaja . Adtec pula ada sebuah Institusi kemahiran tinggi yang mengkhususkan kepada pengajian berkemahiran tinggi sehingga peringkat diploma dengan kapasiti pelajar sehingga 720 orang pada satu satu masa.Dengan bilangan pelajar kurang dari 800 orang ADTEC memang  mampu memberi sedikit impak kepada suasana perniagaan di Jerantut tapi tidak mampu memberi impak yang besar berbanding dengan Kampus Universiti yang boleh menampung sehingga 5000 ke 10000 pelajar pada satu satu masa . dengan 80% pelajar itu adalah dari luar daerah jerantut bayangkan impak ekonomi dengan jumlah pelajar seramai itu . Sebab itu blog parlimen81 memperjuangkan kampus tersebut sejak dulu. 

lihat sini






Selain itu parlimen 81 juga harapkan YB Ahmad Nazlan dapat juga realisasikan usaha memertabatkan madrasah tahfiz di Jerantut ini . Di Jerantut ada dua tiga madrasah tahfiz dan pengajian agama . Alangkah baiknya jika YB Ahmad Nazlan dapat menwujudkan sebuah Yayasan yang berperanan membantu madrasah tahfiz ini . Kita namakan Yayasan tersebut katakanlah Yayasan Tahfiz Jerantut Berhad . Yayasan ini nanti kita mohon sebuah kawasan stateland seluas 1000 ekar untuk dibuat tanaman sawit dan segala keuntungan jualan sawit nanti di gunakan untuk membiayai pembangunan dan operasi madarasah-madrasah tahfiz yang terdapat di Jerantut.

Secara amnya blog p81 amat berpuas hati dengan prestasi 100 hari YB Ahmad Nazlan dan pastikan kekalkan momentum ini sehingga habis penggal ini . Jika ini dikekalkan maka PAS kena bekerja keras untuk menghadapi Ahmad Nazlan dalam PRU14 nanti . Bukan setakat PAS yang kena kerja teruk Wan Amizan pun nampaknya akan kempunan untuk ke meningkat dalam hiraki kepimpinan partinya.

Kewibawaan Ahmad Nazlan yang sentiasa hadir ke majlis-majlis kenduri kendara , kematian dan berupaya menyampaikan khutbah jumaat dan sentiasa berpewatakan tanpa protokol akan merapatkan beliau dengan rakyat. Sebab itu blog p81 kata jika mementum ini berjaya dikekalkan oleh Ahmad Nazlan sehingga PRU14 nanti amat cerah utk beliau terus kekal sebagi ahli parlimen Jerantut. Dalam senario politik pula biarkan sahaja Tengku Lan mengawal kerenah politik di Jerantut ini . YB tumpukan dalam soalan hubungan dengan rakyat dan kerajaan . Dengan adanya Tengku Lan mengawal politik UMNO Jerantut maka mudah untuk YB buat kerja .

Lagi sekali kekalkan momentum ini . Ramai YB baru bersemangat diawal 12 bulan pertama tapi kemudian mula memikirkan soal poket masing-masing dalam 4 tahun terakhir penggal mereka . YB orang Jerantut kena kekal duduk di Jerantut . YB tidak perlu jadi menteri untuk memajukan Jerantut . YB hanya perlu melalak di parlimen dan turun naik kementerian dan jabatan untuk memastikan budget sampai ke Jerantut . Pastikan perancngan di Jerantut sampai ke Kementerian , Jabatan , Negeri sebelum budget  RMK atau budget tahunan di bentangkan . Jangan bila budget dn finalize di peringkat kementerian dan jabatan untuk penggal atau tahun akan datang baru nak melalak .

Kepada PAS Kawasan Jerantut , anda dalam bahaya . Segera buat pembaharuan , segera susun startegi baru . Muka baru muka lama perlu bekerja sama , Golongan profesional dan ulamak dalam PAS perlu berganding bahu  untuk menghadapi cabaran baru yang dibawa oleh YB Cikgu Nazlan . Ingat anda sekarang bukan menghadapi era Tengku Lan lagi , anda sekarang bukan menghadapi Wan Amizan tapi menghadapi seorang tokoh yang begitu berwibawa . Tak silap Tengku Lan mencalonkan beliau dan tak silap PM Najib memilih beliau sebagai calon dan tak silap rakyat memberi majoriti kepada beliau .

Harapan p81 juga YB Ahmad Nazlan Ismail segera mengistiharkan harta beliau sekarang ini bagi mengambarkan keikhlasan beliau sebagai seorang ahli parlimen yang berwibawa . Biarlah ahli parlimen lain takut mengistiharkan harta mereka . Biarlah Wan Amizan takut mengistiharkan harta beliau , biarlah YB Lau Lee takut mengistiharkan harta dia , biarlah YB Ahmad Shukri Ismail takut mengistiharkan harta dia tapi YB Ahmad Nazlan sepatutnya tidak takut . Atau YB juga takut ? Sebab apa takut ? 

Ini pula adalah soalan-soalan yang diajukan oleh YB Ahmad Nazlan Idris ke kementerian-kementerian tertentu untuk dijawab oleh kementerian berkaitan . 


PR-1311-L54214
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan sejauh manakah aktiviti yang dijalankan telah data
meningkatkan semangat persaingan yang positif serta mempunyai sifat jati
diri yang mantap di kalangan belia.


PR-1311-L54201
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan bilakah KPM berhasrat untuk menaikkan nisbah
guru murid dari Tahap Tahun 1-6:1.5, Tingkatan 1:1.5, Tingkatan 2-5:1.7 dan
Tingkatan 6:2.3 ke tahap yang lebih rasional bagi meringankan beban guru
sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah.

PR-1311-L54212
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk
menaiktaraf kem-kem Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) yang sedia
ada ke tahap yang lebih baik bagi menambah kekuatan pertahanan yang
sedia ada khususnya di kawasan Parlimen Jerantut.


PR-1311-L54200
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membantu
golongan berpendapatan isi-rumah antara RM 3,000.00 ke RM 5,000.00 bagi
menangani kesan kenaikan harga barangan.


PR-1311-L54215
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah
yang telah diambil bagi memastikan bekalan tenaga buruh di sektor pertanian
mencukupi dan apakah jaminan Kementerian agar bekalan tenaga buruh
tidak membawa masalah kepada pengeluaran hasil pertanian.


PR-1311-L54207
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang lebih
tegas diambil kepada pengusaha-pengusaha sumber asli yang membawa
pencemaran sungai-sungai di negara ini.


PR-1311-L54209
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah segera yang diambil bagi
memenuhi keperluan bilangan doktor di hospital-hospital di seluruh negara
yang masih lagi tidak mencapai tahap yang telah ditentukan.

PR-1311-L54206
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan bercadang untuk
menggantikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang telah berusia lebih 30
tahun dengan kompleks yang baru terutamanya di kawasan pertambahan
penduduk yang pesat serta di kawasan-kawasan pelancongan.


PR-1311-L54204
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan petunjuk yang jelas
kewujudan pasar tani mega benar-benar dapat membantu petani-petani di
luar bandar dan berapa ramaikah peniaga-peniaga yang benar-benar berjaya
dapat dilahirkan.

Sumber :
http://my.news.yahoo.com/ahmad-nazlan-bertekad-lestarikan-parlimen-jerantut-131443012.html

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130529/re_07/Jerantut-di-mana-kurangnya
This has prompted him to prepare his own set of plans for the constituency.

"I want to ensure that the schools here produce highly intelligent and confident students."
"Jerantut is famous for Taman Negara, making it a tourist hub. But I wish to add another point to its repertoire.

Read more: Cikgu Nazlan set on Jerantut win - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/cikgu-nazlan-set-on-jerantut-win-1.261383#ixzz2dBOsAQmV

“If elected, I would take this opportunity to serve the people and help the poor and needy,” he said when met in Sungai Jan near here.
http://elections.thestar.com.my/story.aspx?file=/2013/4/23/southneast/13006648#.UhzCwdJmim4

Rabu, 21 Ogos 2013

5,000km Paip Air di Pahang Uzur ?

Air Pahang disalur melalui 5,000km paip uzur Bekalan air terawat di Pahang disalurkan melalui 5,000 kilometer paip air yang uzur dan tamat tempoh, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Datuk Mohd Zahari Md Isa. Beliau berkata kebanyakan paip berkenaan telah mencapai tempoh penggunaan lebih 30 tahun. "Paip uzur tersebut adalah antara faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kehilangan air tidak berhasil di Pahang sehingga mencecah 52 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAIP di Kuantan hari ini. Katanya, Pahang mempunyai 12,000 paip dengan kebanyakan keadaannya sudah uzur dan banyak mengalami kebocoran. "Namun PAIP telah menukar 7,000 kilometer saluran paip yang uzur berkenaan manakala selebihnya akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada peruntukan," katanya. Selain paip uzur, faktor kehilangan air tidak berhasil turut disumbangkan masalah kecurian air dan meter lama. "Masalah kecurian agak sukar dikesan kerana penyambungan haram bawah tanah manakala penggunaan meter melebihi lapan tahun menyumbang kepada kadar kehilangan air dengan bacaan perlahan berbanding penggunaan air," katanya. - Bernama

Selasa, 20 Ogos 2013

Jangan Tinggalkan Wirid Selepas Solat

Selepas solat, janganlah kita terus bangun. Teringat kata2 ustaz yang berpesan kepada kami kaum ibu yang waktu itu sedang ikut kelas fardhu ain..."Selepas solat, jangan kita terus bangun...berwirid lah sebentar...." Wirid Selepas Solat: Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7) Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Baqarah ayat 163) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah ayat 255) Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ali-Imran ayat 18) Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran ayat 19) Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27) (Ali-Imran ayat 26-27) Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya (Al-Ikhlas ayat 1-4) Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1)"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2)"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (5) (Al-Falaq ayat 1-5) Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia, (2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (3) "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (4) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (5) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (6) (An-nas ayat 1-6) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7) Tuhanku/kami, Penjagaku/kami Maha Suci Allah Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya Segala puji bagi Allah Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan Allah Maha Besar Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. (sumber dari: al-ehsaniah.blogspot.com, terimakasih). Alhamdulillah >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Kata ustaz lagi... Setelah kita selesai berwirid, berdoalah terlebih dahulu.. mohon doa ke hadrat Allah sebelum kita bangun meninggalkan tikar sembahyang. Firman Allah dalam ayat 60 Surah al-Ghaffir Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." Pesan ustaz, awali dan akhiri-lah doa dengan ucapan 'Alhamdulillahirabbil'alamin' diikuti dengan berselawat ke atas Nabi SAW. Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW, sabdanya: "Segala perkara yang mempunyai kepentingan - menurut syara' - yang tidak dimulai melakukannya dengan ucapan Alhamdulillah, maka perkara itu menjadi kurang keberkahannya." Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan lain-lainnya. Dari Fadhalah bin 'Ubaid ra, katanya: "Rasulullah SAW pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam solatnya, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi SAW., lalu Rasulullah SAW bersabda: "Tergesa-gesa sekali orang ini,' kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi SAW lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: "Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi SAW., seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya." Diriwayatkan oleh imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih. Allah Ta'ala berfirman; yang bermaksud: "Katakanlah: "Segala puji-pujian itu adalah bagi Allah." (al-Isra':111) Allah Ta'ala berfirman pula: "Dan akhir doa mereka - dalam syurga - ialah bahawa segenap puji-pujian itu adalah bagi Allah yang Maha Menguasai seluruh alam." (Yunus: 10) Istiqamah kita dalam amalan InsyaAllah.

Khamis, 15 Ogos 2013

12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW) dan kelebihanya

12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW) dan kelebihanya


1.Barli (جو jau)


Baik demam, manakala menggunakan dalam bentuk sup.



2.Kurma (کھجور)



Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan. 



Ia juga perlu dimakan pada masa bersalin.


3.Ara (انجير)

Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.

4.Anggur (انگور)



Rasulullah (SAW) amat suka anggur - membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.


5.Madu (شہد)


Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 
2. Mencuci perut 
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 



6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)


Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak.


7.susu


Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi. Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan.

8.Cendawan (کھمبي)


Rasulullah (SAW) berkata, cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan.



9.Minyak Zaitun (زيتون)


Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut.

10.Delima (انار)


Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.


11.Cuka (سرکہ)

 makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun. 




Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.



12.Air (پاني)

Rasulullah (SAW) berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air



Minuman Manis dan Sejuk 

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 


Ringkasan adab minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat