Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Ahad, 3 Februari 2013

UMNO Diskriminasi Anak Jati Pulau Tawar ?

Dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut . Tak pernah ada seorang pun anak jati Pulau Tawar pernah menjadi calon ADUN Pulau Tawar atau calon Ahli Parlimen . Betul ke ?

Kalau kita lihat semula ke belakang timeline UMNO Bahagian Jerantut .Memang belum pernah ada calon dari kalangan anak jati Pulau Tawar. Memang tak pernah!!!!.

Kalau adapun calon anak jati Pulau Tawar yang pernah jadi calon adlam pilihanraya ialah dari calon PAS iaitu saudara Mohamed Bin Wahid yang pernah bertanding dalam PRU10 dulu. Kalah tipis 700 undi kepada Dr Ahmad Shukri Ismail .

Dulu Cikgu Bakar pernah menang DUN Pulau Tawar atas tiket Semangat 46 . Cikgu Bakar ini walaupun bukan anak pulau Tawar jati tapi banyak menghabiskan masa di Pulau Tawar .

Saudara Malek Yusuf orang Gintong dan boleh dikatakan orang Pulau Tawar sebab Gintong dan Pulau Tawar tu ada kena-mengena pernah menang DUN Tahan atas tiket PAS .

Tapi atas tiket UMNO sendiri belum pernah ada anak jati Pulau Tawar . INI KALILAH kalau UMNO nak letakkan anak jati Pulau Tawar bertanding DUN Pulau Tawar. PAS dah konpem meletakan anak jati Pulau Tawar iaitu saudara Yohanis sebagai calonnya . Yohanis telah dipilih dan di groom sejak tahun 2008 lagi sebagai calon PAS DUN Pulau Tawar. Bukan secara bidan terjun. Yohanis walaupun muda tapi mempunyai pengalaman yang amat luas dalam kerja-kerja parti . Beliau diberitakan pernah menjadi SU kerja kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor semasa kempen pilihanraya sejak tahun 2004 hingga 2009. Ini bermakna beliau terlibat  secara langsung dan berpengalaman dalam merancang kemenangan PAS di Selangor . Boleh sahaja untuk beliau kekal di Selangor dan menikmati kemenangan di Selangor tapi beliau ada berjiwa pejuang .

Beliau lebih rela untuk bersama dengan PAS Jerantut bagi merangka pelan dan strategik untuk PAS menang di Jerantut pula. Pengalaman yang ada itulah sekarang ini dibawa ke Jerantut untuk merampas Parlimen Jeantut dan DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan dari UMNO.

Dalam keadaaan PAS menonjolkan ramai calon-calon anak tempatan  Pulau Tawar . UMNO Bahagian Jerantut langsung tidak menghargai jasa-jasa anak-anak jati Pulau Tawar untuk diangkat sebagai calon DUN Pulau Tawar. Dan yang pasti ia akan berterusan dalam PRU13 ini. Minta maaf Dato Rosdi Awang Sulong, minta maaf saudara Mohd Adil Mohd Zain, minta maaf Dato Ahmad Hj Daud , Minta maaf Cikgu Norzari Yahya,  minta maaf semua anak Jati Pulau Tawar dalam UMNO Bahagian Jerantut . Perjuangan anda tidak dihargai oleh UMNO Bahagian Jerantut . Anda hanya diperlukan untuk meraih undi dan hanya layak dibayar upahnya dengan projek-projek kelas F.

Agaknya orang UMNO yang dikategori sebagai  Anak Jati Pulau Tawar hanya terlalu hebat berpolitik tapi tapi tak pandai politik.FULLSTOP


Tiada ulasan: