Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 18 Februari 2013

Parti BERJASA Pertama Kali Bertanding di Jerantut dalam PRU13

Parti BERJASA yang tidak mempunyai seorang ahli pun di Jerantut buat pertama kali akan meletakkan calonnya di DUN Damak dalam PRU13 nanti . Berjasa dijangkakan meletakkan calon dari kalangan ahli ISMA iaitu sebuah NGO Islam yang aktif mempertahankan akidah umat islam sekarang ini. DUN Damak menepati ciri-ciri kawasan yang ingin ditandingi oleh ISMA iaitu :
1. Kawasan adalah 50% atau majoriti umat Islam
2. Kedua-dua calon dari BN dan PR adalah bukan orang Islam .

BN dijangka akan meletakan kembali Lau Lee daripada MCA dan PR pula dijangka akan meletakan Cikgu Koh Beng Heng dari DAP/PKR. Walaubagaimanapun ISMA belum memutuskan dengan tepat samada DUN Damak termasuk dalam senarai 20 kawasan yang ingin ditandingi oleh mereka . Kalaupun bukan ISMA yang meletakkan calonnya kemungkinan BERJASA sendiri akan meletakkan calon mereka nanti. Siapakah calon mereka ? Semua tertanya-tanya .


Semalam Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengumumkan bahawa ISMA bercadang untuk menghantar calon-calonnya bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan DUN dalam PRU13 nanti.
Dalam sidang media tersebut, Ustaz Abdullah Zaik turut mengumumkan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon ISMA tandingi iaitu Padang Serai (P017), Tapah (P072), Wangsa Maju (P116), Selayang (P097), Subang (P107), Puchong (P103), Kapar (P109), Seremban (P128), Tanjung Piai (P165), Derga (N11) dan Gurun (N22).
Berdasarkan keputusan PRU12 yang lepas, kerusi-kerusi di atas merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu namun ditandingi dan dimenangi oleh calon-calon bukan Melayu.
Menurut Ustaz Abdullah Zaik, demi menjaga kekuasaan politik orang Melayu Islam di negara ini, ISMA melihat antara langkah terpenting yang perlu diambil ialah menawan semula kawasan-kawasan yang selama ini telah diberi laluan selesa kepada pihak lain.
Oleh itu, ISMA katanya mengemukakan pilihan calon-calon muslim yang berwibawa yang boleh membawa amanah dan kepercayaan perjuangan ummah yang kini menjadi antara isu yang kritikal di kalangan parti-parti politik di negara ini.
“Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan Kuasa Ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian,” jelas beliau.
Dalam majlis pelancaran tersebut, Ustaz Abdullah Zaik menyatakan bahawa ISMA telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan calon-calon daripada ISMA akan bertanding nanti atas tiket BERJASA.
SEJARAH PENUBUHAN BERJASA
Berjasa ditubuhkan pada 1977 dengan Yang Di Pertua Parti yang pertama adalah Allahyarham Dato’ Haji Mohammad bin Nasir. Berjasa merupakan parti alternatif kepada PAS yang telah memerintah Negeri Kelantan selama 18 tahun yang tidak dapat memenuhi inspirasi rakyat pada masa itu.
Pada tahun 1978, Berjasa menyertai pilihanraya umum dengan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Dalam keputusan Pilihanraya Umum pada masa itu, Berjasa memenangi 11 kerusi DUN dan membentuk kerajaan bersama dengan UMNO/BN dimana Allahyarham Tan Sri Mohammad Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.
Pilihanraya Umum pada 1982, sekali lagi Berjasa berjaya membentuk kerajaan bersama dengan Barisan Nasional dan menjadi salah satu parti komponen dalam BN. Pada masa ini, Berjasa memenangi 6 kerusi DUN.
Pada Pilihanraya Umum 1986, Berjasa tidak menyertai  Pilihanraya kerana Berjasa telah keluar dari Barisan Nasional. Pada Pilihanraya Umum 1990, Berjasa telah menyertai dan bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah sehingga tahun 1999.
Pada tahun 2009, pihak Jawatankuasa Pusat telah membuat rombakan dan menyusun semula Perlembagaan baru dengan nama Perlembagaan Berjasa Edisi Baru 2009.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu perkara bodoh yg di buat oleh berjasa semasa menerima kerjasama oleh pas dan s46, tp pas berjaya meranapkan berjasa habis-habisan.
hadi awang ngan nik aziz mmg dh lama dendam ngan berjasa..sejarah ada faktanya..