pakatan Rakyat begitu ghairah menunggu tarikh pembubaran parlimen dan tarikh PRU-13 . Pakatan Rakyat cukup yakin mereka mampu tawan pahang Pakatan Rakyat Kempunan Tawan Pahang . PAS , PKR Terkulai Layu Di Pahang . Tunggu tarikh PRU13 jer .
Dan sepatutnya pembubaran dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah calon BN dibeberapa kawasan yang belum selesai maka terpaksa ditangguh sehingga 27 Februari . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya. Tapi kejadia tak diduga berlaku pula iaitu kejadian banjir yang berlaku di Terengganu menyebabkan DSN terpaksa menangguhkan lagi pembubaran parlimen .
Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang
Bagi BLOG PARLIMEN81 punya analisis dijangkakan BN akan menyapu bersih semua kerusi-kerusi yang ditandinginya melalui UMNO iaitu Parlimen Jerantut , DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dengan pertambahan majoriti disetiap peti undi.
Sementara itu DUN Damak BN di jangka akan kalah tipis dengan undi BN dijangka meningkat tapi Pakatan Rakyat akan menang di kerusi ini. Sementara itu analisis blog parlimen81 pula menjangkakan BN akan terus menguasai dewan undangan negeri pahang selepas PRU13 nanti.
Pakatan Rakyat pula p81 jangkakan agak beruntung jika dapat mempertahankan kerusi yang dipegang oleh PKR dan PAS sekarang ini yang mana kerana analisis menunjukan sokongan melayu telah kembali kepada BN terutamanya diluar bandar yang mana 70% pahang adalah dari luar bandar. Walaubagaimanapun p81 jangkakan DUN Jengka akan bersaing sengit kerana ramai peneroka Felda adalah berasal dari Kedah dan Kelantan.
Sementara DUN tandingan MCA seperti Bilut dan Teruntum akan jatuh ke PR sama seperti Damak. Sementara itu Triang dan Tras dijangka terus kekal dibawah Pakatan Rakyat . Jika Pakatan berjaya mempertahankan Beserah dan Semantan dan menambah Indera Mahkota maka BN akan membentuk kerajaan Pahang dengan kemenangan sebanyak 34 kerusi berbanding dengan 42 kerusi yang ada.
Tapi firsat p81 mengatakan bahawa PAS akan kehilangan semua kerusinya dalam PRU13 nanti dengan itu BN akan membentuk kerajaan dengan kemenangan 37 kerusi . Firasat p81 jga kuat mengatakan PKR akan kehilangan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .
Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .
1 ulasan:
Belum tentu lg bg Dun Pulau Tawar tu. Bergantung pada calon dulu. Bagi aku ni yang mmg keturunan Pahang tetap akan mengundi PR. Begitu juga adik2 aku yang akan mengundi kali pertama, tetap mengundi PR. Begitu juga ibu dan bapaku, akan mengundi PR buat julung2 kalinya. Kesemuanya 8 undi. Termasuk isteriku, ada 8 undi semuanya.
Catat Ulasan