Hari ini di Sabah PM Najib umumkan bahawa BN dalam proses terakhir untuk putus senarai akhir calon-calon boleh menangnya . Proses terakhir katanya ialah proses menyemak latar belakang calon dari segi jenayah atau rasuah dengan pihak POLIS dan SPRM.(klik sini)
Di Jerantut ini agaknya sapa calon -calon yang bebas dari rasuah samada bebas dari memberi suap dan menerima suap dan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan?
Adakah bakal-bakal calon yang ada sekarang ini yang telah disubmit oleh UMNO Jerantut 100% bebas rasuah . Atau adakah 100% bebas dari menyalahgunakan kuasa mereka .
Adakah Dato Wan Amizan Wan Abdul Razak yang kini ADUN Tahan tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai ADUN Tahan ketika melobi bagi mendapatkan projek berikut untuk syarikat milik dirinya dan ahli keluarganya :
1. Projek Bangunan Tambahan Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling bernilai lebihkurang RM8.2 juta
2. Projek Jalanraya dari Kg Tuit ke Kg Pagi bernilai RM121 Juta
Adakah Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak layak dicalonkan semula bagi DUN Tahan atau Parlimen Jerantut dan melepasi tapisan keselamatan dan SPRM oleh Datuk Najib ?
Adakah proses mendapatkan tanah yang luas di Durian Hijau melalui prosedur yang telus dan tiada penyalahgunaan kedudukannya?
Adakah penasihat ekonomi Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak merangkap Guru Sekolah Kerajaan yang memiliki saham dan memegang status directorship dibeberapa syarikat pembinaan yang memperolehi kontrak puluhan juta ringgit layak dicalonkan sebagai ADUN bagi mengantikan Wan Amizan atau Dr Shukri ? Adakah layak seorang kakitangan kerajaan memperolehi kontrak puluhan juta ringgit ketika masih berkhidmat dan adakah beliau akan lepas tapisan keselamatan dan SPRM oleh Datuk Najib ?
Adakah Datuk Nazri Ngah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pimpinan UMNO Jerantut dalam mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan atas nama sekolah tahfiz dan dalam mendapatkan kontrak-kontrak pembinaan di daerah Jerantut dan sekitar Pahang?
Adakah Dato Dr Ahmad Shukri benar2 bebas dari tuduhan bangkrupsi dan tidak menggunakan kedudukanya bagi mendapatkan tanah-tanah kosong untuk dirinya dan keluarganya bagi membayar hutang-hutang dan membebaskannya dari kebangkrupsiannya ?
Semua perkara diatas itu adalah spekulasi-spekulasi yang berligar didalam pemikiran pengundi di Jerantut yang mendengar cerita-cerita salahlaku pemimpin mereka dari mulut ke mulut tanpa ada bukti yang sahih .
Adakah Datuk Seri Najib juga mendengar spekulasi-spekulasi tersebut sama seperti yang didengar oleh pengundi-pengundi di Jerantut . Dan adakah Datuk Seri Najib bertindak diatas spekulasi tersebut dengan membuat semakan detail dengan pihak SPRM , pihak POLIS , pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar , SSM ,CIDB , JKR, Kementerian Pelajaran , Pejabat Daerah ,
Harap-harap semua calon-calon BN Jerantut kali ini adalah bersih belaka dan kita mengharapkan semua spekulasi-spekulasi itu adalah bohong belaka.
2 ulasan:
NAK POSTING PUN TAK PAYAH BUKA AIB ORANG.TAK PASAL2 AWAK TANGGUNG DOSA!
Soalnya sekarang bukan buka aib tetapi lebih kpd benar atau tidak perkara yang disebutkan diatas? Kalau x benar sama sekali, ianya fitnah. Tentulah ianya berdosa. Tetapi penulis awal2 lg kata@bertanya adakah ianya benar? Maksudnya beliau tidak pasti akan perkara tersebut dan ianya bukan nak menyampaikan fitnah.
Kalau ianya benar, adakah ianya tergolong didalam membuka keaiban? Kalaulah semuanya dikira x boleh, di dalam mahkamah tu lg la banyak orang berdosa kerana didalam mahkamah semua fakta akan dihujah sama ada oleh plaintif atau defendan. Banyakkan lagi menuntut ilmu
Catat Ulasan