Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Ahad, 25 September 2011

Hukum Hudud, kenapa kita berlengah?

Beberapa hari ini banyak sangat tulisan pasal hukum hudud. Tun Mahathir walaupun dah terlalu tua masih ada daya berita yang baik. Kenyataannya nampak membuatkan PAS dan pimpinannya terpaksa menjawab.




Dulu saya dengar dalam ceramah-ceramah PAS, hudud akan dilaksanakan. Memang dalam ceramah mudah kita bercakap tapi semasa perlaksanaan cukup sukar kerana kita kena kaji banyak perundangan untuk melaksanakannya apatah dengan berbilangnya kaum dan agama yang sudah pasti mereka  semua tidak sependapat dalam hal ini.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990.

Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini.

Di Terengganu pula pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu.

Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002.

Negeri Terengganu agak bernasib baik kerana Sultan menanda tanganinya. Saya juga di fahamkan Tun Salleh Abas tidak bersedia untuk perlaksaan undang-undang ini kerana tidak ada ruang dalam perlembangaan yang membolehkan  Undang-undang Hudud dilaksanakan.

Tun Salleh ni yang paling profesional dalam  hal undang-undang. Tapi geng ulama desak dan ada seorang dua yang bersungguh-sungguh, tak perlu saya tulis di sini siapa dia ulama muda ini.

Akhirnya Allah memberikan mereka idea menggunakan undang-undang awal daripada penemuan batu bersurat dan mengambil ruang dalam perlembangan dalam hal undang-undang sehingga undang-undang Hudud dan Qisas berjaya di Terengganu.

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Kali Ke Tiga pada 23 November 2003 yang bersetuju meminta supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa rasmi mengenai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ).

Ini adalah kerjayaan besar PAS Terengganu dalam menegakkan hukum Allah. Hanya Allah s.w.t. sahaja memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha ke arah itu.

Ini juga membuatkan saya masih berpendapat ulama harus memimpin profesional dalam gerakan Islam di Malaysia ini kerana ulama ada 'barkat' untuk menjayakan profesioal yang ada kebijaksanaan.

Di Kelantan, selepas tahun 1993 sehingga sekarang usaha untuk membawa semula undang-undang Hudud ini nampak macam 'berlengah' sahaja. Saya kurang maklumat sejauh mana usaha ini dilakukan. Atau sekadar kita akan memberi alasan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tak setuju dan memberikan amaran kepada kita maka kita sudah terlepas daripada tanggungjawab ini?

Sultan Kelantan sekarang ini disebut adalah sultan terbaik. Takkan kita masih berlengah lagi dengan hal-hal keduniaan lain?

Khamis, 22 September 2011

'Bukan salah Kelantan belum laksana hudud'

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya.

NONEKatanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.

"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.

"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.

Rasai kejujuran Nik Aziz
Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik".

Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".

azlan"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.

Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:

“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.

Sabtu, 17 September 2011

Siasat Pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed

parlimen81 mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi .

Pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh (bawah).

Khamis, 15 September 2011

Mogok Lapar , UMNO , Balak , Kerajaan Pahang dan RM70 Juta ?

Sepuluh pemegang saham syarikat Seruan Gemilang mengadakan mogok lapar di Segambut bermula Khamis (8 Sep 2011) lepas bagi mendesak Menteri Besar Pahang Adnan melunaskan ganti rugi sebanyak RM70 juta.


Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.
Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.

Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.

Dua daripada mereka sudah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas hanya minum air kosong sejak bermula mogok lapar itu.

Johnson Chong, 68, dibawa pulang ke rumah selepas pemeriksa doktor Sabtu lalu dan diikuti Ramli Sulaiman, 42, yang dimasukkan ke hospital kelmarin.

sumber  : http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/pemegang-saham-mogok-lapar-tuntut-pahang-bayar-rm70-juta/
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5411-ganti-rugi-eloklah-adnan-lepas-jawatan

GST dan Tax Kad Prepaid kemungkinan selepas PRU-13 ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.


"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Najib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Ulasan parlimen81:

PM Najib nampaknya seperti telah bersiap sedia untuk menumbangkan BN dari dalam apabila idea untuk melaksankan cukai 6% pra bayar (klik sini) pun di bantah oleh rakyat . Inikan pula GST yang merangkumi keseluruhan produk yang taxnya lebih kurang 4% .


Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang syarikat-syarikat telekomunikasi daripada mengenakan cukai enam peratus bagi perkhidmatan telefon bimbit prabayar yang dikendalikan mereka.

NONECukai yang diperkenalkan pada tahun 1998 sebenarnya adalah cukai pengguna yang lazimnya ditolak oleh pembekal perkhidmatan kepada pengguna.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih boleh menghalang pengguna daripada menanggung bebanan itu dengan menghapuskan cukai perkhidmatan itu secara keseluruhannya.

Menteri kewangan boleh bawa perkara ini ke Kabinet dan gunakan kuasa menteri untuk memberi pengecualian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan (1975).


GST dan Tax Kad Prepaid kemungkinan selepas PRU-13 ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.

"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Najib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Ulasan parlimen81:

PM Najib nampaknya seperti telah bersiap sedia untuk menumbangkan BN dari dalam apabila idea untuk melaksankan cukai 6% pra bayar pun di bantah oleh rakyat . Inikan pula GST yang merangkumi keseluruhan produk yang taxnya lebih kurang 4% .

Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang syarikat-syarikat telekomunikasi daripada mengenakan cukai enam peratus bagi perkhidmatan telefon bimbit prabayar yang dikendalikan mereka.

NONECukai yang diperkenalkan pada tahun 1998 sebenarnya adalah cukai pengguna yang lazimnya ditolak oleh pembekal perkhidmatan kepada pengguna.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih boleh menghalang pengguna daripada menanggung bebanan itu dengan menghapuskan cukai perkhidmatan itu secara keseluruhannya.

Menteri kewangan boleh bawa perkara ini ke Kabinet dan gunakan kuasa menteri untuk memberi pengecualian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan (1975).


Rabu, 14 September 2011

parlimen81 Sokong Deklarasi Bukit Kepong

parlimen81 dengan ini membuat satu deklarasi pada hari ini 14 September 2011 menyokong penuh deklarasi yang dibuat oleh Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia pada 13 September 2011 yang berbunyi seperti berikut :

“Bahawa kami seluruh ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia pada 13 September 2011 dengan ini membantah serta menolak apa-apa jua kenyataan yang boleh mengguris hati dan perasaan pejuang yang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta,”

parlimen81 juga menyeru semua pihak di Jerantut ini menyokong deklarasi ini dan menyeru semua masyarakat Malaysia dan kerajaan Malaysia supaya menyokong dan meimplementasikan deklarasi ini dalam kontek mengiktiraf semua pejuang-pejuang yang mempertahankan agama , bangsa dan tanah air tercinta ini semenjak sebelum dijajah , ketika hampir dijajah , ketika memperjuangkan merdeka sehinggalah kepada mempertahankan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan.

PAHANG MERDEKA CHALLENGE 2011 - LEMBAH KIOL JERANTUT



PAHANG MERDEKA CHALLENGE 2011



TREK



MOUNTAIN BIKE @ PAHANG MERDEKA CHALLENGE 1 GREEN 1 CLEAN 2011 EVENT

Masa
pada 16hb September pukul 8.00 pagi - pada 18hb September pukul 5.00 ptg

Lokasi
LEMBAH KIOL, JERANTUT, PAHANG DM

Maklumat Lanjut : MIDDLE EARTH WITH COLLOBARATION THE MINISTRY OF TOURISM MALAYSIA AND MAJLIS DAERAH JERANTUT WILL MAKE THE PAHANG CHALLENGE 1 GREEN 1 CLEAN 2011 EVENT.

This event will include the mountain bike challenge and 4x4.

THIS INFORMATION ABOUT THE MOUNTAIN BIKE EVENT
2 CATEGORIES WILL BE HELD:


-CROSS CONTRY GO FOR GREEN EVENT(17/09/2011, 8AM TILL FINISH)

.Entrance fees RM30 per each person.

.the track length is 40 km that will challenge phisically and mentally of each 
contestant.
.each contestant will experiencing the beautifull green scenary with tough 
road, streraming across the small river and uphill and downhill.
.The first contestant that reach the finish flag is announced as the winner.


4 CROSS TWILIGHT ZONE XC RACE (17/09/2011, 3PM TILL FINISH)

.The entrance fees for this categories is RM 40 per group (4 person each group)

.This is a time race which all the group must collect malaysian flag 1 person each and bring back to the finish line. At the finish line, marshall will give the group a big malaysia flag and they have to stab the flag to the ground.
.The track for the starting is uphill track and downhill track all the way back to the finish line.
.The fastest time that been track by the group and completing the task will be announced as a winner.
.For the information, you can only experiencing this categories at lembah kiol.This is first branding in malaysia.

PRIZE FOR THE BOTH CATEGORIES
-FIRST PRIZE: CASH RM600
-SECOND PRIZE: CASH RM400
THIRD PRIZE: CASH RM200
FOURTH PLACE TILL TENTH PLACE: HAMPER

campsite along the waterfall will be given to all the participants. All the participants just need to bring their own tent.
For those who didnt want to camp, they can rent a hotel at jerantut town.
At the night of camping, THE GIGS WILL BE HELD AND PERFOMED BY OUR OWN LOCAL BAND. So all the participants can chill and enjoyed all night long. 



FOR FURTHER INFORMATION PLEASE CONTACT THIS NO

0199454813 (JOHN DIR)
0129819145 (MARODZUAN)
0199275128 (AMIR)

CLICK DI SINI UNTUK PAUTAN FACEBOOK

===========================================================
Masa
pada 16hb September pukul 8.00 pagi - pada 18hb September pukul 5.00 ptg

Lokasi
Lembah Kiol, Jerantut, Pahang

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut
Pahang Merdeka Challenge is back this year due to the success of Pahang Merdeka Challenge 2010 held in Ulu Salan last year.

Pahang Merdeka Challenge 2011 is to further GOM policy of One Malaysia, Green and Clean Concept. Lembah Kiol is chosen for its beautiful surrounding, exotic waterfalls and rapids plus easy access to the campsite. A 18 hole golf course nearby provide a lush of greens to visitors and golfer alike.

Among the programs awaiting participants and audiences are events tailor for family participation, 4WD SS challenge, mountain bike, general cycling, jungle trekking and others.

Pahang Merdeka Challenge is organised by Middleearth in collaboration with The Ministry of Tourism and Majlis Daerah Jerantut.

Please contact 0129819145 (Marodzuan) for further information.

Kontraktor jadi mangsa samun di Jerantut

Kontraktor jadi mangsa samun 

Seorang kontraktor pemasangan mozek kerugian kira-kira RM10,000 manakala sebuah kereta jenis Atos milik rakannya turut lesap dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Taman Seroja dekat Jerantut, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa berusia 48 tahun bersama dua rakannya berusia 40an baru pulang dari tempat kerja sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi bising dari dalam rumah.

Mangsa yang curiga bergegas masuk ke dalam rumah sebelum disambut oleh tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang disyaki perompak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintenden Nordin Mustapha berkata, mangsa dan dua rakannya itu diacukan parang sebelum kaki dan tangan mereka diikat perompak terbabit menggunakan pita pelekat .

Menurutnya, suspek bertindak menggeledah rumah berkenaan dan melarikan wang tunai RM5,000, tiga buah telefon bimbit dan peralatan memasang mozek membabitkan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira 10,000.

“Turut lesap sebuah kereta jenis Atos milik rakannya dipercayai di gunakan suspek untuk melarikan diri,” katanya ketika di temui di pejabatnya di sini, semalam.

Nordin berkata, suspek juga turut merampas kereta jenis Atos milik salah seorang mangsa dan melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut.

“Berdasarkan suara dan pertuturan salah seorang suspek, mangsa mendakwa dia mengecam dan mengenali suara lelaki itu.

“Mangsa mendakwa salah seorang suspek itu dipercayai bekas pekerjanya yang dipecat tidak lama dahulu,” katanya.

Menurut nya, mangsa turut mendakwa, bekas pekerja yang berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu sering menimbulkan masalah ketika masih bekerja dengannya.

Setakat ini polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dan memberi jaminan akan memberkasnya pada bila-bila masa sahaja.

“Kereta rakan mangsa juga belum di temui bagaimanapun polis yakin ia ditinggalkan tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story9523382.asp

Isnin, 12 September 2011

Gesa PM Bina Universiti Perdana Di Jerantut

Berita hari ini mengatakan PM Najib bagi biasiswa kepada pelajar universiti baru iaitu Universiti Perdana (klik sini) . Kat Jerantut ini banyak sungguh tanah kalau University Perdana (klik sini) nak . Cakap jer lah kat maner . Mesti DO , Ahli Parlimen Jerantut dan ADUN Tahan , Pulau Tawar dan Damak boleh rekomen kan kepada MB untuk kelulusan . Tapi kenapa tanah Mardi yang sekakang kera itu juga yang Board of Director ( klik sini) Perdana University nakkan.

Kesian kat MARDI , makin lama makin susut tanah mereka di pinggir Putrajaya dan Kuala Lumpur di serahkan kepada pemaju2 yang semakin berjejeh air liur menahan untuk melahap tanah-tanah MARDI (klik sini) dan UPM di pinggir Putrajaya itu .

Dengar cerita WZWH dan ADUN Tahan dah luluskan sebanyak 1000 ekar (klik sini) tanah untuk pembangunan universiti di Ulu Tembeling . Mungkin WZWH boleh buat proposal untuk binakan secara percuma Ibu Pejabat MARDI yang baru dan Universiti Perdana  di ULU Tembeling dan sebagai tukarannya WZWH boleh majukan tanah MARDI di KL itu sebagi pusat komersial utama di pinggir Putrajaya dengan nama Tembeling Business Center.

RINGKASAN EKSEKUTIF - PROJEK MELOMBONG BIJIH BESI DI JANTUT

RINGKASAN EKSEKUTIF
TARIKH : 12hb  SEPTEMBER 2011,
Di sediakan oleh              : PARLIMEN81 INKEPARATET
Kepada                                 :Pelabur Berpotensi
Nama Projek                      : Cadangan Perancangan Melombong,
                                              Permohonan Pajakan Melombong
Kawasan                              : SEKITAR DAERAH JANTUT
                                               Keluasan satu kawasan melombong 100 hektar

Nama Pemohon               : PARLIMEN81

Laporan kajian oleh consultant  (Geological Report)       :                Seperti yang di lampirkan

Status                        : Permohonan telah mendapat kebenaran A dan di sokong oleh  B. Semua report dan kertas kerja permohonan serta minit sokongan   telah disiapkan. Setelah permohonan di serah kepada pihak  C, tempoh    kelulusan di jangka mengambil masa  2 hingga 3 bulan, dan tempoh jangka boleh mula melombong pada bulan Mei atau Jun 2012. Bijih besi ini telah mempunyai  pembeli yang berpontensi dari China. Pembeli sendiri yang akan    menyediakan peralatan melombong, dan membayar royalty kepada pemilik  konsesi tapak melombong setiap bulan selama 100 bulan.
Huraian ringkasan laporan geologi yang perlu kita tahu,
Keluasan boleh lombong dan mengandungi bijih besi               : 6 juta meter persegi,
Mutu  bijih besi                                                                           : >60% Fe ( bermutu tinggi)
Jumlah isipadu rizab bijih                                                            : 5,280,00 m3 (meter padu)
Jumlah bersih perolehan bijih besi                                              : 1,826,200  Metrik tan
Hayat melombong                                                                        :100 bulan atau lebih
Kadar melombong                                                                        : 20K – 50k metric tan sebulan
Modal yang di perlukan untuk pengurusan dan pembayaran premium (cukai Tanah) dan yang berkaitan, RM200,000 setiap satu kawasan.
Pelabur akan di bayar  royalty sebanyak,  RM1 – RM1.50  selama 100 bulan. Contoh jumlah pendapatan,
RM1 x 20k mt = RM20,000 sebulan atau maksimum RM1 x 50k mt = RM50,000 sebulan X 100 bulan = RM5,000,000.
Pemilik sedang dalam usaha memohon 5 kawasan kesemuanya yang mana kos pelaburan adalah
berbeza, bergantung kepada isipadu dan tempoh hayat melombong.
Segala kerjasama pelaburan akan di tandatangani antara 2 pihak, bersama peguam bertauliah, iaitu
1.       Pihak pemilik  - (PARLIMEN81)
2.       Pihak Pelabur
Sekian ringkasan  eksekutif untuk kerjasama di dalam  pelaburan perlombongan bijih besi daerah Jantut
PARLIMEN81

Sabtu, 10 September 2011

Siapa Kata Pahang Pernah Di Jajah ?

Siapa kata Pahang pernah dijajah ? Pahang tak pernah dijajah . Portugis tak pernah jajah Pahang , Belanda tak pernah jajah Pahang , Siam tak pernah jajah Pahang . Dalam sejarah Portugis dan Belanda hanya pernah menjajah Melaka .  Jadi siapa kata Pahang pernah dijajah ? Pahang pun tak pernah dijajah oleh British . British hanya datang ke Pahang sebagai penasihat  . British hanya membantu negeri pahang memperkemaskan pentadbir negeri Pahang . British tidak gannggu institusi agama di Pahang . British tak pernah menghasut rakyat Pahang untuk masuk agama Kristian . British hanya datang membantu memperkemaskan sistem kerajaan negeri Pahang . 

Antara perkara pertama yang British buat sebagai penasihat ialah menasihatkan supaya diwujudkan Sekolah Melayu di negeri Pahang . Maka wujudklah sekolah melayu pertama di negeri Pahang pada tahun 1887 . Kemudian british wujudkan sistem pengangkutan air yang lebih baik dinegeri Pahang . Pahang lancarkan kapal2 seperti Sinyum , Ethel untuk beroperasi di Sungai Pahang dan beberapa kapal lagi beroperasi antara Kuantan  , Pekan dan Singapura . British ujudkan sistem pentadbiran daerah yang lebih kemas . Ramai anak-anak Melayu dilatih untuk menjadi pegawai-pegawai di Pejabat2 daerah . Sir Mahmud Mat Menteri Besar Pahang yang pertama hanyalah berasal dari org biasa2 jer kemudian diambil oelh British menjadi pegawai rendah dalam pentadbiran mereka sehingga menyadang jawatan DO di beberap daerah sebelum dilantik jadi menteri besar pertama . 

British juga yang memperkemaskan sistem pengutipan hasil mahsur negeri seperti hasil galian emas dan bijih supaya lebih teratur . Hasil galian ini telah memberi pendapatan yang besar kepada negeri Pahang . Dari hasil galian inilah maka British telah merancang supaya sekolah-sekolah Melayu dibuka lebih banyak di Pahang . Kemudian british juga merancang sistem pengairan di negeri pahang speti di Pahang Tua dan Pulau Tawar untuk memastikan sumber makan mencukupi di negeri Pahang . Hasil-hasil dari perlombongan emas telah diagihkan kepada Jerantut dan Pekan . British telah melabur sehingga $130,000 untuk membina sistem pengairan Paya Kangsa iaitu Empang Salan dan taliair dari empang Salan ke Paya Kangsa untuk memastikan Paya Kangsa dapat air mencukupi bagi tujuan penanaman padi . Walaupun projek ini yang diawarkan kepada seorang kontraktor bernama Ong Cheng Jim dari Lipis akhirnya gagal mencapai matlamat kerana terlepas pandang terhadap stuktur tanah disepanjang laluan tali air tapi komitment British untuk memajukan Pahang amat tinggi . 

British juga telah membina jalan-jalan raya menghubungkan daerah-daerah di negeri Pahang di samping jalan keretapi . 

Disektor ekonomi british juga telah memperkenalkan tanaman getah selain dari industri pelombongan . Ini telah melonjak ekonomi Pahang ketahap yang tinggi . 

Jadi siapa kata Pahang pernah dijajah ? Jepun masuk ke Tanah Melayu pun bukan untuk menjajah Tanah Melayu tapi untuk menghalau British . Jepun tidak ambil alih kerajaan Pahang . Jepun juga bertindak sebagai penasihat kerajaan pahang sementara dan pada masa yang sama memastikan British tidak masuk semula ke negeri Pahang . Jepun tidak suka orang asia dinasihat oleh orang barat . Jadi orang asia hendaklah dinasihat oleh orang asia juga . Kemudian bila Jepun kalah dinegeri mereka sendiri Jepun serahkan kembali Negeri pahang kepada rakyat Pahang  . Dikatakan beberapa puak berhaluan kiri mengambil alih pentadbiran Pahang selama beberapa hari tanpa membelakangkan sistem beraja . Bila British berjaya kembali ke negeri Pahang maka British kembali menguna pakai sistem mereka sebelum kedatangan Jepun . Sistem itu diguna pakai dengan beberapa perubahan sehinggalah tahun 1955 dan kemudian beberapa penambahbaikan sehingga sekarang . 

Jadi sebenarnya Pahang tak pernah dijajah kan ? Jadi kenapa perlu di laungkan MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA kalau kita memang tidak pernah dijajah ? Mungkinkah laungan MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA hanya valid untuk negeri Melaka sahaja . Sebab itu YAB Perdana Menteri Pertama  melaungkan  MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKAdi negeri Melaka sebagai melambangkan kemerdekaan Melaka ?

Jadi parlimen81 amat menyokong kenyataan Majlis Professor Negara (MPN) (KLIK SINI ) yang dianggotai oleh 1600 proffesor yang mengesahkan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah .

Kalau MPN dah sahkan ..... takkan nak sangkal lagi kenyataan 1600 professor ini ... pakar2 semua tuuuuu . Jadi tak perlulah kita laungkan MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA  bila tiba 31 Ogos setiap tahun . Betul tak MPN ?

Nota : Ini analisis yang memang amat merapu dari parlimen81 . Tolonglah betulkan kalau salah .

Memahami Cukai 6% Telekomunikasi

Hasil kaji selidik parlimen81 mendapati bahawa cukai 6% yang ingin dikenakan oleh kerajaan kepada pengguna telepon ini telah lama diperkenalkan oleh kerajaan iaitu semenjak beberapa tahun yang lepas . Cuma selama ini cukai untuk prepaid tersebut diserap oleh syarikat telekomunikasi . Bererti selama ini syarikat telekomunikasi telah membayar kepada kerajaan cukai sebanyak 26% + cukai6% . Berbanding dengan syarikat lain yang hanya perlu membayar sebanyak 26% . Jadi syarikat telekomunikasi perlu membayar sebanyak lebih daripada 26% cukai kepada kerajaan . Cukai 6% ini pula bukan dikira dari jumlah jualan kasar syarikat . Maksudnya jika syarikat mempunyai sales prepaid berjumlah RM1 Billion maka cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan ialah sebanyak RM60juta ringgit  (agaknyalah sebab parlimen81 pun bukan tahu sangat). Dan katakanlah untung sebelum cukai syarkat telekomunikasi itu dalam RM200juta maka syarikat telekomunikasi perlu membayar lagi sebanyak RM52juta sebagai cukai koporat. (bukan keparat)

Cukai 6% ini akan digunakan oleh Suruhjaya Komunikasi di bawah Menteri Rais untuk membangunkan infrasturktur diluar-luar bandar yang memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan dan tidak menguntungkan syarikat telekomunikasi . Antara projek2 itu ialah seperti schollnet , projek netbook , projek usp , projek kampung wi-fi , projek pusat broadband komuniti dan lain-lain lagi  (mintak maaflah kalau parlimen81 silap tulis sebab parlimen81 pun main cedok-cedok dari sumber internet je)

Sebenarnya cukai yang menjadi polemik sekarang ini hanylah cukai untuk prepaid sedangkan selama ini kita telah membayar cukai untuk talian telepon tetap dirumah dan semua pengguna post-paid juga membayar cukai ini . Cukai ini telah digazetkan oleh kerajaan yang perlu dibayar oleh pengguna. Selama ini syarikat teekomunikasi terpaksa menyerap cukai prepaid ini . Padahal kalau ikut gazet kerajaan pengguna yang kena bayar.
Jadi cukai inilah yang ingin dilepaskan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna . Jadi kalau PM Najib cakap , justiifikasi untuk mengenakan cukai ini solely dibuat oleh syarikat telekomunikasi , pedaáh jer lah PM Najib tu . Sebab cukai ini memang diambil oleh kerajaan selama ini cuma selama ini diserap oleh syarikat telekomunikasi . Dan mungkin ada perjanjian sebelum ini iaitu syarikat telekomunikasi akan menyerap cukai ini utk beberapa tahun kemudian pengguna akan menaggung pula (agaknyalah macam isu kenaikan tol laaa) Dan parlimen81 percaya semua drama ini akan selesai tak lama lagi dengan semua syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menyerapkan kos ini selama setahun lagi ( parlimen81 main teka je ... entah betul ke entah idak)

(Nota : Jangan percaya sangat fakta ini . kemungkinan fakta ini silap . Cuba cari fakta yang lebih baik dan tepat dari analisa yang parlimen81 buat ini)

Khamis, 8 September 2011

KDNK Jerantut Melebihi RM2 Bilion Setahun ?

TABURAN PENDUDUK JERANTUT


Salam . Berapakah penduduk terkini penduduk Jerantut ? Dalam sekitar 90,000 orang ? Dari Jumlah Tersebut berapa orangkah yang berumur sekitar 7 hingga 17 Tahun sekitar 20,000 orang . Berapa pula yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 7 tahun ? Mungkin sekitar 12,000 . Berapa pula belia yang berumur dalam lingkungan 18-21 tahun 8000 orang .... Jadi berapa kah orang yang benar2 dewasa yang layak untuk mengundi ? sekitar 50000 orang dan dari jumlah tersebut mungkin hanya 75% yang keluar mengundi atau 37500 orang sahaja . dan 37500 orang inilah yang akan direbut oleh  Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional . Dari jumlah 37500 berapa pula warga emas ? katakanlah sekitar 7% adalah warga emas 2625 . Jadi jumlah yang berada sdalam lingkungan 21-55 tahun ilah sekitar 34800 orang pengundi . Itu ilah junmlah keluar mengundi saya tak nak cerita pasal pilihanraya kali ini saya nak cerita tentang kuasa beli rakyat jerantut ? Iaitu penduduk yang boleh menghasilkan wang dan membelanjakan wang mereka di sekitar Jerantut untuk merangsang ekonomi Jerantut . 18-55 adalah yang biasanya layak bekerja katakanlah kita tumpu kepada yang berada disekitar 21-55 tahun sahaja maka terdapat hampir 50,000 penghasil wang di Jerantut ini . Kalau setiap seorang menghasilkan secara purata RM1000 sebulan maka revenue setahun penduduk Jerantut ialah hampir RM600 Juta . Jika kita anggarkan hanya 40 dari wang ini dibelanjakan di Jerantut maka ada sebanyak RM240 Juta berligar disekitar Jerantut yang perlu direbut oleh para peniaga-peniaga di Jerantut .

KUASA BELI JERANTUT

parlimen81 percaya bahawa jumlah sebenar yang berligar di Jerantut ini melebihi jumlah tersebut ?

1. Ada sekitar 20 Tanah Rancangan felda yang berada disekitar dan sempadan Jerantut  dengan anggaran terdapat seramai 375 peneroka setiap felda yang berpendapatan sebanyak RM2300 sebulan maka akan ada lebih  kurang RM207Juta .

2. Ada hampir 800 guru sekolah Menengah yang membawa pulang secara purata sejumlah RM3500 sebulan atau RM33Juta.

 3. Ada hampir 1200 guru sekolah rendah yang membawa pulang secara purata RM2500 sebulan atau RM36juta setahun .

4. Ada hampir 2000 kaitangan kerajaan yang berpendapatan purata Rm2000 sebulan atau setahun RM48 Juta setahun.

5. Sementara itu jumlah Pekebun Kecil Sawit pula ialah dalam lingkungan 4200 hektar yangboleh memberi pulangan berjumlah 100k tan FFB sawit setahun yang memberi pendapatan berjumlah RM60 juta setahun kepada pekebun kecil diseluruh Jerantut.

6. Pekebun Kecil Getah pula menyumbangkan sebanyak jumlah hektar pekebun kecil di pahang dalam lingkungan 42000 hektar . jika 7 adalah dari keluasan tersebut ialah dari jerantut maka pendapatan pekebun kecil di Jerantut dalam lingkungan 3500 hektar yang jika hasil setiap hektar dalam lingkungan dalam 1800 kilo maka jumlah duit belegar di jerantut lebih kurang rm75juta setahun dari hasil getah jika harga getah lingkungan rm5 sekilo .

7. Sektor pernigaan dan perladangan memberi jumlah selebihnya kepada jumlah pendapatan rakyat jerantut.

KDNK JERANTUT

KDNK Pahang secara puratanya adalah sebanyak RM20Billion -25Billion Setahun . Secara tak ilmiahnya parlimen81 menjangkakan bahawa KDNK Jerantut adalah sebanyak melebihi dari RM2 Billion setahun hasil iaitu 1% dari nilai KDNK Pahang yang diperolehi dari industri pertanian seperti getah dan sawit , industri perlombongan bijih dan kerikil dan industri pembalakan .  Pahang contribute sebanyak hampir 5% dari KDNK negara .  

KONKLUSI :

1. Jerantut adalah lubuk duit kepada yang ingin benar2 ingin bermuamalat secara islam . Dan juga boleh menjadi lubuk duit kepada yang ingin berniaga secara kotor.

2. Bilangan student UiTM di Jengka yang seramai 10,000 org nanti hendaklah ditarik membelanjakan wang mereka di Jerantut . Buatlah satu perancangan untuk menarik mereka ini berhujung minggi di Jerantut .


Nota : Ini satu lagi analisis merapu dari parlimen81 . Banyak fakta tak betul .... tapi ada sipi-sipi lah juga agaknya ... jadi kalau ada yg mahir tu buatlah analisis baru .

Isnin, 5 September 2011

Pakatan Rakyat Confirm Menang 3-1 di Jerantut PRU13

Risikan parlimen81 sepanjang menziarahi ramai kenalan dan sedara mara semasa hariraya baru ini di kampung sekitar dun tahan , pulau tawar dan damak . Inilah analisa parlimen81 iaitu Pakatan Rakyat (PR)Confirm Menang di Jerantut PRU13 di kerusi-kerusi berikut 3-1 :

1. Parlimen Jerantut - dengan syarat Tengku Lan terus bertanding di kerusi ini confirm PAS akan menang
2. DUN Tahan - dengan syarat Wan Amizan terus bertanding di DUN ini dan Wan Amizan tidak dicalonkan di mana-mane kerusi di Jerantut ini , confirm PAS akan menang
3. DUN Damak - jika BEBAS , PKR dan DAP tidak bersaing sesama sendiri pasti Pakatan Rakyat menang.
4. DUN Pulau Tawar - letaklah sapa pun calon BN tetap menang kat sini kalau Dr Shukri bertanding kat sini lagi pun masih tetap akan menang .

Risikan parlimen81 di dun Tahan .... banyak sungguh isu-isu tempatan dan isu calon boleh diekspotasi oleh Pakatan Rakyat untuk menarik perhatian pengundi . Risikan parlimen81 juga membayangkan hanya di Felda Retang sahaja lagi Wan Amizan mendapat sokongan kuat sementara di Ulu Tembeling , Kuala Tembeling dan tembeling tengah sekitar kg Merting Wan Amizan dah tiada sokongan lagi . Isu-isu Wan Amizan yang yang difitnah kononya begitu bersemangat mengumpul kekayaan (walaupun mungkin tiada bukti kukuh dan mungkin tidak benar) dari Ulu Tembeling hingga ke Jerantut Hilir akan memakan diri beliau . Risikan parlimen81 juga menunjukan jika bukan selain Wan Amizan yang bertanding di DUN Tahan dan Wan Amizan tidak dicalonkan disebarang kerusi di jerantut , DUN Tahan juga akan jatuh ketangan PAS disebabkan unsur2 protes dari saki-baki penyokong wan amizan . Jadi UMNO Pahang sekarang ini dalam dilema untuk mempertaruhkan calon di DUN Tahan ini .

Risikan parlimen81 di dun pulau tawar pula menunjukan walaupun Dr Shukri sekarang ini tidak mendapat sokongan dari orang ramai tapi kalau dia tetap bertanding beliau pasti boleh menang di DUN Pulau Tawar tapi jika ada calon lain kemenangan BN akan lebih besar lagi di DUN Pulau Tawar kerana DUN Pulau Tawar masih lagi menjadi lubuk deposit tetap UMNO di Jerantut ini . Letaklah sesiapa pun calon kat sini . Calon korup pun masih boleh memenangkan UMNO di DUN Pulau Tawar ini kerana deposit tetap UMNO di FELDA-FELDA masih lagi tetap bersama dengan UMNO . Isu-isu berkaitan Dr Shukri yang difitnah kononnya mempunyai hutang bernilai RM16 juta tidak memakan diri beliau dengan kuatnya pengaruh UMNO di DUN Pulau Tawar terutama di felda-felda.  Bukan bermakna orang sokong Dr Shukri tapi kerana kuatnya jati diri ahli UMNO itu sendiri menyokong UMNO tanpa mengira siapakah calon mereka . Walaubagaimanapun UMNO Cawangan Pulau Tawar sekarang ini sedang kuat melobi supaya calon dari kalangan anak jati Pulau Tawar dicalonkan di sini . Antara calon yang kuat melobi sekarang ini ialah DO Bera Dato' Mat Hj Daud , Ketua UMNO Pulau Tawar iaitu Enchu Nazari , Dato' Hj Rosdi dan Dato Nazri Ngah. Tapi seperti biasa dijangkakan bahawa kali ini sekali lagi anak temnpatan pulau tawar akan terus di pinggirkan oleh UMNO . Seorang calon yang bukan dari kalangan anak tempatan kampung pulau tawar akan dicalonkan di DUN Pulau tawar ini iaitu seorang calon profesional dari kalangan anak Felda akan diletakkan di DUN ini . Ini adalah bagi menghargai sokongan besar masyarkat Felda dalam PRU12 dulu.

Risikan parlimen81 di dun DAMAK pula menunjukan bahawa Pakatan Rakyat rakyat dah ada sekurang-kurangnya 7000 undi di DUN Damak . Pengundi-pengundi ini hanya menunggu DUN dibubarkan sahaja untuk menawan DUN ini . Risikan juga mendapati terdapat usaha2 untuk memastikan calon ini menarik diri disaat akhir pencalonan.

Sementara risikan parlimen81 di parlimen Jerantut pula jika Tengku Lan masih lagi bertanding di parlimen Jerantut dalam PRU ke 13 nanti . pasti beliau akan kalah disebabkan  undi penyokong tegar PR sendiri dan undi protes dari sebahagian ahli UMNO yang tidak setuju dengan kepimpinan beliau. PRU ke 13 dulu beliau hanya menang di satu DUN sahaja iaitu dun Pulau Tawar sedangkan di dun-dun lain beliau tewas .

Risikan parlimen81 juga menunjukan bahawa BN masih boleh berjaya menawan semua kerusi-kerusi di Jerantut ini selain dun damak jika mereka menawarkan calon-calon yang tiada kaitan langsung dengan UMNO Bahagian iaitu calon yang benar-benar fresh dan dari latar belakang profesional dan koperat (bukan keparat).

Risikan parlimen81 juga menunjukan bahawa PAS sekarang ini hanya memfokuskan hanya untuk menang di Parlimen Jerantut tidak fokus kepada DUN kerana Parlimen Jerantut termasuk dalam senarai 60 parlimen yang menjadi tumpuan Pakatan Rakyat untuk menuju Putrajaya.

Difahamkan juga bahawa Pakatan Rakyat sudah selesai membuat pembahagian kerusi di Jerantut ini dengan semua kerusi sudah mempunyai senarai pendek calon2 . Jadi Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai masalah lagi dengan calon-calon mereka . Jika ditakdirkan pembubaran hari ini maka besok Pakatan rakyat Jerantut sudah boleh mengedarkan senarai calon bagi setiap dun ditandingi mereka .

Difahamkan pula usaha lobi melobi masih berterusan dan tiada calon di senarai pendek lagi dari Barisan Nasional.

Difahamkan juga KITA sedang melobi pemimpin2 tertentu dari kalangan Pakatan Rakyat untuk menjadi calon mereka dalam pilihanraya ini . Dijangkakan KITA akan meletakkan sekurang2nya satu calon iaitu di DUN DAMAK . calon KITA kemungkinan besar ialah calon Melayu . Ini akan menyebabkan sedikit perpecahan undi dikalangan orang Melayu di DUN Damak .

Nota : nota diatas hanyalah analisa merapu p81 hasil pemantauan dan pemerhatian dan pendengaran dari penceritaan masyarakat disekitar Jerantut . Jika tidak setuju dengan analisa merapu ini abaikan sahajalah dan buat2 tak tahu sahaja.

Aku Nak Mohon Juga Blok Bijih Besi di Jerantut

FAKTA PERLOMBONGAN

FAKTA PERLOMBONGAN NEGERI PAHANG

Soalan 1
Bagaimanakah hendak mendapatkan pelan tapak lombong?
Jawapan:
Pelan tapak lombong boleh didapati dikaunter Pelan Unit Mineral Pejabat Tanah dan Galian Pahang yang dibuka setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Pemohon disyorkan membawa salinan pelan kawasan yang dikehendaki berskala 1 : 50,000. Pelan boleh dikeluarkan dengan kadar bayaran RM23.00 setiap satu tapak dengan syarat tapak yang dipohon tidak terletak di dalam Kawasan Taman Negeri, Hutan Rizab, Kawasan Tadahan Air, Kawasan berimilik dan kawasan yang telah berlapis dengan permohonan terdahulu.

Soalan 2
Apakah beza permohonan Lesen Mencarigali (PL) dan Lesen Penjelajahan (EL)?
Jawapan:
Permohonan Mencarigali meliputi kawasan seluas 400.0 hektar kebawah dengan menggunakan Borang 5A dan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00. Sementara permohonan penjelajahan (Borang 6A) meliputi keluasan kawasan melebihi 400.0 ha. Yuran pendaftaran permohonan adalah RM 200.00

Soalan 3
Bilakah Lesen Pajakan Melombong (ML) boleh dipohon?
Jawapan:
Lesen ML boleh dipohon sekiranya kawasan tersebut telah mempunyai Lesen SKC yang sah. Lesen ini juga boleh dipohon diatas bekas tapak lombong terdahulu yang telah tamat tempoh dengan syarat semua dokumen kelulusan berkaitan disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah yang mengeluarkan lesen tesebut sebelumnya. Permohonan ini hendaklah mempunyai satu kajian pra-kebolehsanaan melombong dengan pelan pra-hitungan berskala 1 : 6336 serta skim cadangan melombong.

Soalan 4
Saya mempunyai tanah milik bergeran yang dipercayai mempunyai kandungan mineral seperti bijih besi, emas dan lain-lain. Bagaimanakahcara memohon untuk melombong?
Jawapan:
Pemohon hendaklah memohon melalui borang 9A, mengepilkan salinan kad pengenalan, kajian pra-kebolehlaksanaan serta cadangan skimnya, salinan geran yang disahkan, carian rasmi geran tanah serta surat perjanjian dengan kontraktor melombong yang bakal menjalankan kerja bagi pihak tuan tanah.

Soalan 5
Saya adalah individu dan tidak mempunyai sebarang syarikat bertaraf sdn. Bhd. Bolehkah saya membuat permohonan melombong?
Jawapan:
Individu adalah layak memohon asalkan rakyat KDYMM Sultan Pahang dan mempunyai kekuatan dari segi kewangan. Syarikat bertaraf ’Enterprise’ adalah tidak layak memohon.

Soalan 6
Apakah kriteria perlu bagi sesebuah syarikat sdn. bhd. untuk membuat permohonan perlombongan?
Jawapan:
Syarikat tersebut hendaklah mempunyai klausa. Kelayakan kerja-kerja lombong boleh memegang Lesen Pajakan Melombong di samping kerja-kerja mencari sebarang mineral samada di darat atau di laut.

Soalan 7
Apakah definasi keputusan Tolak Ringkas?
Jawapan
Keputusan Tolak Ringkas boleh dibuat oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang berdasarkan arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 31.12.2008 yang diberikuasa keatas mana-mana permohonan yang terletak dalam Kawasan Taman Negeri, Tadahan Air Hutan Rizab / Simpan dan lain-lain berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk menolak terus tanpa di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 8
Selepas mendaftar permohonan apakah pemohon perlu dibuat?
Jawapan:
Pemohon akan diberitahu melalui surat kedudukan nombor fail permohonan dan surat kepada pemohon menyatakan permohonan telah dihantar ke enam (6) Jabatan Teknikal iaitu Pentadbir Tanah Daerah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, untuk tindakan ulasan/pandangan terhadap tapak yang dipohon yang akan dihantar kembali ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang oleh Jabatan Teknikal tersebut. Pemohon bertanyakan kedudukan pemohon dengan datang sendiri atau melantik wakil yang sah dengan surat, datang sendiri atau melantk wakil yang sah dengan surat yang ditandatangani pemohon. Pertanyaan kedudukan pemohonan melalui telefon adalah tidak digalakkan.

Soalan 9
Berapa lamakah keputusan permohonan lombong dapat diketahui?
Jawapan:
Ianya bergantung kepada faktor kecepatan enam (6) Jabatan Teknikal menghantar kembali ulasan yang diminta oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Lawatan akhir Penolong Pegawai Tanah PTG Pahang ke tapak permohonan untuk mengemaskini pelan perakuan seterusnya penyediaan kertas untuk di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 10
Apakah fungsi Unit Mineral, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang?
Jawapan:
Secara ringkas, unit ini adalah sebagai ’One Stop Agency’ bagi urusan permohonan perlombongan di seluruh daerah Negeri Pahang bermula pada tahun 2006, dengan menggunapakai Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang, oleh setiap Pentadbir Tanah Daerah yang terbabit