Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 13 Ogos 2011

Pembangunan Jerantut - Semua BN Dah Buat ... Apa Lagi Rakyat Nak ?

Sejak merdeka sehingga sekarang dah bermacam-macam pembangunan kerajaan BN buat untuk Jerantut . Jalan raya dah sampai ke depan tangga , Lampu jalan dan ada kat depan rumah , Telepon dan internet dan masuk kedalam rumah , api dan air semua dah ada . Sekolah cukup , masjid dan surau ada disetiap kampung . Pendek kata semua kemudahan asas ini telah mencukupi untuk keselesaan rakyat baik dibandar atau di kampung . Apa lagi yang rakyat nak ?

Ekonomi penduduk kampung di sekitar Jerantut sekarang mengalahkan ekonomi penduduk Kuala Lumpur . Ramai penduduk kampung sekarang mempunyai pendapatan lebih RM3000 sebulan hanya bekerja sebagai penoreh getah .

Apa lagi yang rakyat nak dari kerajaan diterajui oleh BN ? Pening kepala dah wakil-wakil rakyat BN memikirkan permintaan-permintaan rakyat ini . Dibagi betih nak peha . Dibagi peha nak atas lagi .

Kalau ditanya soalan itu kepada saya . Sebenarnya saya dah cukup selesa dengan keadaan saya sekarang ini . Kampung saya dah ada talian telepon dan ada kemudahan internet , dah ada perkhidmatan telepon mudah alih , dah ada kemudahan jalan raya , surau kampung saya tiap2 tahun dapat bantuan dan saban tahun dicat baru . Saya tak mahu pembangunan berlebihan dikampung saya . saya sudah cukup selesa dengan keadaan sekarang ini . Saya tak mahu kampung saya jadi bandar . Cukuplah status kampung saya sebagai kampung sahaja . Saya tak mahu jadi orang bandar . Saya nak kekal sebagai orang kampung . Apa yang saya mahu ialah segala kemudahan yang saya inginkan ada berdekatan dengan kampung saya . Saya tak mahu bayar cukai pintu seperti orang dibandar . Cukuplah dengan hanya membayar cukai tanah untuk tanah sekankang kera .

Jadi apa lagi yang tak kena dengan saya ini yag asyik nak membangkang sahaja ? Bukan ke semua kerajaan BN dah buat ? Kalau ditanya lagi sekali soalan itu kepada saya . Apa lagi awak nak kerajaan BN buat ? Jawapan saya satu sahaja  . Tolonglah pilih wakil rakyat yang benar2 ikhlas , amanah dan takut kepada Allah.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana ada lagi org yg amanah sekarang.Amanah tu bahasa aje lagi dah