Saham FGV mula disenaraikan pada hari ini . Jam pertama menunjukkan prestasi yang sangat hebat dengan mecatatkan premium 84 sen . bermakna setiap peneroka felda kaya sebanyak 84 sen setiap saham yang mereka miliki . Diberitakan setiap peneroka telah mendapat 800 unit saham yang dialokasikan kepada mereka . Semua saham ini hendaklah dibeli melalui kaedah pinjaman dengan institusi kewangan pada kadar 5.5% . Jika dikira kira maka setiap peneroka Felda perlu mengeluarkan duit atau membuat pinjaman sebanyak Rm3640 seorang untuk harga RM4.55 seunit untuk 800unit yang dimiliki mereka . Untunglah setiap peneroka yang mengambil alokasi yang diberikan kepada mereka kerana selepas ditolak yuran sebanyak Rm200 dan kadar faedah Rm200 juga maka mereka ada untung pada hari ini sebanyak RM272 jika mereka jual semua saham tersebut pada keuntungan setiap saham 84 sen bermakna mereka untung kasar sebanyak RM672 . Selepas ditolak kos RM400 maka mereka masih mempunyai keuntungan bersih sebanyak RM272.00 seorang . Cukuplah untuk membayar bil elektrik dan air pada bulan ini disamping minum kopi petang nanti .
Itu cerita pasal untung peneroka setiap seorang yang dapat untung bersih sebanyak RM272.00 hasil dari alokasi sebanyak 800 unit oleh pihak FGV kepada mereka .
Ini saya nak cerita pulak pasal kekawan saya dan saya sendiri yang tiada kaitan langsung dengan peneroka yang untung bersih dalam RM25,000.00 hingga RM75,000.00 seorang pada hari ini hasil dari penjualan saham FGV pada pagi ini .
Ceritanya begini beberapa minggu lepas sebelum hari ini pihak FGV telah memperuntukan 420 juta saham yang mewakili 11.5% jumlah saham FGV untuk dilanggan oleh individu/syarikat bumiputera melalui pihak MITI . Bumiputera kena memohon kepada MITI untuk mendapatkan alokasi saham FGV untuk bumi tersebut . MITI akan mengagihkan saham tersebut berdasarkan kemampuan kewangan individu atau syarikat . Kena tunjuk semua wang yang ada dalam akaun bank . Berdasarkan kemempuan tersebut maka pihak MITI akan agihkan lot-lot FGV kepada bumiputera tersbeut. Maka saya dan kawan-kawan dapatlah alokasi sekitar dalam 30,000 unit hingga 90,000 unit seorang .
Kalau ikutkan bilangan unit tersebut memang tak mampu sebab kalau 30,000 unit terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM136,500.00 untuk melanggan semua saham tersebut . kalau 90,000 unit maka sebanyakRM409,500 . Tapi ada pihak bank yang sudi memberikan pinjaman sama seperti pinjaman yang dinikmati oleh peneroka tadi . maka kami hanya perlu mengeluarkan hanya 10% hingga 20% sahaja dari nilai saham tadi bergantung kepada bank yang memberi pinjaman .
Jadi kami yang tiada kaitan apa-apa dengan FELDA ini lebih untung dari peneroka sendiri kerana kami dapat lebih banyak dari peneeroka . Durian runtuh peneroka hanya RM15000 + UNTUNG SAHAM RM272 . Tapi kami dapat dalam seorang bersih RM25000 hingga RM75,000. Dalam 10 hari lagi masuklah duit tu dalam bank kami . Sedangkan peneroka baru dapat pendahuluan RM5000 .
Itu baru kami yang tiada kepentingan apa-apa . Tiada kenalan dengan pihak MITI . Tiada connection politik . Cuba tuan-tuan bayangkan bagaimana pula mereka yang bermodal besar dari kami dan mempunyai connection politik dan ada kenalan di MITI . Mungkin mereka dapat lebih dari kami mungkin juta-juta unit yang menghasilkan juta-juta untung .
Jadi persoalan saya selepas hari ini hasil dari peruntukan FGV untuk bumiputera itu , sebenarnya berapa unit yang masih dipertahankan oleh bumiputera tersebut . Saya sendiri sudah jual saham tersebut , begitu juga kawan-kawan saya sudah juga dan menikmati keuntungan tersebut . Hari ini sahaja ada 261juta unit bertukar tangan . Mungkinkah itu saham-saham peruntukan bumiputera dan peneroka dan kaitangan felda yang lebih 90 adalah bumiputera. Hari ini pun Isa Samad untung dalam RM150,000 hasil dari alokasi saham sebanyak 180,000 unit.
Jadi apakah matlamat kerajaan untuk meningkatkan pegangan bumiputera melalui peruntukan saham bumi melalui MITI ini tercapai ? Hari ini sahaja beratus juta unit bertukar tangan. Adakah pertukaran tersebut dari bumi kepada non-bumi ? Saya sendiri tidak mampu untuk pertahankan saham tersebut. Saya sendiri tidak tahu siapa yang membeli saham saya yang diperuntukan melalui alokasi bumi itu . Secara puratanya peruntukan saham FGV adalah seperti berikut 73 juta saham atau dua peratus diperuntukkan kepada orang awam, 1.5 bilion atau 41 peratus kepada pelabur institusi, 109 juta saham atau tiga peratus (pekerja-pekerja
Felda), 91 juta atau 2.5 peratus (peneroka Felda) dan pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Miti akan
menikmati 420 juta saham atau 11.5 peratus.Mengapa 112,635 peneroka mendapat saham yang kurang daripada 3,835 pekerja Felda?Pada kadar seratus peratus, setiap peneroka hanya akan mendapat 800 saham seorang manakala kakitangan Felda akan menerima 28,368 saham seorang. dan saya sendiri yang tiada kaitan dengan peneroka , cuma atas nama bumiputera yang diluluskan oleh MITI mendapat lebih dari 30,000 unit iaitu lebih lagi dari pekerja Felda yang bertungkus lumus membangunkan Felda .
Tapi untuk FGV ini . Percayalah kamu wahai pembeli saham FGV . Saham ini tidak akan jatuh di bawah harga RM5.05 .... ini kerana itu adalah harga break even bagi peneroka .... GILA lah kerajaan BN kalau benarkan harga jatuh harga tersebut . Ini kerana 54 parlimen tidak boleh digadaikan hanya dengan membenarkan harga saham FGV jatuh dibawah RM5.05 . Bahkan ketika dekat dekat dengan pilihanraya nanti maka harga akan meningkat lebih tinggi lagi kerana dengan harga yg tinggi boleh menutup nulut pembangkang sementara waktu sehingga selesai pilihanraya . Institusi-institusi pengurusan dana milik kerajaan akan menyokong harga tersebut agar kekal pada paras yang menyakinkan peneroka.
Tapi kalau saya seorang penmegang saham yang genuine ,maka saya akan jual saham saya pada hari bekerja terakhir sebelum hari pilihanraya. Kerana saya dapat rasakan institusi-institusi dana temnpatan dan antarabangsa akan mula melonggarkan penahanan harga selepas pilihanraya nanti. Ini hanyalah pendapat peribadi saya . Segala risiko adalah ditanggung oleh anda sendiri . Buat analisis berterusan dan anda tentu keputusan sendiri .