Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 23 April 2011

PAS Jerantut Bergelora ?

Dengar khabarnya PAS Jerantut sedang hebat bergelora . Apa yang bergelora sangat itu tidaklah diketahui . Hanya orang dalam PAS sahaja yang mengetahuinya . Tapi dari cerita-cerita di kedai kopi p81 mendapat cerita sensasi . Terdapat segelintir ahli dan cawangan yang tidak suka kepada kepimipinan Dr Hamzah untuk jawatan YDP PAS Kawasan Jerantut dalam mesyuarat agong PAS kawasan akan datang ini . Walaubagimanpun maklumat terkini yang didapati oleh p81 menunjukkan bahawa Dr Hamzah menang tanpa bertanding bagi jawatan YDP yang berlangsung pada hari ini .

Walaubagaimanapun kem Dr Hamzah telah mencalonkan Haji Rahman Teh bagi menentang TYDP sekarang sekarang ini . P81 menjangkakan Haji Rahman Teh akan berjaya menundukkan penyandang TYDP sekarang ini . ini kerana sokongan untuk kem Dr Hamzah adalah lebih ramai sekarang ini . Manakala TYDP sekarang ini dilihat seperti bertanding berseorangan tanpa kem tertentu dan TYDP sekarang ini dipercayai tidak sebulu dengan Dr Hamzah .

Manakala p81 dimaklumkan bahawa Naib YDP telah dimenangi oleh Imam Ishak tanpa bertanding . Ini menunjukkan jawatan TYDP sahaja yang ditandingi . Walaupun penyandang jawatan NYDP sekarang ini juga bertanding tanpa kem dan dipercayai bukan dari kem YDP tetapi kem Dr Hamzah tidak berhajat untuk merampas jawatan tersebut memandangkan NYDP sekrang ini tidak menimbulka masalah besar kepada team YDP.

Haji Rahman Teh jika pun tewas bertanding jawatan TYDP tetap akan dilantik sebagai Setiausaha PAS Jerantut . Cuma yang menjadi persoalan sekarag ini ialah siapakah akan dilantik sebagai Setiausaha PAS Jerantut yang baru jika Haji Rahman Teh berjaya merampas jawatan TYDP kali ini ?

Dan siapa pula akan dicalonkan oleh PAS Jerantut bagi jawatan Presden , Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS Pusat . P81 menjangkan PAS Jerantut akan mengekalkan Haji Hadi sebagai Presiden dan mencalonkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Mencalonkan Husam Musa , Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Nizar Jamaluddin.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

guane banyak fakta tak betul.Nydp Ustaz Yus bukan Imam sahak