Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 22 Disember 2010

Tanah di Perlukan : Luas 50 hingga 100 ekar

Salam . Kami memerlukan tanah seluas 50 hingga 100 ekar tanah di dalam daerah Jerantut untuk tujuan dibangunkan dengan Kampus Cawangan Universiti . Tanah yang diperlukan mestilah terletak di pinggir bandar Jerantut . Lokasi yang sesuai ialah di sekitar antara Bandar Jerantut hingga Simpang Jengka Lapan atau sekitar Bandar Jerantut hingga Kg Kuala Mai atau sekitar bandar jerantut hingga ke Kg Batu Balai atau sekitar bandar Jerantut hingga ke Kuala Tembeling atau disekitar Simpang Padang Piol hingga ke Kuala Tahan

Di atas tapak ini nanti kami akan membina sebuah Kampus Cawangan sebuah universiti yang masih dirahsiakan namanya . Kampus ini akan mempunyai Pejabat Pentadbiran , Bangunan Fakulti , Bazar Perniagaan dan Blok Asrama . 

Pembangunan kampus ini adalah secara Build-Lease-Maintain-Transfer . Pembiayaan projek ini akan kami laksanakan secara Initiatif Pembiayaan Swasta (PFI) . Sebaik sahaja kampus ini siap kami akan menyewakan kampus ini untuk digunakan oleh universiti berkenaan selama 25 tahun.

Kampus ini bila siap dijangka mampu menampung sehingga 5000 orang pelajar .

Sekarang aku nak tanya orang Jerantut . Bagus tak  idea aku ni ? WZWH bagus tak idea aku ini ? Kalau bagus apa lagi WZWH dan semua ahli politik dan ahli perniagaan di Jerantut ini . Cepat ambil opportuniti ini dan submit proposal kepada universiti yang berpotensi untuk buka cawangan di Jerantut . Kenapa idea ini timbul . 

 1. Pahang dah ada 2 universiti awam . Jadi agak susah untuk minta sebuah lagi universiti di Pahang ini . 
 Jadi ini lah solusinya jika kita inginkan sebuah kampus universiti di Jerantut ini kita minta je kampus cawangan salah satu universiti kat malaysia ini di bina di Jerantut.

2. Nak dapat budget Pembangunan (CAPEX) memang susah sekarang dengan kekangan kewangan kerajaan  dan keadaan ekonomi sekarang . Jadi mungkin budget Pengurusan (OPEX) agak mudah untuk diproses dan diluluskan. Sebab itu kita buat dibawah konsep Build-Lease-Maintain-Transfer. 

Universiti mana berpotensi yang akan buka cawangan di Jerantut ? Universiti Malaysia Pahang , UiTM , Universiti Putra ? UTM , UM . Ambillah peluang masa PM kita orang Pahang ini .

Pembiayaan ? Pembiayaan tak jadi masalah .Banyak bank tempatan / luar negeri serta institusi pelaburan tempatan seperti KWAP , EPF dan Tabung Haji bersedia memberikan pembiayaan kewangan jika aliran kewangan sesebuah projek itu kukuh sepanjang tempoh konsesi dengan surat jaminan dari pihak kerajaan . Contoh projek lebuhraya plus , pantai timur .

OK apa lagi WZWH dan ahli politik dan ahli perniagaan Jerantut sekelian cepat-cepat hantar proposal anda ke universiti berkenaan dan PM .

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..

sy sebagai ank jrantut amat2 bersetuju sekali dengan cadangan ini kerana bagi saya ank2 jerantut amat dahagakan institusi pngajian tinggi..
kawasan yg bg saya sesuai adalah di kawasan jalan jerantut - temerloh iaitu berhampiran ADTEC jerantut.. dan kawasan itu boleh dijadikan hub institusi2 pengajian tinggi..
tq..

Tanpa Nama berkata...

Salam.Jangan cuma jerantut ni ada universiti penagih dadah aje mcm sekarang.Aku setuju sesangat cadangan ong tu

Tanpa Nama berkata...

besepah tanah simpanan kerajaan kat jerantut ni. g je la pejabat tanah. tu pun nak aku bagitahu.

Tanpa Nama berkata...

jgn harapkan orang lain, rasa perancangan itu baik dan berfaedah kepada masyarakat di jerantut ini, buat temujanji dengan pegawai daerah jerantut bincang, saya setuju dengan yang mengatakan bangunkan kawasan disekitar ADTEC kerana kawasan itu masih luas lagi...

ideakita berkata...

salam. saya sebagai warga jerantut bersetuju diadakan kampus universiti di sini. Kawasan yang sesuai di belakang sekolah menenagh inderpura, ambil alih aja ladang sawit tu.

saya jangka wzwh dan konconya tidak berminat cara disarankan kerana susah nak buat wang saku.

mereka rela tiada kampus di sini. sejarah telah menunjukkan sikap itu di mana IPGM LIpis asalnya di Jerantut tidak dihiraukan oleh golongan ini. Maka Lipis merampasnya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Ideakita,
WZWH sangat berminat dengan Universiti,IPTA, IPGM, MRSM di Jerantut. Ini untuk kemudahan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan merancakkan ekonomi Jerantut. Dulu kesilapan pemimpin lama yang gagal mengekalkan projek-projek itu. Ketika itu WZWH dan Wan Amizan budak lagi. Tapi tidak sekarang, WZWH dan konco akan bawa balik projek-projek itu ke Jerantut, insyallah.

p81 berkata...

semua setuju untuk buat universiti dan semua kata ambil tanah itu dan ambil tanah ini .... kalau hari ini ada mana2 universiti setuju dan nak segera pembinaan kampus dilaksanakan .... adakah Jerantut bersedia ? Berapa lama proses acqusition tanah ? Apa kata proses acqusition tanah itu dibuat sekarang oleh kerajaan dan reservekan tanah itu sebagai tanah milik kerajaan untuk tujuan pendidikan dengan menyerahkan pengurusan tanah itu kepada sebuah Yayasan , kita namakannya sebagai Yayasan Pelajaran Jerantut . Selama mana tanah ini tidak dibangunkan , kita pajakan tanah ini kepada usahawantani untuk tujuan tanaman kontan . ada sesiapa yang boleh buat kerja ini . saya rasa WZWH boleh . saya tak mampu dan bukan orang yang sesuai . saya tak pandai lobi , saya tak kenal orang atas. saya tak kenal YB , MB , Pengarah Tanah , DO dan SO .

Bila tanah dah ada senang lah nak promosikan kepada mana2 universiti .

p/s : bila dah dapat tanah tu nanti jangan jadikan harta sendiri pulak .... dah banyak kes terjadi ....

Tanpa Nama berkata...

ye betul tu...macam tanah di Kuala Kubu yang asal nya milik Yayasan Selangor...entah macam mana ada pulak dua syarikat ajaib yang menguasainya dengan seorang pngerusinya adalah dijadiakan pengerusi sepanjang hayat..

Tanpa Nama berkata...

saya rasa soal tanah di jerantut tidak menjadikan masalah, kawasan ADTED Jerantut masih luas lagi dan dalam keadaan sekarang adalah lebih sesuai kawasan itu dibangunkan dengan projek pengajian tinggi, soalnya sekarang semua pemimpin (ahli parlimen, wakil-wakil rakyat DUN) mesti bersatu dalam menjayakan perkara ini, janganlah seseorang ADUN itu menggunakan kuasanya untuk kepentingan kawasan sendiri sahaja, akibat berebut akhirnya apa yang telah berlaku di jerantut ini semua yang dirancang tidak menjadi kenyataan kerana di rampas orang. Pihak berkuasa tempatan, MDJ, D.O dan lain-lain agensi perlu bersatu dalam membawa pembangunan projek-projek besar di jerantut ini..