Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 13 Disember 2010

Hanya 3 Option untuk Jerantut - Menteri Besar atau Menteri Penuh atau PAS

Salam Untuk Orang Jerantut

Terdetik untuk p81 untuk mengulas sedikit entry dalam blog WZWH pada 6 dan 7 December 2010 , WZWH ada mencadangkan beberapa nama sebagai calon senator dan calon ahli parlimen dan seterusnya WZWH membayangkan bahawa ahli parlimen Jerantut dari UMNO ini nanti akan dilantik sebagai timbalan menteri .

Komen parlimen81 macam ini aje la WZWH dan semua orang jerantut cuba fikir-fikirkan . Kalau setakat ahli parlimen jerantut dapat jawatan timbalan menteri ... baik tak yah ...ahli parlimen atau adun dari jerantut perlu jadi MB atau Menteri penuh baru orang jerantut boleh dapat tempiasnya ...nak harapkan ahli parlimen jerantut dari UMNO jadi PM tak nampak gayenye . Kalau tak lebih baik orang jerantut pilih calon PAS .... rasanya kalau calon pas yang menang lebih banyak pembangunan yang datuk najib akan bagi kat jerantut .... tak caya cubalah .... sebabnya dah berapa orang adun kita jadi exco dah berapa ahli parlimen kita jadi timbalan menteri tapi habuk pun tarak . Dulu masa Dato Sharif Ahmad jadi Menteri Pertanian Penuh dalam tahun akhir tahun 70-an dulu, walaupun dia orang luar tapi banyak juga peruntukan pembangunan  dalam bidang pertanian mengalir ke Jerantut.

Cuba tanya Ku Lan secara ikhlas sebab apa dia tolak jadi timbalan menteri ari tu . Jadi Jerantut hanya perlukan 3  option sahaja untuk pilihanraya akan datang :

1. Ahli Parlimen UMNO Jerantut perlu jadi Menteri Penuh atau 
2. ADUN UMNO dari Jerantut perlu jadi Menteri Besar atau
3. Ahli Parlimen Jerantut mesti dari Parti Pembangkang PAS .

Hanya ini sahaja 3 option extreme yg pada pendapat p81 yang boleh mempercepatkan kemajuan jerantut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara.Saya bersetuju denga pendapat saudara.Walau pun ahli parlimen Jerantut di lantik menjadi menteri penuh pun tak ada gunanya sebab tidak akan dpt juga pembangunan di daerah jerantut. Kita kena undi pas baru depa nak bagi peruntukan pembangunan kat sini .pengundi kena bijak berpolitik.