Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 11 Disember 2010

Apa Projek Impak Besar Boleh Di Cadangkan Untuk Jerantut ?

Pertanyaan parlimen81 kali ini untuk semua orang jerantut dari kecik hingga besar dari rakyat marhaen hingga bigboss .

Projek berimpak besar bukan bermaksuk projek yang banyak untuk jerantut . Tapi projek berimpak besar walaupun satu projek tapi ianya boleh menjana ekonomi jerantut , merangsang pertumbuhan jerantut secara exponent dan secara sendiri . Secara sendiri bermaksud dengan wujudnya projek berimpak besar ini akan menwujudkan industri sokongan untuk projek tersebut yang bukan dilaksanakan oleh wang kerajaan tapi oleh pihak swasta dengan wang mereka sendiri . Dan projek-projek swasta ini tidak semestinya projek besar tapi adalah sokongan kepada projek impak besar yang dibuat oleh kerajaan . Antara contoh-contoh projek berimpak besar ialah :

1. Universiti
2. Lapangan Terbang
3. Perlabuhan Darat
4. Ibu Negeri Baru
5. dll

Saya masih berpendapat walaupun projek Hydro bernilai berbillion ringgit jika dilaksanakan di Jerantut hanyalah akan memberikan sedikit sahaja anjakan kepada ekonomi jerantut dan ianya tidak termasuk dalam kategori projek berimpak besar kepada ekonomi Jerantut .

Tapi persoalannya ? Masih adakah tanah kerajaan negeri yang luas dan sesuai untuk di tawarkan kepada kerajaan persekutuan untuk projek impak besar ini.

Tak silap ada orang cakap ... di Jerantut ni ada satu tapak yang telah digazetkan sebagai tapak lapangan terbang antarabangsa . tapi dengar khabarnya tapak tersebut telah dipajakkan untuk tananam sawit. betul ke ? saya tak tahu .

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Jerantut sudah pun ada prohek impak besar
1.Universiti (univ penagih dadah)
2.Lapangan terbang (ada padang terbang yg terbengkalai di kuala tahan)
3.Pelabuhan darat(dah ada stesen keretapi terbesar di asia) terletak di jerantut
4.

Tanpa Nama berkata...

projek berskala besar semestinya dirancang dan dilaksanakan djerantut ini memandangkan daerah jerantut ini semakin berkembang maju dengan pertambahan penduduk semakin bertambah, projek-projek besar yang boleh memberi peluang pekerjaan dan menambah pendapatan kepada penduduk perlu difikirkan segera oleh pemimpin-pemimpin tempatan dan agensi-agensi bertanggungjawab, sebagai contoh wujudnya kilang boleh memberi peluang pekerjaan dan wujudnya pusat pengajian tinggi boleh menambahkan pendapatan kepada peniaga kecil melalui kuasa beli pekerja-pekerjnya, harap supaya perkara ini perlu difikirkan untuk kemajuan dan kemakmuran warga jerantut