Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 19 Jun 2010

DUN Pulau Tawar Momentum Yang Lesu!

DUN Pulau Tawar Momentum Yang Lesu!
Pada PRU 2008, DUN Pulau Tawar menyumbang majoriti lebih 3100 undi kepada parlimen Jerantut. Kalau tidak kerana pengundi-pengundi yang majoritinya terdiri daripada peneroka Felda sudah tentu sukar untuk BN mempertahankan kerusi parlimen di Jerantut.

WZWH ingin memberi satu laporan 'feedback' dari suara akar umbi di DUN Pulau Tawar. Diharap mendapat tindakan dan susulan dari ADUN Pulau Tawar.

Selepas kemenangan selesa DUN Pulau Tawar dalam PRU lepas, kini pergerakan DUN Pulau Tawar menjadi statik dan lesu. Momentumnya semakin lesu dan ini amat membimbangkan UMNO dan BN. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya!

Hasil dari perbincangan WZWH dengan beberapa Ketua Cawangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO cawangan di DUN Pulau Tawar, WZWH mendapati:

Sukar untuk berjumpa dengan YB ADUN Pulau Tawar. Pejabat Perkhidmatan ADUN sunyi.
Minta peruntukan payah jadi banyak program terbantut di cawangan-cawangan.
Ketua Cawangan Sungai Tekam dan Gelanggi satu meletak jawatan. Kenapa?
Penubuhan ranting parti PKR di Gelanggi 2 dan beberapa ranting PKR di DUN Pulau Tawar. Mengapa jadi begini?
Banyak borang biasiswa Yayasan Pahang dari DUN Pulau Tawar ditandatangani oleh ADUN-ADUN lain.
Kalau dulu ada orang kuat ADUN seperti En. Nordin Wahid, En. Nordin Yit, Abang Jantan dan En Zainor yang boleh orang DUN Pulau Tawar terpa atau berjumpa tetapi sekarang tiada lagi.
Selama 3 penggal menjadi ADUN Pulau Tawar apakah sumbanganya yang boleh dinampak oleh pengundi di DUN Pulau Tawar?
Terdapat 5000 pengundi baru yang terdiri dari golongan muda dalam PRU 13 nanti. Apa jaminan majoriti 3100 di DUN Pulau Tawar dan parlimen Jerantut dapat dipertahan?


Jika dibiarkan DUN Pulau Tawar begini maka ianya akan memberi kesan kepada UMNO dan BN di Jerantut. Diharap ADUN Pulau Tawar dapat menerima laporan 'feedback' dari akar umbi dan diambil tindakan.
Posted by WZWH at 11:54 AM 1 comments:
Anonymous said...
WEHHH .... DEME BARU TAHU KEEE .... BUKAN DUN PULAU TAWAR JE LEMBAB .... SEMUA DUN LEMBAB TERMASUK PARLIMEN MEMANG LEMBAB .... KAS DAH TAHU LAMA DAH .... DEME SEBENARNYA YANG LEMBAB SEBAB BARU TAHU YANG DEME TU LEMBAB

September 3, 2010 2:21 PM

Post a Comment

Jumaat, 11 Disember 2009

PERTANYAAN-PERTANYAAN OLEH AHLI PARLIMEN JERANTUT SEPANJANG TAHUN 2009 BAGI JAWAB LISAN DI DEWAN RAKYAT



18 Febuari  2009
43. PR-1221-L16639
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cara mengikuti perkembangan projek-projek yang telah dimajukan kepada EPU, yang dapat diluluskan dengan secepat mungkin. Nama baik EPU amat terjejas pada hari ini.

23 Febuari 2009
26. PR-1221-L16636
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ]minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Dewan Konvensyen di Putrajaya dapat mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu memandangkan ianya kurang di guna pakai.


24 Febuari 2009
24. PR-1221-L16642
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah diadakan sesi soal jawab dengan YAB Perdana Menteri dalam masa satu jam di Dewan Rakyat satu bulan sekali. Sesi itu kemudian disiarkan secara langsung di seluruh negara.

3 Mac 2009
13. PR-1221-L16634
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh mana persediaan untuk melaksanakan Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

11 Mac 2009 (Perbahasan)
5. PR-1221-L16631
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah cara-cara untuk mengawal keadaan jenayah yang semakin menjadi-jadi di negara kita.

12 Mac 2009
67. PR-1221-L16632
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perhimpunan PBB mesti di adakan di New York mengapa tidak dicadangkan ke negara yang berkecuali umpama di Switzerland.

18 Mac 2009
43. PR-1221-L16645
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah peranan Kementerian untuk memberi fahaman kepada generasi muda sejarah Kesultanan Melayu di negara ini dan juga adat resam dan budaya Melayu ini terus kekal unggul di negara
kita.

15 Jun 2009 (Perbahasan)
5. PR-022-L18426
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar Pakej Rangsangan Ekonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan baru-baru ini akan pergi kepada sasaran yang tepat iaitu untuk membantu rakyat,terutama rakyat di kawasan luar bandar.

17 Jun 2009
119. PR-022-L18427
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perlu kakitangan Kerajaan diletakkan di bawah satu Kementerian dan seorang Menteri yang bertanggungjawab mengikuti prestasi kerja-kerja mereka daripada satu masa ke satu masa. Adakah perlu 'key performance index' itu wujud
bagi mereka.

22 Jun 2009
67. PR-022-L18428
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah perlu Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco juga di aksess bagi setiap enam bulan dalam segi prestasinya atau mengikut 'key performance index' (KPI).

24 Jun 2009
90. PR-022-L18429
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah cara-cara untuk meningkatkan lagi kegiatan mempromosi Malaysia di luar negara dan tarikan terhadap pelancong untuk datang ke negara kita. 25 Jun 2009

25 Jun 2009 (Tidak Hadir)
5. PR-022-L18430
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah cara-cara untuk mengembalikan zaman kegemilangan Askar Melayu Di Raja,memandangkan begitu banyak jasa mereka kepada negara.

29 Jun 2009 (Perbahasan)
7. PR-022-L18431
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perlu kita merombak balik peranan GLC ini, ada di kalangannya yang rugi dan membebankan wang ringgit Kerajaan. Ada di antara CEO daripada GLC ini tidak langsung mengendahkan surat-surat daripada Menteri-menteri kita.

22 Oktober 2009 (Perbahasan)
3. PR-1223-L33066
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah rasionalnya kita memiliki kapal selam ini dan adakah kapal selam yang kita peroleh ini sama taraf dengan apa yang dimiliki oleh negara jiran kita di Singapura.
28 Oktober 2009 (Perbahasan)
3. PR-1223-L33064
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan ekonomi orang-orang Melayu pada ketika ini, sejak Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.
29 Oktober 2009
35. PR-1223-L33068
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perlu kita mengadakan zoning untuk perlancongan dalam segi aktivitinya untuk mengelak percanggahan dengan undang-undang Islam di negara kita.

2 November 2009
35. PR-1223-L33063
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional di sebalik tidak menamakan Agama dan Bangsa di dalam pengisian borang-borang rasmi.3 Nov 2009


3 November 2009
32. PR-1223-L33062
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan kewangan Rizab negara pada hari ini. Apakah perancangan Kerajaan untuk meningkatkan usaha memperkukuhkan kewangan kita.

4 November 2009
23. PR-1223-L33056
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menghapuskan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil dengan hanya satu sekolah sahaja iaitu Sekolah
Kebangsaan, berkonsepkan 1Malaysia.




5 November 2009
17. PR-1223-L33065
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah perlu kita mengkaji semula peranan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Mengapa tidak diadakan 'Intelligent Unit' di setiap Kementerian untuk melaksanakan tanggungjawab yang sama.

9 November 2009
23. PR-1223-L33059
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan untuk belia-belia di dalam kawasan FELDA untuk menghindarkan mereka daripada terjerumus di dalam dunia dadah.

8 December 2009
32. PR-1223-L33055
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN adakah pihak Kementerian bercadang mengadakan satu Dewan Konvensyen untuk kegunaan semua jenis pertunjukan sama ada daripada luar atau dalam negara.

Sabtu, 11 Oktober 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN OLEH AHLI PARLIMEN JERANTUT SEPANJANG TAHUN 2008 BAGI JAWAB LISAN DI DEWAN RAKYAT


1 Julai 2008 (Perbahasan)
11. PR-1212-L13736
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah cara-cara untuk mendedahkan anak-anak muda pada hari ini, cara hidup dan tradisi yang telah kita amalkan selama ini dengan adanya harmoni di kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum.

3 Julai 2008
85. PR-1212-L13734
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah cadangan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan kaum-kaum di negara ini dan kefahaman mereka kepada budaya dan tradisi masing-masing.

7 Julai 2008
66. PR-1212-L13733
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cara-cara yang boleh mempercepatkan sistem pentadbiran Kerajaan dalam meluluskan dan melaksanakan projek terutamanya di kawasan luar bandar.

8 Julai 2008
42.PR-1212-L13735
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perlu perkara-perkara sensitif yang dianggap oleh masyarakat berbilang kaum tidak dibenarkan dibangkit dan dibincangkan di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


Jumaat, 25 April 2008

Kaki judi 'bandar kasino' jual kereta


JERANTUT - Kereta terpaksa dijual, hidup pula dikejar hutang.
Semuanya gara-gara ketagihan bermain 'mesin buah' di sebuah premis judi haram di bandar ini menyebabkan Azam (bukan nama sebenar), 29, mengeluh panjang.
"Lima bulan lalu, saya jual kereta Proton Wira RM12,000 kepada seorang kawan sebab nak bayar hutang kalah judi.
"Kerap juga saya berhutang dengan kawan-kawan sebab gila 'mesin buah'. Nombor ekor pun saya tikam. Apabila mereka minta saya bayar, saya tak ada duit sampai terpaksa jual kereta," katanya semasa ditemui di sini semalam.
Azam yang tinggal bersama ibu bapanya di Felda Sungai Retang dekat sini berkata, dia menghabiskan sekurang-kurangnya RM100 setiap kali bermain mesin buah.
"Sehari RM100 mesti habis, kalau 10 hari sudah RM1,000. Semua duit upah kutip hasil sawit ditelan mesin tu," katanya.
Berikutan itu, dia tidak lagi berhajat untuk mengunjungi premis judi haram itu lagi kerana bimbang diberkas polis selepas KOSMO! Ahad kelmarin membongkar bandar Jerantut dan Inderapura sebagai bandar kasino.
Laporan muka depan akhbar tersebut mendedahkan 'dedikasi' para pengusaha premis mesin judi membenarkan hanya peneroka dan penduduk kampung untuk mengelak kegiatan mereka diketahui umum khususnya 'orang luar'.
Dalam pada itu, seorang peneroka di Felda Sungai Retang, Baharom Aziz, 52, berkata, beliau sering terdengar beberapa penduduk merungut golongan belia di situ ketagih berjudi di bandar Jerantut.
"Ramai bercerita yang anak-anak muda di Felda ini banyak jadi kaki judi. Masalah pecah rumah pun kerap berlaku di sini, mungkin itu kerja budak judi atau budak dadah.
"Jadi saya mintalah pihak berkuasa buat operasi segera tutup rumah judi di bandar Jerantut. Makin lama dibiar, makin rosak anak-anak Felda," tambahnya.
Sementara itu, Ahli Exco Majlis Belia Felda Pahang, Abdul Rahman Mohamed telah dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis dalam membantu siasatan berkaitan operasi mesin judi di Bandar Jerantut dan Bandar Inderapura.
Abdul Rahman berkata, beliau telah diminta untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam bagi diambil keterangan berkaitan masalah itu.

Jerantut 'bandar kasino'


JERANTUT - Eksklusif untuk peneroka dan penduduk kampung. Itu 'dedikasi' pengusaha premis mesin judi untuk golongan tersebut yang beroperasi secara haram di bandar Jerantut dan bandar Inderapura di sini untuk mengelak kegiatan mereka diketahui umum khususnya 'orang luar.'Malah salah sebuah daripadanya beroperasi di dalam sebuah gudang dan dikatakan 'kebal' daripada tindakan undang-undang dengan memperalatkan nama orang-orang kenamaan.Tinjauan KOSMO! Ahad mendapati 'orang luar' tidak dibenarkan masuk ke ruang mesin judi yang tersorok dalam premis kecuali diperkenalkan oleh pelanggan tetap kepada tonto yang mengawasinya.Difahamkan kegiatan haram itu berselindung di sebalik nama pusat rekreasi serta persatuan tertentu dan kini bilangannya sudah mencapai kira-kira 30 buah mesin.Menurut salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Karim, pengusaha terbabit hanya membenarkan orang tertentu memasuki bilik yang menempatkan mesin judi atau lebih dikenali sebagai mesin buah."Tidak semua orang dibenarkan masuk tempat yang ada mesin judi buah itu, mungkin ia bagi mengelakkan operasi mereka dikesan pihak berkuasa."Jerantut ini bandar kecil, tak hairanlah pengusahanya mengenali muka-muka yang biasa main di situ. Jika orang luar dibawa oleh pengunjung yang biasa datang, barulah dibenarkan masuk," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man pula memberitahu, sebuah premis mesin judi haram terbesar di bandar itu menjadi tumpuan ramai peneroka terutama pada hujung minggu."Apa yang saya dengar, ramai yang sudah terjerat dengan ketagihan bermain judi di situ sehingga ada yang terpaksa menjual tanah, kereta dan motosikal," katanya.Sementara itu, dalam percubaan menjejaki kegiatan haram di salah sebuah pusat rekreasi di situ, wartawan dan jurugambar KOSMO! Ahad diekori oleh beberapa orang tonto sebaik sahaja melangkah masuk ke premis berkenaan.Di dalamnya, kira-kira 30 mesin permainan arked ditemui dan tidak kurang 10 bilik karaoke kecil dan beberapa meja snuker di samping terdapat satu pintu rahsia.Sementara itu, Ahli Exco Majlis Belia Felda Pahang, Abdul Rahman Mohamed ketika dihubungi mengakui pernah melihat mesin judi berkenaan di lokasi tersebut pada hujung tahun lalu."Saya difahamkan orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke tempat mesin judi itu."Saya sendiri pun pernah nampak hanya setelah dibawa masuk oleh orang yang biasa ke sana," katanya.Katanya, beliau turut menerima beberapa aduan daripada penduduk kampung dan peneroka berdekatan bahawa ada di kalangan mereka terpaksa menggadaikan barang berharga akibat kalah judi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm