Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 6 Ogos 2004

Tunaikan janji bina institut belia di Pulau Tawar

Saudara Pengarang,BILA terbaca sahaja kenyataan Dr. Ahmad Shukri Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar pada 5 Disember 2001, semasa itu beliau Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 6 Disember 2001, suatu perasaan gembira melonjak-lonjak pada diri saya selaku anak Pulau Tawar jati.
Apa tak gembiranya, Dr. Ahmad Shukri berkata sebuah Kolej Komuniti bernilai RM25 juta dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bernilai RM110 juta akan didirikan di Bukit Rang, Pulau Tawar kira-kira 15 kilometer daripada bandar Jerantut. Dia bercakap hal ini kepada pemberita selepas perasmian Seminar Nuzul al-Quran Rakan Muda peringat daerah Jerantut pada awal Disember 2001.
Sebaliknya sekarang sudah hampir hujung tahun 2004, tapi mana dia kedua-dua Institusi berkenaan? Menurut Dr. Ahmad Shukri dalam kenyataan tersebut IKBN akan dibina pada tahun hadapan. Ini bermakna jika kenyataan yang diberi itu ialah pada tahun 2001, bererti IKBN akan dibina pada tahun 2002. Tapi mana dia?
Bukan apa, saya takut nanti kalau sebelum ini macam-macam kita dengar mengenai janji-janji seperti ini. Kalau tak silap saya suatu ketika dahulu pernah dengar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hendak dibina di Jerantut. Tetapi tahu-tahu lepas ke Kuala Lipis. Jadi kita takut perkara ini akan berlaku lagi terhadap kedua-dua benda ini (Kolej Komuniti dan IKBN).
Jadi harapan saya kalau rakyat sudah menunaikan janji mereka dengan benar-benar menyokong kerajaan dan menyebabkan Dr. Ahmad Shukri (sekarang bergelar Datuk) masih kekal sebagai ADUN Pulau Tawar setelah menang sekali lagi dalam pilihan raya pada awal tahun 2004 lalu, maka pihak kerajaan pula hendaklah menunaikan janji yang benar-benar telah ditabur itu kepada mereka pula.
Bagi saya, adalah tidak begitu `bena' jika niat Dr. Ahmad Shukri seperti kenyataannya kepada Bernama pada 12 Mei 2002 (Utusan Malaysia, 13 Mei 2002) untuk memajukan Sungai Salan sebagai pusat pelancongan tidak terlaksana. - ANAK PULAU TAWAR JATI, Jerantut, Pahang.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0805&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

Ahad, 25 April 2004

Latarbelakang Calon BN sebelum ini rendah akhlak....Bagaimana dengan Ustaz UMNO ini !!!

Beberapa orang calon BN di Pahang di kenalpasti sebelum ini mempunyai latarbelakang yang buruk. Secara keseluruhannya calon-calon BN di Pahang yang disenarai dalam pilihan raya baru-baru ini bukan sahaja tidak berwibawa malahan ada yang rendah akhlak dan moralnya di samping banyak hutang.
Calon BN Pulau Tawar Jerantut saudara masih ingat, Dr.Ahmad Shukri, dikenali sebagai peniaga yang gagal dan sekarang ini menanggung hutang jutaan ringgit!!! Beliau yang merupakan Doktor Perubatan merupakan Pengarah Urusan hospital swasta di Shah Alam, Pusat Perubatan Mawar, yang sekarang ini menanggung hutang dalam jumlah jutaan ringgit kerana hospital tersebut menanggung kerugian. Malahan di percayai beliau mempunyai hutang peribadi yang mencecah jutaan ringgit juga.
Serupa juga dengan calon BN Benta, Raub, Sofi Tan Sri Abdul Razak. Bapanya bekas ahli politik dan wakil rakyat yang mempunyai skandal seks dengan budak perempuan berusia 12 tahun dan dituduh merogol budak tersebut. Manakala Sofi sendiri juga seorang peniaga yang sekarang ini menanggung behutang yang banyak dengan beberapa bank dan menurut sumber dalam proses di kenakan tindakkan kebankrapan.
Manakala Rosni Zahari, calon BN Jempul Maran, di kenali sebagai yang rendah akhlak.Belaiu yang mempunyai latarbelakang yang sangat tidak meyakinkan mempunyai skandal seks dengan Tan Sri Khalil Yaakob, bekas MB Pahang di samping pernah di tangkap khalwat. Ketua Wanita UMNO Maran ini yang di kenali sebagai seorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kekayaan dan mendapat pangkat termasuk rasuah dan `membuka kain' adalah seorang yang sangat rendah moralnya.
Begitulah sebahagian dari calon BN/UMNO yang diturunkan di Pahang dalam pilihan raya lepas kebanyakkan mempunyai akhlak yang buruk.
Apakah dengan menurunkan seorang Ustaz maka UMNO/BN merasakan boleh mengubati busuk yang begitu ketara dalam ADUN Pahang. "Ustaz" yang diturunkan itu pun sebenarnya adalah seorang yang RENDAH AKLAH dan tidak tahu menggunakan agamanya. Belajar sahaja agama tapi adalah diantara orang yang disebut oleh Allah sebagai "Orang yang menjual Al Quran dengan sedikit habuan".
Begitulah hina Ustaz yang disebut sebagai calon UMNO/BN pahang. Kalau pengundi masih buta... tentu sekali akan menyokong orang yang hina ini... hina di dunia dan juga diakhirat. Adakah kita mahu tergolong dengan orang-orang yang mempermainkan ayat-ayat Al Quran.
Mamat Rimau

Rabu, 16 April 2003

Berbudi pada tanah - Bawa kejayaan kepada Zamri

BIDALAN orang-orang tua `di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' cukup jelas menggambarkan bahawa kesungguhan dan kerja keras antara elemen penting bagi mengubah nasib seseorang.
Di samping itu, mengambil iktibar daripada kejayaan orang lain juga mampu mencetuskan inspirasi untuk kita lebih komited dalam melakar kejayaan.
Pun begitu, sebagai umat Islam setiap kesungguhan perlu diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah S.W.T agar rezeki yang mendatang hasil daripada titik peluh sendiri lebih diberkati.
Demikian antara prinsip hidup yang membawa kejayaan kepada Zamri Yaakob sehingga beliau mampu diangkat sebagai Tokoh Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan 2002.
Kesungguhan beliau mengungguli sektor perladangan tanpa mengalah pada cabaran, diperakui oleh Kementerian Pertanian untuk menerima anugerah tersebut dalam satu majlis gemilang.
Terdahulu beliau juga menerima pengiktirafan yang sama di peringkat Negeri Pahang pada 2002.
Beliau percaya, kejayaan tersebut juga adalah hasil daripada keteguhan memegang prinsip bahawa membuat sesuatu kerja perlu yakin dan jangan sesekali mudah patah semangat.
Katanya, tiada jalan pintas untuk berjaya dalam sesuatu bidang, melainkan dengan berusaha keras di samping sokongan ilmu dan kemahiran.
``Sebagai rakyat Malaysia kita sebenarnya amat beruntung, bukan saja dilahirkan di bumi yang subur dan kaya dengan khazanah semula jadi, malah banyak sokongan dan bantuan diberi oleh pihak berkuasa.
``Segala-galanya terpulang kepada kita, bak kata orang pun `tepuk dada tanya selera','' ujarnya ketika dikunjungi di kediamannya di Taman Inderapura, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.
Bagi Zamri, banyak bercakap tanpa bekerja juga tidak akan sampai ke mana, bahkan nasib diri dan keluarga tidak mungkin akan berubah menjadi lebih baik.
Berasaskan hakikat itu, beliau sanggup meninggalkan pekerjaan bergaji tetap sebagai Penyelia Kanan di Pejabat Risda Jerantut pada 1999, semata-mata untuk bergiat sepenuh masa dalam sektor perladangan.
Anak kelahiran Kampung Lubuk Kawah, Temerloh ini mahu membuktikan minat dalam bidang pertanian sejak usia muda lagi bukan sesuatu yang sia-sia.
``Pada awalnya saya bercuti tanpa gaji selama setahun untuk mengusahakan bidang ini secara komersial dengan harapan untuk muncul sebagai peladang yang moden dan berjaya,'' ujarnya.
Justeru, Zamri tidak gentar dengan langkah drastik itu, kerana percaya sektor perladangan mempunyai potensi yang cukup cerah jika diusaha secara moden sebagaimana yang telah dibuktikan oleh peladang di negara Jepun dan Korea.
Beliau mengakui, sebagaimana individu yang ingin terbabit dalam perniagaan, pada peringkat awal halangan paling besar ialah modal.
Biarpun telah mengorbankan semua wang imbuhan selepas tamat perkhidmatan kerajaan, ia masih belum mencukupi untuk menampung projek peladangan yang dirancang.
``Membuang rasa malu, saya menapak ke setiap cawangan bank sambil membimbit kertas kerja untuk meyakinkan pegawai pinjaman,'' ujarnya.
Niat ikhlas beliau akhirnya berbalas apabila Bank Islam telah menawarkan pinjaman sebanyak RM260,000 untuk memulakan projek perladangan secara komersial.
Katanya, melalui pembiayaan itu projek kelapa sawit seluas 1.6 hektar yang diusahakan sejak 1996 diperluaskan, di samping memulakan projek ternakan 200 ekor lembu di tanah sendiri seluas 1.6 hektar di Pulau Tawar.
``Mulai saat itu sebahagian besar masa saya tertumpu di ladang ternak dan kelapa sawit. Dalam fikiran saya cuma satu, walau susah macam mana pun saya mesti menjayakan projek ini kerana saya perlu membayar ansuran pinjaman,'' katanya.
Namun Zamri sedar, kejayaan biasanya datang selepas diuji dengan cabaran dan halangan. Beliau diuji Tuhan apabila ladang lembunya yang terletak berhampiran Sungai Pahang musnah dan 50 ekor lembu ternakannya hilang dihanyut banjir pada 2001.
Biarpun sedikit kecewa, ujian tersebut tidak mematahkan semangat beliau, apatah lagi apabila keluarga dan rakan memberi perangsang dan kekuatan untuk beliau bangkit semula meneruskan usaha tersebut.
``Saya berterima kasih kepada Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan Pertubuhan Peladang yang banyak memberi nasihat kepakaran untuk kembali meneruskan bidang ini,'' ujarnya.
Dengan berkat ketekunan tanpa mengenal jerih payah, beliau akhirnya menuai budi yang ditabur apabila ladang kelapa sawit dan ternakan lembu mula mengeluarkan hasil.
Zamri tidak berhenti setakat itu, sebaliknya hasil pulangan dilaburkan semula dengan membeli tanah bagi mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 30 hektar, limau madu (0.4 hektar), dokong (0.4 hektar) dan durian (0.4 hektar).
``Saya ingat pesanan orang tua agar jangan cepat dibuai dengan kejayaan, sebaliknya belajar bersyukur dan melipatgandakan lagi usaha supaya rezeki secupak itu boleh jadi segantang dan dikongsi dengan orang lain,'' ujarnya.
Dalam usaha memudahkan hasil ladang dipasarkan, Zamri membeli tiga buah lori, di samping mengupah lima pekerja untuk menguruskan ladang dan ternakannya.
``Aspek pengurusan perlu dibuat secara bersistematik kerana bidang ini semakin berkembang luas dan menghadapi persaingan,'' ujarnya.
Mujurlah isterinya, Hasnah Ngah, 46, turut memberi bantuan tenaga dan buah fikiran agar yang sedikit sebanyak membantu melancarkan lagi pengurusan di ladang.
Hasnah yang berasal dari Terengganu banyak memberi dorongan dan meniup semangat sejak dari awal pembabitan suaminya dalam sektor tersebut.
``Sebagai isteri tanggungjawab pertama saya ialah mendorong beliau agar jangan cepat putus asa dan terus berusaha hingga berhasil,'' kata Hasnah.
Beliau turut membantu kerja-kerja di ladang kelapa sawit dan ternakan lembu agar dapat dibereskan mengikut jadual.
Selain itu, Hasnah mengakui, beliau juga kerap menemani suaminya menghantar lembu ke Terengganu, Kuantan, Lipis dan Kuala Lumpur.
Zamri sendiri percaya, sebagai nakhoda yang mengemudi sebuah keluarga bahagia, kejayaan yang beliau raih turut menjadi pendorong kepada isteri dan anak-anak mahu pun ahli keluarga lain.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Nor Hafizah, 18, yang kini sedang menunggu kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) selepas memperoleh keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, dan Mohd. Haziq, 13, di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan di Jerantut.
``Anak lelaki kami nampaknya sudah mula menunjukkan minat di bidang pertanian, tetapi saya harap dia akan menguasai ilmu dan kemahiran sehingga peringkat universiti untuk menjadi peladang moden,'' katanya.
Sementara itu, kesibukan mengurus ladang tidak menghalang Zamri daripada turut aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan berpersatuan.
Malah, kebolehan beliau telah menarik minat pelbagai pertubuhan peladang dan koperasi untuk melantik beliau sebagai ketua di peringkat daerah Jerantut, mahupun peringkat negeri Pahang.
Selain menjadi Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pulau Tawar sejak 1995, Zamri juga dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Daerah Jerantut sejak 1998.
Kebolehan beliau turut terserlah di peringkat negeri dan kebangsaan apabila terpilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Pertubuhan Peladang Negeri Pahang sejak enam tahun lepas, ALP Pertubuhan Peladang Kebangsaan sejak tahun 2000, Pengerusi Konsortium Pekebun Kecil Kebangsaan dan Pengerusi Koperasi Makanan Beef Berhad Pahang
Kini belau menubuhkan Syarikat KA Farm And Green yang bakal menerokai pelaburan di beberapa negara ASEAN khususnya dalam perladangan dan ternakan.
Zamri juga tidak lokek ilmu dan bersedia berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan rakan seperjuangan petani, peladang dan penoreh getah lain di seluruh negara.
Untuk itu beliau kerap kali menjelajah serata ceruk termasuk Sabah dah Sarawak sebagai penceramah bagi berkongsi ilmu dan pengalaman.
Ditanya mengenai anugerah Tokoh Peladang Jaya Kebangsaan 2002 yang diterima daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, beliau menyifatkannya sebagai pendorong untuk lebih berjaya.
``Penganugerahan itu meninggalkan kenangan paling manis dalam hidup saya, keinginan yang terpendam sekian lama untuk berjumpa Perdana Menteri akhirnya tercapai.
``Malah, pandangan dan nasihat beliau menyuntik semangat saya untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2003&dt=0415&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive

Jumaat, 14 Januari 2000

Kesahihan sidang dewan dipertikai

Kesahihan sidang dewan dipertikai
 
KUANTAN: Mesyuarat Dun Pahang, penggal pertama, Selasa lalu, menyaksikan kewibawaan pembangkang mencabar kerajaan BN yang diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob.
Perdebatan hari pertama hangat apabila wakil pembangkang membawa usul menangguh sidang dewan negeri kerana mempertikaikan kesahihan majlis mesyuarat dewan pada 11 Disember lalu.
Semua ahli dewan hadir kecuali Adun Chenor yang juga Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak.
Usul itu dibawa oleh Adun Kuala Pahang, Mohd Iqbal Hamdi Rusdi melalui peraturan 17, dibaca bersama peraturan 26 (1) (D), peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Negeri Pahang.
Perbahasan itu turut mengheret mengenai peranan dan tarif 'caretaker Government'.
Menurut Hamdi, mesyuarat Dewan pada 11 Disember 1999 lalu tidak sah menurut undang-undang tubuh Kerajaan Pahang dan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan kerana majlis mesyuarat Kerajaan tidak pernah memberi nasihat kepada Sultan supaya Baginda memanggil mesyuarat.
Menurut Hamdi, mengikut peraturan 1, peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Negeri Pahang pada 11 Disember 1999 selepas pilihan raya Dewan adalah tidak sah, dan oleh itu batal kerana alasan di atas.
"Maka urusan-urusan memilih Yang Dipertua mengangkat sumpah dan ahli-ahli mesyuarat mengangkat sumpah juga dan tidak sah," tegasnya.
Hamdi juga menyatakan peraturan 8 peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Negeri Pahang, mesyuarat pertama dewan selepas pilihan raya pada 11 Disember 1999 adalah tidak sah dan oleh itu batal kerana notis 14 hari tidak diberi kepada ahli-ahli mesyuarat.
Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob bingkas bangun meminta laluan bagi mempertahankan kesahihan mesyuarat.
Perbahasan menjadi semakin hangat apabila isu 'caretaker Government' dibangkitkan Adnan bagi mempertahankan tindakan pihaknya.
Perdebatan Adnan dan wakil-wakil pembangkang memakan masa hampir satu jam turut melibatkan Adun Tahan, Abdul Malik Yusof, Adun Semantan, Ustaz Idris Omar dan Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menyedari perbahasan semakin menyulitkan, Adnan meminta Yang Dipertua Dewan menggunakan kuasa menangguh perbahasan di Sidang Dewan.

Sabtu, 18 Disember 1999

Wakil Alternatif ikrar bela nasib rakyat

Sekitar majlis angkat sumpah Dewan Negeri Pahang Penggal ke-10


Wakil Alternatif ikrar bela nasib rakyat

Oleh Hashim Abdullah
 
KUANTAN: Wakil rakyat dari PAS dan Barisan Alternatif Pahang berazam memanfaatkan sepenuhnya kedudukan mereka di dewan negeri untuk kesejahteraan seluruh rakyat.
Ketika ditemui selepas selesai majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negeri Pahang Sabtu lalu, mereka berjanji akan melaksanakan tanggungjawab untuk membantu membangunkan negeri dan membela rakyat melalui pelbagai usaha.


Adun Semantan, Ustaz Idris Omar
 

Adun Cini, Mohd. Jafri Abdul Rashid
 

Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Adun Tahan, Abdul Malek Yusof berkata wakil PAS mempunyai agenda penting untuk dikemukakan dalam sidang dewan dan berharap persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar.
"Sudah tentu, sama ada idea atau teguran yang bakal dibuat berlandaskan prinsip Islam yang diperjuangkan.
"Selain itu, kita juga akan memberi pandangan dalam aspek lain seperti keadilan, ekonomi, ketelusan dan sebagainya," katanya.


Adun Penur, Abd. Aziz Long
 

Adun Kuala Pahang, Mohd. Iqbal Hamdy Mohd. Rusdi
 
Adun Tahan, Abdul Malek Yusof

Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perjuangan untuk membina masyarakat yang bahagia, sejahtera dan harmonis adalah agenda penting yang akan diperjuangkan dalam persidangan Dun kali ini.
"Kami juga akan menyumbang fikiran ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengagihan kekayaan sumber ekonomi negeri secara lebih adil.
"Di sini saya juga ingin memberi penghargaan kepada ucapan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob yang mahukan dewan bersikap saksama agar kita dapat membina bersama negeri Pahang untuk kesejahteraan rakyat dan keharmonian masyarakat," katanya.


Adun Guai, Abd. Aziz Yaakob
 

Adun Teriang, Leong Ngah-Ngah
 

Adun Semantan, Ustaz Idris Omar pula berkata pembangkang dari Barisan Alternatif (BA) mempunyai peranan besar dalam dewan negeri dan perkara ini boleh dilaksanakan memandangkan latar belakang pendidikan dan pengalaman mereka.
Beliau berkeyakinan gabungan tenaga berpengalaman, pendidik, peguam, guru besar dan ahli politik yang dimiliki BA dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat.
"Saya yakin perubahan akan dapat dibuat dan persidangan Dun kali ini akan lebih rancak dengan idea-idea baru terutama oleh golongan muda dalam BA," katanya yang berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang Syariah, Universiti Al-Azhar.