Sekitar majlis angkat sumpah Dewan Negeri Pahang Penggal ke-10
Wakil Alternatif ikrar bela nasib rakyat
Oleh Hashim AbdullahKUANTAN: Wakil rakyat dari PAS dan Barisan Alternatif Pahang berazam memanfaatkan sepenuhnya kedudukan mereka di dewan negeri untuk kesejahteraan seluruh rakyat.
Ketika ditemui selepas selesai majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negeri Pahang Sabtu lalu, mereka berjanji akan melaksanakan tanggungjawab untuk membantu membangunkan negeri dan membela rakyat melalui pelbagai usaha.
Adun Semantan, Ustaz Idris Omar | Adun Cini, Mohd. Jafri Abdul Rashid | Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man |
Adun Tahan, Abdul Malek Yusof berkata wakil PAS mempunyai agenda penting untuk dikemukakan dalam sidang dewan dan berharap persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar.
"Sudah tentu, sama ada idea atau teguran yang bakal dibuat berlandaskan prinsip Islam yang diperjuangkan.
"Selain itu, kita juga akan memberi pandangan dalam aspek lain seperti keadilan, ekonomi, ketelusan dan sebagainya," katanya.
Adun Penur, Abd. Aziz Long | Adun Kuala Pahang, Mohd. Iqbal Hamdy Mohd. Rusdi | Adun Tahan, Abdul Malek Yusof |
Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perjuangan untuk membina masyarakat yang bahagia, sejahtera dan harmonis adalah agenda penting yang akan diperjuangkan dalam persidangan Dun kali ini.
"Kami juga akan menyumbang fikiran ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengagihan kekayaan sumber ekonomi negeri secara lebih adil.
"Di sini saya juga ingin memberi penghargaan kepada ucapan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob yang mahukan dewan bersikap saksama agar kita dapat membina bersama negeri Pahang untuk kesejahteraan rakyat dan keharmonian masyarakat," katanya.
Adun Guai, Abd. Aziz Yaakob | Adun Teriang, Leong Ngah-Ngah |
Adun Semantan, Ustaz Idris Omar pula berkata pembangkang dari Barisan Alternatif (BA) mempunyai peranan besar dalam dewan negeri dan perkara ini boleh dilaksanakan memandangkan latar belakang pendidikan dan pengalaman mereka.
Beliau berkeyakinan gabungan tenaga berpengalaman, pendidik, peguam, guru besar dan ahli politik yang dimiliki BA dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat.
"Saya yakin perubahan akan dapat dibuat dan persidangan Dun kali ini akan lebih rancak dengan idea-idea baru terutama oleh golongan muda dalam BA," katanya yang berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang Syariah, Universiti Al-Azhar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan