Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 30 November 2013

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2014 Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Pahang

Salam

Kepada semua ibubapa dan anak-anak yang telah hadir temuduga untuk memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang untuk tahun 2014 . Anda kini telah boleh menyemak permohonan tersebut disini

Tahniah kepada yang berjaya memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

UNTUK SEMAK SILA KLIK IMAGE DIBAWAH INI


kepada yang tidak berjaya anda masih boleh cuba merayu dengan mengisi borang berikut :


selepas itu anda juga boleh semak keputusan rayuan anda disini


Cadangan saya kepada ibubapa yang anaknya dapat 5A atau 4A yang telah berjaya dalam permohonan ini agar kekalkan anak anda disini dengan tidak menerima tawaran dari MARA dan SBP , RK , Integrasi . Jika semua anak yang cemerlang kekal disini Insyallah SMA Pulau Tawar dan SMA Kuala Tembeling dan semua Sekolah Menengah Agama di Pahang juga akan cemerlang seperti cemerlangnya Sekolah Menengah Agama di Selangor dan Wilayah dimana ramai anak-anak yang 5A dan 4A menghuni SMA disana walaupun SMA tersebut hanya sekolah agama biasa. Tidak pelik jika setiap sekolah SMA di Selangor boleh melahirkan berbelas atau berpuluh pelajarnya yang mendapat 9A dalam PMR setiap tahun.

Jadikanlah SMA sebagai sekolah pilihan pertama anak anda . Pada masa yang sama pihak kerajaan , pihak sekolah , pihak Alumni dan pihak YB YB perlu juga berusaha agar SMA menjadi pilihan utama murid-murid cemerlang . 

Jadikan Jerantut sebagai pusat pendidikan Islam bo 1 di pahang ini .

Kini di Jerantut ada :

1. Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar (SMAN)
2. Sekolah Menengah Agama Kuala Tembeling (SMAN)
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Afzan (SMKA)
4. Sekolah Menengah Agama Kota Gelanggi 3 (SABK since 2009) , Pulau Tawar
5. Madrasah Darul Ulum Sungai Salan , Pulau Tawar (Tahfiz wa Ta'alim) - Private
6. Madrasah Mua'alim Yunus Kampung Masjid ,Pulau Tawar (Ta'alim wa Tahfiz) - Private
7. Maahad Tahfiz Al Husaini  Bukit Rang ,Pulau Tawar - Private
8. Maahad Tahfiz wa Ta'alim Al Quran (SABK since 2013), Sungai Badak , Mukim Damak
9. Madrasah Al Imaniah , Kg Feri , Mukim Pedah (Pembelajaran Sistem Pondok) - Private

* SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang ( Korikulum KPM dan Dini/Azhari dan Tahfiz)
   SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Korikulum KPM)
   SABK  - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Korikulum KPM + Persendirian atau Dini/Azhari)

Pelajar -pelajar yang hadir ke sekolah ini datangnya dari seluruh pelusuk malaysia dan dunia . Tapi sayang masyrakat tempatan sendiri memandang rendah instituti pendidikan disini ,sedangkan msyarakat luar jerantut mengiktiraf pendidikan agama yang ada di sini .

Guru-guru yang mengajar juga datang dari pelbagai pelusuk dunia.

Kalau ada kekurang yang masih boleh diperbaiki adalah :

1. Insfrastruktur sekolah
2. Pengenalan subjek aliran sains tulen di sekolah agama SMAN
3. Penubuhan Kolej Islam Peringkat Tinggi di Jerantut





Rabu, 27 November 2013

Jasa Paling Besar UMNO Jerantut Era YB Haji Nazlan

Apakah jasa paling besar UMNO Jerantut dalam era kepimpinan yang baru dipilih baru-baru ini . Jasa paling besar mereka ialah merealisasikan hasrat warga pendidik dan masyarakat Islam di Jerantut untuk menaik taraf Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar ke sekolah gred A .

Terima kasih kepada YB Lan dan YB Dr Ahmad Shukri kerana berjaya menyakinkan pihak JAIP dan kerajaan negeri untuk memberikan sedikit peruntukan sebanyak RM5 juta dari sejumlah  RM100 juta wang Ehsan dari Petronas untuk tahun 2015 sebagai usaha menaik taraf Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar bagi membina dan melengkapkan makmal sains tulen (biologi , kimia , fizik).

Hasil usaha pihak Alumni SMA Pulau Tawar , YB Nazlan dan YB Dr Shukri  maka kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan sekolah Agama Pulau Tawar sebagai sekolah agama gred A . Sekolah agama ini nanti akan dinamakan sebagai Sekolah Menengah Agama Tinggi Pulau Tawar sesuai dengan penarafan tersebut :

Ha ha ha .... acah jer .....ini berita palsu ..... jangan pulak datuk nan gantung p81 dari DUN macam adun PKR tu .......... berita diatas tak wujud pun ..... ini memang betul betul berita palsu ....

Tapi rasanya  itulah harapan dari masyarakat di Jerantut ini agak dapat sekiranya pihak Alumni , pihak YB Nazlan dan YB Dr Shukri memainkan peranan mereka untuk meminta kerajaan negeri atau pusat memberi peruntukan dalam sekitar RM5 juta bagi membolehkan SMA Pulau Tawar membina sebuah bangunan setinggi 4 tingkat yang akan menempatkan makmal sains tulen dan kelas tambahan untuk menampung pelajar aliran sains tulen dan agama . JIka ini dapat direalisasikan oleh YB Nazlan , Dr Shukri maka itu mungkin adalah jasa terbesar mereka untuk penduduk Jerantut . Jika terbinanya bangunan makmal itu nanti , dapatlah cita-cita pelajar sekolah agama untuk tidak setakat menjadi Kadi , Ustaz dan Mufti tapi bolehlah juga mereka menyimpan cita-cita menjadi ustaz yang bergelar doktor , engineer , ahli kimia ke. tolonglah usahakan YB YB semua . Alumni dan pihak sekolah bekerja sama buat , kertas kerja elok-elok dan minta endorsement dari JAIP dan submit kertas kerja tersebut ke MB , EXCO , Yayasan Pahang , JPM atau lancarkan tabung sumbangan agar syarikat korporat dapat menyumpang kepada pembangunan makmal tersebut. Ramai alumni SMA Pulau Tawar yang bergelar DO , Pengarah , ADUN , Ahli Parlimen , mereka ini boleh usahakan untuk follow-up dan lancarkan tabung tersebut . 


Khamis, 21 November 2013

Keputusan Pemilihan Pemuda PAS dan Muslimat PAS Malaysia

Berikut adalah keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Syaari
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Riduan Mohamad Nor

Ketua : Suhaizan Kayat
Timbalan Ketua : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua : Ir Haji Khairil Nizam

Exco :
1.Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre
2. Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudeen
3. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
4. Mohd Shahir Sulaiman
5. Abang Ahmad Kerdee
6. Ustaz Zaharuddin Muhamad
7. YB Ustaz Ahmad Yahya
8. Wan Faizul Wan Salleh
9.Dr Fadhli Ghani
10. YB Ustaz Zawawi Hassan
11. Nurul Islam Mohamed
12. Mohd Sany Hamzan

Dewan Muslimat

Ketua : YB Siti Zailah
Timblan Ketua : YB Dr Siti Mariah
Naib Ketua : YB Mumtaz



Selasa, 19 November 2013

Dua Berita Hebat Pahang Hari Ini : Jalan Kuantan - Jerantut - Ipoh Tiada Dalam Pelan Induk ; Datuk Nan Umum Budget Pahang 2014 Surplus RM2.19

Ada dua berita sensai mengenai Pahang berlaku pada 18 November 2013 :

1. Di Dewan Undangan Negeri - MB Datuk Seri Adnan Yaacob yang baru pulih dari serangan kuman yang agak kronik telah membentangkan budget 2014 surplus .Kerajan Pahang hari ini membentangkan belanjawan lebihan sebanyak RM2.19 juta bagi tahun 2014 dengan anggaran hasil berjumlah RM811 juta. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membentangkan belanjawan tersebut pada mesyuarat kedua penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, berkata ini merupakan belanjawan lebihan ke-11 bagi tempoh 20 tahun."Anggaran kutipan hasil pada tahun 2014 diperoleh daripada hasil tanah dan galian sebanyak RM275 juta, hasil hutan sebanyak RM130 juta, geran daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM206 juta dan lain-lain hasil sebanyak RM200 juta."Pada 2014, Kerajaan Persekutuan dijangka akan memberi wang ihsan sebanyak RM100 juta ekoran daripada penemuan minyak dan gas di perairan Pahang.Pemberian wang ihsan itu nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk faedah rakyat Negeri Pahang," katanya.Adnan berkata, pada tahun depan Pahang menyediakan peruntukan sebanyak RM808.81 juta untuk melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan yang telah dirancang.


2. Di Parlimen pula Datuk Fauzi Abdul Rahman MP Indera Mahkota telah diberitahu Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membina jalan baharu bagi menghubungkan Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut-Kuala Lipis-Cameron Highlands.Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana projek itu tidak termasuk dalam Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya di Semenanjung Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2008.“Tambahan pula cadangan pelaksanaan projek ini akan melibatkan kos sangat tinggi berikutan bentuk muka bumi yang berbukit bukau,” katanya menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.Fauzi ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina jalan raya dari Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut-Kuala Lipis-Cameron Highlands.Bagaimanapun, Rosnah berkata sebagai alternatif, kerajaan bersetuju membina jalan baharu dari Jerantut ke Sungai Lembing, Pahang.Katanya, skop projek itu merangkumi pembinaan jalan baharu sepanjang 43 kilometer termasuk membina tiga jambatan merentasi Sungai Lepar, Sungai Kuantan dan Sungai Kenau dengan reka bentuk piawaian JKR R2.Beliau berkata projek dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta itu kini dalam peringkat reka bentuk dan proses pengambilan balik tanah dan pelaksanaan fizikal projek itu dijangka bermula dalam Rancangan Malaysia ke-11, tertakluk kelulusan peruntukan daripada agensi pusat.Sementara itu, Rosnah berkata kerajaan bersetuju menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine melibatkan laluan Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai.“Skop projek ini ialah membina jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala mengikut piawaian JKR R5 daripada Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan sepanjang 390 kilometer,” katanya.Rosnah berkata projek dengan anggaran kos hampir RM6 bilion itu dibahagikan kepada enam pakej, dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Rancangan Malaysia ke-10.Setakat ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM440 juta bagi tujuan melaksanakan keseluruhan kerja reka bentuk, kos pengambilan tanah dan pelaksanaan kerja fizikal bagi sebahagian pakej tiga (Kuala Lipis-Gua Musang) sepanjang 38 kilometer.“Untuk pakej lain, pembinaan dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

x

Ahad, 17 November 2013

Syahid nya Tarik Sulayman Pahlawan Islam Kerajaan Kota Seludong 1571M

Memorial Pahlawan Islam Kota Seludong
Tarik Sulayman bagi meperingati
kehebatan Tarik Sulayman menentang
penjajahan Sepanyol
Kota Seludong juga di kenali sebagai Kota Lindungan Allah adalah sebuah kerajaan Islam yang gagah perkasa . Kota yang terletak di kuala sungai Pasig ini menjadi pusat perdagangan yang penting suatu masa dulu sama pentingnya dengan Melaka sebagai pusat perdagangan entreport . 
Perdagang utama di Kota Seludong ini adalah dari China dari Dynasty Ming , India , Arab dan Parsi dan Nusantara . 

Kota Seludong adalah kegembilangan yang telah dibentuk sejak abad ke 10M lagi yang bermula dengan terbentuknya kerajaan Tondo . Hasil perkhawinan antara Anak Raja Tondo dan anak Raja Brunei  pada abad ke 15M telah menguatkan lagi kerajaan Tondo ini . 

Asalnya Kerajaan Tondo adalah kerajaan yang tiada agama , dengan perkhawinan anak Raja Tondo dan anak Raja Brunei sekitar tahun 1500 kerajaan Tondo selepas itu telah menjadi kerajaan Islam . Kerajaan Tondo menjadi lebih kuat dengan menjadi kerajaan Islam bila mendapat sokongan kuat dari kerajaan Brunei , kerajaan Sulu yang telah sedia menjadi kerajaan Islam yang kuat

Raja Sulayman I meneruskan hubungan tradisi dengan kerajaan Sulu , Brunei dan Maluku disamping kerajaan China dan meneruskan kegemilangan Kerajaan Tondo dengan menjadikan Kota Seludong sebagai ibu negara Kerajaan Tondo yang baru .

Raja Sulayman I yang memerintah Kerajaan Seludong telah mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan kerajaan Sepanyol pada tahun awal tahun 1570. Tetapi kerajaan Sepanyol ingin menguasai Kota Serudong dan ini tidak dipersetujui oleh Raja Sulayman I dan akhirnya berlaku peperangan antara Kerajaan Seludong dan Sepanyol yang menyebabkan kekalahan dipihak Kerajaan Seludong . Sebelum melarikan diri Raja Sulayman telah mengarahkan supaya Kota Seludong dibakar agar pihak Sepanyol tidak boleh mengunakan segala kemudahan di bandar tersebut . Raja Sulayman telah melarikan bersama pengikutnya melarikan diri ke hulu sungai Pasig untuk bergabung dengan Raja Matanda dan Lakandula dan kembali membentuk kekuatan di situ dengan ( Kerajaan Mahayan , Kerajaan Tondo adalah dibawah penguasaan kerajaan Kota Seludong) . Tarik Sulayman yang menjadi ketua di wilayah Macebebe dibawah pemerintah Raja Sulayman telah  melafazkan taat setia kepada Raya Sulayman dan mereka bersama membentuk kembali kekuatan untuk menyerang Sepanyol . Tetapi Raja Lakandula yang berusaha untuk mengambil pemerintahan dari Raja Sulayman telah berbaik dengan Sepanyol dan akhirnya memujuk Raja Sulayman dan Raja Matanda untuk taat setia Sepanyol . dengan ini Sepanyol telah mengiktiraf Raja Lakanluda sebagai pemerintah Kerajaan Kota Seludong yang sah. Perjanjian taat setia telah ditandatangani pada May 1571 bagi mengiktiraf Sepanyol sebagai penguasa di kerajaan Kota Seludong .  Kerajaan Sepanyol tidak hanya ingin mengadakan perdagangan dengan kerajaan Seludong tetapi ingin menguasai Seludong dan menyebarkan agama Kristian di Seludong . Tindakan ini telah menyebabkan Raja Sulayman menjadi marah . Maka berlakulah peperangan jihad Kerajaan Seludong menentang  kerajaan kristian dari Sepanyol pada Jun tahun 1571 . Dalam peperangan ini pahlawan Rajaa Sulayman iaitu Tarik Sulayman telah mati syahid . Raja Sulayman berjaya melarikan diri ke Pampangan dan membina kembali kekuatan di situ .

Dengan Syahid nya Tarik Sulayman ,dan Raja Sulayman melarikan diri , Sepanyol telah berjaya menguasai Kota Seludong dan mengikat perjanjian damai antara Kerajaan Seludong dan Kerajaan Sepanyol . Raja Lakandula telah ditabalkan sebagai Raja Seludong yang baru . Maka berakhirlah kerajaan Islam Seludong yang bebas . Kerajaan Islam Seludong dibawah pemerintahan Raja Lakandula adalah kerajaan Islam yang dibawah penguasaan kerajaan Sepanyol . 

Keinginan Sepanyol untuk menyebarkan agama Kristian di Kota Seludong telah menyebabkan banyak gereja dibina di Kota Seludong . Pada tahun 1572 gabenor spenyol yang pertama telah mati dan diganti oleh gabnor yang kedua . Gabenor ini tidak meniktiraf perjanjian damai diatara Raja Sulayman dan Raja lakandula dan ingin menghapuskan kekuasa kedua raja tersebut . Ini telah menyebabkan Raja Sulayman telah berpakat dengan bapa saudaranya Raja Lakandula  untuk memberontak terhadap Sepanyol dan berlakulah peperangan hebat iaitu pada tahun 1574 . Dalam peperangan ini Raja Sulayman dan Raja Lakandula telah berjaya dikalahkan oleh Sepanyol . Walau berjaya dikalahkan tetapi pemberontakan tetap diteruskan dan ini menyebabkan Sepanyol terpaksa mengadakan perjanjian damai sekali lagi  dengan Raja Sulayman dan Raja Lankanduka . Pada tahun 1575 Kerajaan sepanyol telah melucutkan Raja Sulaymand dan Lakanduka dari pemerintahan dan melantik anakWalaupun begitu berlaku beberapa pemberontakan kecil selepas itu tetapi akhirnya Sepanyol berjaya mengusai sepenuhnya Kota Seludong pada tahun 1591. Kemudian sedikit demi sedikit rakyat Seludong telah berjaya di babtis kepada agama Kristian Roman . Dan kini hampir 97% rakyat di Kota Seludong adalah beragama Kristian Roman .

Tahniah kepada Dato Aziz dari Kelab Putera 1 Malaysia yang berhajat untuk menjadikan sebuah bandar yang pernah menjadi jajahan Kerajaan Seludong dulu sebagai bandar angkat Malaysia . Semoga dengan ini fahaman Islam berjaya dikembalikan semula ke bandar tersebut yang sejak 500 tahun yang lalu telah dibabtiskan dan hampir terputus hubungan dengan kerajaan Islam. 




Khamis, 14 November 2013

Kemana Hala Tuju Anak Anda Selepas UPSR ?

Sebelum keputusan UPSR keluar, memang merisaukan. Berapa A? Atau, tak ada A? Begitu juga PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama bagi Selangor) , UPSRA (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama bagi Wilayah) , UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA di Tahun 5 korikulum JAKIM) . Berapa peratus? Mumtaz? Jayid Jiddan? Jayid? Maqbul? Kini, bila semua keputusan dah diketahui. Lain pula kerisauan yang timbul. Nak sekolah mana pulak?

Bagi yang tidak mendapat 5A, pintu ke asrama penuh anggap sahaja dah tutup rapat. Biarpun disertakan dengan sijil kokurikulum peringkat negeri , negara, daerah dan sekolah yang jumlahnya mencecah 20 keping kesemuanya, dengan keputusan UPSR sebegitu tidak membawa erti apa-apa. MRSM awal-awal hanya membenarkan PIN dibeli oleh mereka yang dapat 5A. Sedikit aneh, MRSM pelajar yang tak cemerlang kokurikulum pun masih boleh meloloskan dirinya masuk.

Saya akur dengan hukum manusia, siapa yang cemerlang dialah yang gemilang. Sekolah elit biarpun semakin banyak dibina khas untuk mereka yang sebegitu namun sehingga kini ia masih tidak dapat menampung sejumlah 42,464 orang calon yang dapat straight A's. Di Pahang sendiri 11% mendapat staraight A . Selebihnya cari sekolah-sekolah harian atau ada yang masih bernasib baik dapat KRK (Kelas Rancangan Khas).

Adakah trend mengumpulkan semua pelajar cerdik didalam satu sekolah adalah kaedah yang baik ? Bagaimana nasib pelajar yang kurang baik ? Bukankah adalah lebih baik mengumpulkan pelajar yang cemerlang dengan agak kurang cemerlang didalam satu kelas dan pelajar yang cemerlang ini boleh membantu pelajar yang kurang cemerlang ini untuk sama-sama menjadi pelajar yang cemerlang ? Jika sistem ini berterusan adakah ianya akan memberi kesan kepada generasi masa depan ? Tak semestinya pelajar yang 5A lebih baik dari yang 3A2B . Kalau dilihat dari markah mungkin pelajar 3A itu memperolehi peratus 95% dalam semua pelajaran A nya da 79% dalam pelajaran B nya sedangkan yang dapat 5A itu mungkin ada yang dapat hanya 80% dalam A nya .

Mungkin sistem kemasukan ke sekolah berasrama dan agama perlu dikaji semula . Di Pahang Sekolah Menengah Agama Negeri masih lagi menjadi sekolah pilihan kedua atau ke tiga oleh pelajar cemerlang . Inisiatif dan pembaikan perlu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk memastikan SMA menjadi pilihan utama pelajar cemerlang . Jika suatu hari nanti SMA menjadi pilihan utama pelajar cemerlang jangan pula dinafikan pelajar yang tidak cemerlang untuk belajar di SMA . 

Di Selangor dan Wilayah kini Sekolah Agama Menengah menjadi rebutan pelajar dengan syarat kemasukan yang sangat ketat dengan sekurang-kurangnya mencapai markah keseluruhan 85% dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan 4A dalam UPSR. Sistem ini juga tidak elok kerana ramai pelajar yang berminat dalam bidang agama tetapi tidak cemerlang dalam UPSR tidak layak memasuki sekolah ini . Tapi dari segi positive nya banyak golongan profesional seperti doktor , engineer , akauntan daln lain-lain profesional lahir dari kalangan pelajar sekolah agama di selangor dan wilayah .

Sistem peperiksaan kemasukan ke sekolah agama yang dilakukan oleh SMA di Pahang sekarang sudah bagus. Tahniah kepada SMA kerana telah mengujudkan kelas tahfiz didalam SMAsejak beberapa tahun lepas . Untuk SMA diperkasakan lagi SMA Pahang perlu wujudkan kelas aliran sains bagi menarik lebih ramai pelajar cemerlang ke SMA . Mungkin YB Ahli Parlimen boleh mulakan melobi untuk kelas aliran sains di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar ?

Berkaitan dengan UPSR pula tahniah lagi sekali kepada Sekolah Kebangsaan Temin kerana menjadi sekolah cemerlang lagi sekali di Jerantut . Tak silap 36 pelajar mendapat straight A dalam UPSR 2013. Adakah KPI sekolah tersebut tercapai dengan jumlah pelajar cemerlang seramai itu ?

Ada dua KPI perlu dicapai oleh setiap guru besar dan sekolah iaitu :

1. Jumlah straight 'A'
2. Peratus kelulusan

Bagi mencapai dua KPI ini kebanyakan sekolah (tidak semua) akan mengambil pendekatan berikut berdasarkan ujian percubaan UPSR tahun tersebut :

1. Beri tumpuan yang lebih kepada pelajar yang dapat dapat 5A , 4A1B , 3A2B , 2A3B ,1A4B  supaya kekal A dan tukar B kepada A bagi setiap subjek .
2. Beri tumpuan kepada pelajar yang dapat E supaya tukar kepada D .

Kebiasaannya nya guru yang terbaik akan di beri kepada pelajar-pelajar ini . Dan program mentor mentee juga diadakan .

Kesian juga kepada pelajar yang biasa dapat C, D kerana mereka seperti tidak dilayan sangat ( bukan semua sekolah tapi kebanyakan ) . Tapi itulah realitinya bagi sekolah bagi mencapai dua KPI tadi .

Perkara diatas juga valid untuk PMR dan SPM.

Minta maaf kepada guru dan sekolah jika kenyataan saya ini silap. Sila perbetulkan dalam ruangan komen.



Selasa, 12 November 2013

SEJARAH : MENGAPA CUTI HUJUNG MINGGU DI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH PADA JUMAAT DAN NEGERI LAIN PULA PADA HARI AHAD?

Bila Johor kembali menguna pakai cuti minggu pada hari Jumaat maka ianya hanya mengembalikan semula perlaksanaan cuti mingguan sejak sebelum merdeka di Johor kepada Hari Jumaat . Sejak sebelum merdeka negeri Johor , Perlis , Kedah , Kelantan , Terengganu telah melaksanakan cuti rehat pada hari Jumaat. Tetapi pada 1994 mengikut kehendak Perlis dan Johor telah bertindak menukar hari kelepas am mingguan kepada hari Ahad. 

Jika benar berita yang mengatakan bahawa Johor akan kembali kepada hari kelepasan am minguan kepada hari  Jumaat maka ia adalah berita gembira untuk umat Islam di Johor dan Malaysia amnya . Harap lepas ini Perlis akan kembali juga kepada hari Jumaat.

Minggu Pahang boleh mulakan sebagai negeri tidak bersekutu yang pertama mengambil pendekatan memuliakan hari Jumaat dalam pentadbiran kerajaan dengan menistiharkan cuti mingguan pada hari Jumaat .

SEJARAH : MENGAPA CUTI HUJUNG MINGGU DI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH PADA JUMAAT DAN NEGERI LAIN PULA PADA HARI AHAD?

"Walaupun saya berjaya menyeragamkan waktu, saya tidak dapat mewujudkan cuti hujung minggu yang seragam sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri. Sejak zaman British, cuti hujung minggu bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Jumaat. Pada pendapat saya, ini adalah reaksi kepada penguatkuasaan Ahad sebagai hari rehat di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura serta di empat Negeri Melayu Bersekutu. Orang British sebagai penganut agama Kristian, akan ke gereja setiap Ahad. Dengan sendirinya, Raja-Raja Melayu menganggap cuti hujung minggu sebagai hari cuti, hari untuk beribadat. Disebabkan umat Islam berhimpun bagi menunaikan Solat Jumaat maka Raja-Raja Melayu memilih hari itu sebagai hujung minggu di negeri-negeri mereka dan Khamis menggantikan Sabtu sebagai hari bekerja separuh hari.

Di kalangan penganut Kristian, Ahad dianggap hari Sabbath bila mana mereka tidak dibenarkan bekerja atau bermain, tetapi kebanyakan orang Kristian mengabaikan perintah agama itu. Orang Yahudi pula menganggap hari Sabtu sebagai hari Sabbath dan mereka dilarang bekerja pada hari itu. Bagaimanapun hari ini, Ahad hanyalah hari cuti, hari yang bebas daripada kerja. Ia tidak lagi ada kepentingan atau pengertian keagamaan, jadi banyak negara bukan Kristian menjadikan hari Ahad sebagai hujung minggu tanpa sebarang masalah. Rakyat Malaysia pun umumnya menganggap Ahad sebagai hari rehat tanpa kaitan agama. Apabila Malaya yang merdeka mengambil keputusan untuk mengekalkan hujung minggu pada hari Ahad, 5 bekas Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu kekalkan Jumaat sebagai hari cuti mereka. Di negeri yang menjadikan Ahad sebagai hujung minggu, umat Islam diberi pelepasan untuk menunaikan sembahyang Jumaat.

Dalam Al Quran, amat jelas Jumaat bukanlah hari rehat kerana dinyatakan bahawa sesudah selesai solat Jumaat, umat Islam hendaklah meneruskan kerja masing-masing. Tidak seperti orang Yahudi dan Kristian, orang Islam tidak dilarang bekerja selepas solat Jumaat. Jadi kalau mereka tidak diberi cuti rehat pada hari Jumaat pun, ia bukannya satu dosa. Memilih Jumaat sebagai hari untuk berehat adalah keputusan yang dibuat oleh mereka yang mahu membezakan antara Islam dengan Kristian. Saya lebih suka cuti hari Ahad sebab bekerja pada hari orang bercuti di tempat-tempat lain di dunia yang semakin global ini adalah menyusahkan, tidak produktif dan pastinya, merugikan. Adalah jauh lebih baik bagi kita mengikut amalan biasa dunia.

Akhirnya, menjelang penghujung tempoh perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, Johor dan kemudian Perlis memutuskan Ahad sebagai cuti hujung minggu mereka. Cuma Kedah, Kelantan dan Terengganu masih tidak mahu ikut serta".

[Buku DOKTOR UMUM : MEMOIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. m/s : 423-424]

Isnin, 11 November 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia Tukar Logo Jadi Kementerian Pendidikan Malaysia ?


"Dulu dipanggil Kementerian Pelajaran , Kemudian Kementerian Pendidikan. Tapi bila (bekas) menteri pendidikan pada 1998 (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dinyahkan daripada parti pemerintah, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran. Tak ada sebab apa pun. Kajian pun tak ada. Tapi tukar.

"Lepas itu dipecahkan pula dengan dua kementerian. Rakyat terima. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan.


"Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam yang dilakukan tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat daripada menteri sebelum itu.

Penjenamaan semula akan memerlukan kos yang tinggi . Banyak kos untuk menukar logo disekolah logo sampul surat . logo kepala surat dan macam-macam logo lagi . Bukan ini akan membazir wang rakyat . Kerajaan tengah berjimat untuk membayar hutang-hutang yang beratus billion tapi Menteri senang-senang , suka suka buat benda yang membazirkan duit rakyat .

Senarai Menteri Pelajaran Malaysia]

#NamaTempoh
perkhidmatan
1Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein1955 - 1957
2Mohamed Khir Johari1957 - 1959
3Abdul Rahman Talib1959 - 1965
4Mohamed Khir Johari1965 - 1968
5Tun Abdul Rahman Yakub1969 - 1970
6Tun Hussein bin Dato' Onn1970 - 1973
7Tun Dr. Mahathir bin Mohamad1974 - 1978
8Tun Musa Hitam1978 - 1981
9Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud1982 - 1984
10Abdullah bin Haji Ahmad Badawi1984 - 1986
11Datuk Seri Anwar bin Ibrahim1986 - 1991
12Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud1991 - 1995
13Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak1995 - 1999
14Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad1999 - 2004
15Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein2004 - 2009
16Tan Sri Muhyiddin Yassin2009 - Kini

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)


Ahad, 10 November 2013

Pemilihan PAS 2013 : Calon-Calon Akhir Kepimpinan PAS Malaysia di Muktamar Tahunan PAS ke-59

Presiden : Tuan Guru Haji Hadi Awang (Menang Tanpa Bertanding) - Terengganu

Timbalan Presiden : 1. Mohamad Bin Sabu  (Penyandang) - Kedah
                                 2. Dato' Nik Mohd Amar Bin Nik Abdullah - Kelantan

Naib Presiden        : 1. Dato' Husam Bin Musa (Penyandang) - Kelantan
                                   2. Dato' Mahfuz Bin Omar (Penyandang) - Kedah
                                   3. Salehuddin Bin Ayob (Penyandang) - Johor
                                   4. Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man - Pahang
                                   5. Dato' Abu Bakar Bin Chik - Terengganu

Ketua Dewan Ulamak : Dato' Harun Bin Taib (Menang Tanpa Bertanding) - Terengganu

Timbalan Ketua Dewan Ulamak : Dato' Ahmad Bin Yakob (Menang Tanpa Bertanding) - Kelantan 

Naib Ketua Dewan Ulamak : Dato' Dr. Mahfodz Bin Mohamed (Menang Tanpa Bertanding) - Johor

Ketua Dewan Pemuda : 1. Suhaizan Bin Kayat - Johor
                                          2. Kamaruzaman Bin Mohamad - Wilayah
                                          3. Zulhazmi Bin Sharif - Wilayah

                                          (Penyandang : Nasrudin Hassan - Ahli Parlimen Temerloh)

Timbalan Ketua Dewan Pemuda : 1. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob - Perak
                                                           2. Mohd Khalil Abdul Hadi - Terengganu

                                   (Penyandang : Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Ahli Parlimen Pasir Mas)

Naib Ketua Dewan Pemuda : 1. Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (Wilayah)
                                                   2. Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin (Wilayah)

                                      (Penyandang : Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob)

Ketua Dewan Muslimat : 1. Siti Zailah Mohd Yusof (Penyandang) - Kelantan
                                           2. Nuridah Salleh - Wilayah

Timbalan Ketua Dewan Muslimat : 1. Dr Siti Mariah Mahmud - Selangor
                                                            2. Dr Najihatussalehah Ahmad - Perak

Naib Ketua Dewan Muslimat : 1. Mumtaz Mohd Nawi - Kelantan
                                                    2. Dr Rosni Adam - Wilayah


Pilihan blog parlimen81 adalah seperti berikut :

Presiden : Tuan Guru Haji Hadi Awang (Terengganu)
Timbalan Presiden :  Mohamad Bin Sabu (Kedah)

Naib Presiden        : 1. Salehuddin Ayob (Johor)
                                   2. Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man (Pahang)
                                   3. Dato' Husam Bin Musa (Kelantan)
                                   
Ketua Dewan Ulamak : Dato' Harun Bin Taib 
Timbalan Ketua Dewan Ulamak : Dato' Ahmad Bin Yakob
Naib Ketua Dewan Ulamak : Dato' Dr. Mahfodz Bin Mohamed 

Ketua Dewan Pemuda : Suhaizan Bin Kayat - Johor
Timbalan Ketua Dewan Pemuda : Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob - Perak
Naib Ketua Dewan Pemuda : Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi - Wilayah

                                   
Ketua Dewan Muslimat : Siti Zailah Mohd Yusof - Kelantan
Timbalan Ketua Dewan Muslimat : Dr Siti Mariah Mahmud - Selangor
Naib Ketua Dewan Muslimat : Dro Rosni Adam - Wilayah

Ketua Penerangan : ?
Setiausaha : ?
Bendahari : ?


Nota :

Tuan Ibrahim dan Nik Amar tak berkemampuan untuk mengalas jawatan Timbalan Presiden . Memang betul tindakan Tuan Ibrahim menarik diri . Kemampuan beliau memimpin PAS Pahang pun banyak di pertikaikan inikan pula untuk membantu Presiden dalam menghadapi isu nasional dan kerjasama dengan PR . Nik Amar pula adalh pemimpin baru yang memerlukan beliau lebih banyak berkhidmat diperingkat bawahan dulu sebelum melangkah jauh ke depan . Lihat bagaimana nasib Nasarudin Mat Isa yang melangkau jawatan Naib Presiden untuk terus duduk di kerusi Timbalan Presiden. Dimana beliau sekarang ? 


Mat Sabu juga tidak layak berada di jawatan Timbalan Presiden tetapi diantara 2 yang tak layak ini adalah lebih baik dikekalkan Mat Sabu sementara menanti kesediaan Husam Musa atau calon berkaliber dari ulamak untuk mengalas jawatan Timbalan Presiden . 

Husam Musa adalah calon paling layak untuk jawatan Timbalan Presiden buat masa sekarang ini dikalangan semua calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden .


Khamis, 7 November 2013

Sungai Limau : Melayu Sokong PAS , Cina Sokong BN ?

Kalau ikut perkiraan dan staement yang dibuat oleh pemimpin  MCA menunjukan bahawa pengundi cina telah kembali mengundi Barisan Nasional dalam PRK Sungai Limau . Jika andaian MCA itu betul iaitu seramai 75.27% pengundi cina di Sungai Limau mengundi BN maka ini bermakna 892 daripada 1185 pengundi cina telah mengundi BN di sungai Limau . 

Jika andaian MCA itu benar maka ini bermakna UMNO telah kehilangan sebanyak 267 undi Melayu di Sungai Limau . Ini berdasarkan bahawa walaupun majoriti PAS telah berkurangan tetapi BN hanya berjaya menambah sebanyak 465 undi sahaja dalam PRK Sungai Limau ini .

Ini kerana dalam pilihanraya PRU13 dulu MCA mengatakan bahawa mereka hanya mendapat tak lebih 10% dari undi Cina daripada 1600 pengundi . Ini bermakna hanya 160 undi cina berjaya diperolehi oleh BN dalam PRU13 dulu dan ini juga bermakna kali ini undi cina untuk BN ada peningatan sebanyak 732 (892-160).

Jadi kalau ikut andaian pemimpin MCA ni orang UMNO kehilangan undi melayu sebanyak 267 (732-465) dalam pilihan raya ini .