Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 10 Mei 2013

Persempadan Semula DUN dan Parlimen

SPR akan memulakan persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi parlimen dan DUN di seluruh Malaysia bermula awal tahun 2014 nanti .Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu persempadanan bahagian pilihan raya perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN dan parlimen

Persempadana semula menyebabkan berlakunya perubahan bilangan pemilih secara keseluruhan, perubahan bilangan pemilih mengikut kaum, perubahan kedudukan dan pertambahan serta pengurangan daerah mengundi, pertambahan kerusi DUN/konstituensi , perubahan kedudukan DUN dalam kawasan Parlimen dan memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya
 
Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia sebanyak 6 kali proses persempadanan telah dilakukan iaitu pada tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, 2003

Persempadanan semula terbahagi kepada dua jenis :

1. Persempadana semula yang melibatkan pertambahan DUN dan Parlimen
2. Persempadanan semula tanpa melibatkan pertambahan DUN dan Parlimen

Bagi kes pertama - ianya memerlukan kelulusan 2/3 ahli DUN dan Parlimen . Sementara itu bagi kes kedua ianya hanya memerlukan kelulusan majoriti mudah ahli DUN dan Parlimen.

Syarat utama persempadana semula ianya hendaklah jangan sampai memasuki negeri bersebelahan . dalam Kes di Pahang ini persempadanan semula boleh melibatkan satu DUN duduk didalam dua daerah yang bersebelahan . Contohnya DUN Tahan boleh merangkumi kampung-kampung didalam daerah Jerantut dan Maran , daerah mengundi Kg Mat Daling di Jerantut dan daerah mengundi Felda Lepar Utara di DUN Pulau Tawar boleh dirangkumkan atau dipindahkan ke dalam DUN Tahan . Jika kaedah ini diguna pakai maka tidak perlu kelulusan 2/3 di DUN dan Parlimen.

Tapi jika SPR ingin memecahkan atau mengasing DUN Tahan kepada dua DUN katakanlah kawasan Feri , Pulau Mansuk  ingin diwujudkan sebuah DUN baru katakanlah DUN Pedah dan Padang Piol hingga ke Kg Mat Daling kekal didalam DUN Tahan maka kelulusan 2/3 DUN dan Parlimen diperlukan bagi kewujudan DUN Pedah tersebut.
Pada kali ini jika SPR ingin melaksanakan persempadana semula mengikut pilihan pertama maka konsesus ahli parlimen BN dan PR di perlukan dikebanyakan negeri seperti Perak , Terengganu , Selangor , Kelantan dan Pulau Pinang bagi DUN sementara itu bagi parlimen memerlukan konsesus BN dan PR. Tapi jika SPR memilih untuk melaksanakan persempadanan semula mengikut pilihan ke dua maka konsesus hanya diperlukan di DUN Selangor , Kelantan dan Pulau Pinang dan BN diperingkat parlimen BN boleh meluluskannya dengan majoriti mudah.

Jika mengikut trend-trend yang lepas Barisan Nasional kebiasaannya akan mendapat kemenangan cemerlang didalam mana-mana pilihanraya yang dilangsungkan selepas persempadanan semula ini. Mungkin kebetulan .

Andaian dan tekaan blog p81 SPR kali ini hanya akan membuat persempadanan semula menurut kaedah ke dua.






Tiada ulasan: