Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 22 Mei 2013

Kalah Pilihanraya -YDP PAS Jerantut Letak Jawatan

Akibat kalah pilihanraya PRU13 baru-baru ini . YDP PAS Jerantut telah mengambil tindakan melepaskan semua jawatan dalam kepimpinan PAS Jerantut . Tindakan itu adalah bagi memberi peluang kepada barisan pelapis merangka usaha-usaha dengan idea-idea  baru bagi merampas merampas kerusi Parlimen dan DUN di Jerantut dalam PRU14 nanti .

PAS Jerantut dilihat tidak kekurangan pemimpin pelapis untuk di ketengahkan bagi mengantikan Dr Hamzah Jaafar . Dalam pilihanraya baru ini PAS Jerantut mengentengahkan 2 pemimpin muda untuk bertanding di DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar . Walaupun keduanya tewas tapi pengamlaman yang diperolehi boleh digunakan dengan sebijaknya untuk memimpin barisan pelapis PAS Jerantut dalam merangka usaha menwan Jerantut pada PRU15 nanti

Serentak dengan peletakan jawatan itu YDP PAS Jerantut akan dipangku oleh TYDP sehinga ke pemilihan yang akan datang. Juga dijangkakan akan berlaku rompakan dalam barisankan kepimpinan PAS Jerantut seperti jawatan Bendahari , Ketua Penerangan dan Setiausaha dan juga beberapa AJK baru akan dilantik bagi memperkukuhkan PAS Jerantut .

Dalam pemilihan akan datang dijangkakan TYDP sekarang ini tidak berminat untuk menerajui kepimpinan PAS Jerantut dan beliau lebih bersedia untuk terus kekal dengan jawatan TYDP dan memberi laluan kepada barisan pelapis muda dari dalam kepimpinan sekarang atau dari luar kepimpinan PAS Jerantut sekarnag untuk bertanding bagi jawatan YDP .

Dikalangan para ahli akar umbi juga melihat TYDP sekarang ini tidak mempunyai karisma untuk mengemudi PAS Jerantut dalam menghadapi PRU ke 14 dan 15.

TYDP sekarang ini dikatakan gagal melaksanakan tugas beliau dalam menghidupkan usrah-usrah dan program pentarbiyahan diperingkat cawangan yang telah digalaskan dibahu beliau sepanjang tempoh beliaa memegang jawatan TYDP selama 3 penggal.

Beberapa teori telah dikemukakan :

Usaha-usaha juga diberitakan telah berlaku diperingkat akar umbi sekarang ini yang melobi untuk menaikkan bekas kepimpinan tertinggi PAS Jerantut sebagai YDP PAS Jerantut dan menarik TYDP sekarang ini ke jawatan Ketua Dewan Ulamak dan menaikkan Ustaz Zakhwan sebagai TYDP yang baru dan mengekalkan Ustaz Yohanis di jawatan Ketua Pemuda

Terdapat juga usaha-usaha untuk menarik golongan profesional dan ahli korporat dari luar untuk duduk bersama dalam kepimpinan PAS Jerantut yang akan dibentuk nanti . Diberitakan juga lebih ramai anak felda akan dilantik sebagai AJK PAS Jerantut nanti bagi mengerakkan usaha menawan DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar yang keseluruhanya mempunyai 16 buah felda .

Setiausaha PAS Jerantut juga  dijangka akan mengundurkan diri bagi memberi peluang kepimpinan baru merangka startegi baru .

PAS Jerantut juga memerlukan seorang Ketua Penerangan yang baru yang boleh mengupas isu politik Jerantut dan nasional secara jelas dan tersusun dan boleh menangkis dakyah-dakyah musuh dengan fakta yang tersusun dan berani. Seorang RAFIZI di perlukan oleh Pakatan Rakyat Jerantut sebagai Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Jerantut.





Tiada ulasan: