Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 10 Oktober 2012

PANAS!!!!!- LHDNm Sedang siasat syarikat milik YBe tipu akaun dan tak bayar cukai

Panas Panas Panas !!!!! , LHDNm sedang menyiasat satu syarikat milik seorang YBe di Jerantut dan yang didapati telah cuba menipu SSMm dan LHDNm kerana telah melakukan penipuan penyata akaun syarikat . Penipuan yang melibatkan berpuluh puluh juta ringgit itu menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan hasil tipu muslihat akaun syarikat mereka .

Pihak SSMm kini sedang menyiasat syarikat kesetiausahaan yang beralamat di Temerloh yang bertindak sebagai setiausaha syarikat tersebut dan firma juru audit yang beralamat di Kuala Lumpur yang mengaudit syarikat tersebut .

Syarikat milik YBe tersebut adalah syarikat holding yang mempunyai anak-anak syarikat yang mempunyai kontrak beratus juta ringgit disekitar negeri Pahang itu didapati telah menipu penyata akaun syarikat dengan mengistiharkan syarikat untung sedikit atau dalam kerugian.

Antara bidang siasatan ialah bagaimana sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai kontrak bernilai ratusan juta ringgit boleh mengalami  kerugian . Siasatan juga merangkumi kemungkinan syarikat tersebut telah mengAliBabakan kontrak yang didapati . Pihak SPRMm juga telah di minta terlibat menyiasat tentang kemungkinan berlaku unsur rasuah dalam pemberian kontrak kepada syarikat tersebut.

Ini memandangkan terdapat seorang kakitangan kerajaan kategori A yang terlibat sebagai salah seorang shareholder syarikat terbabit .

Syarikat2  milik YBe itu juga didapati telah gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak usah risau dan susah hati. Syarikat tu cuma tak hantar laporan sahaja. Yang pentingnya tiada apa2 nak dipersalahkan YBi tu. Jika salah dan dikenakan hukuman cuma syarikat, Ybi tu akan terus kekal bermaharajalela. Caya gua...