Sebeum Baca Seterusnya Baca Ini Dulu :
1. Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (klik sini)
2. Belanjawan 2013 Barisan Nasional (klik sini)
Kini kedua-dua bajet dari Bajet 2013 dari kerajaan dan bajet bayangan dari pembangkang telah dibentangkan, kita akan bandingkan kedua bajet ini antara satu sama lain.
Ini adalah bajet yang terakhir sebelum pilihan raya, dan Barisan Nasional (BN) mempunyai lebih banyak pengalaman dalam membuat bajet dan tidak memeranjatkan ia penuh dengan pemberian wang dan ‘gula-gula’, terutamanya kepada generasi muda yang mempunyai angka yang signifikan dalam daftar pengundi.
Pakatan Rakyat (PR) ternyata masih belum mempunyai pengalaman apabila membentangkan bajet dengan lebih banyak untuk mengubah ekonomi, daripada pentadbiran Najib yang dilihat ‘lebih kurang sama’ dengan tidak mengubah struktur fundemental.
Anda tidak boleh menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mengubah bajet begitu banyak, dan melakukan perkara yang hampir sama memandangkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat dengan lebih baik walaupun terdapat kelembapan ekonomi di seluruh dunia.
Tetapi bajet PR, sebaliknya lebih banyak menunjukkan cara untuk mengenepikan monopoli, kartel dan mengecilkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan.
Tidak semua dalam bajet dapat dibandingkan secara langsung, tetapi kita boleh melihat dari sudut angka fiskal.
Kategori Bajet Berimbang
Defisit bajet
BN: 4 peratus
PR: 3.5 peratus
Pemenang: PR
BN berjaya mengurangkan defisit dari 4.5 peratus tahun ini kepada 4 peratus pada tahun 2013 tetapi tidak cukup untuk menewaskan PR. BN bagaimanapun boleh berkata PR boleh menjanjikan segalanya kerana mereka tidak di dalam kuasa.
PR bagaimanapun lebih berminat untuk menghapuskan rasuah, ketirisan dan pembaziran tetapi angkanya sedikit lebih baik dari BN. Tetapi, peningkatan sedikit ini memberi kelebihan kepada BN dari sudut pandangan agensi penarafan dan pakar ekonomi.
Pembangunan Ekonomi
Cara BN ialah dengan cara menabur insentif dari pelbagai industri sementara PR lebih banyak untuk menangani masalah fundemental untuk meningkatkan kemampuan untuk bersaing negara ini.
BN lebih banyak menawarkan insentif seperti pemotongan cukai untuk penyelidikan dan pembangunan, sejumlah RM1 billion untuk meningkatkan pelaburan domestik, insentif untuk mengambil alih syarikat asing, insentif untuk industri teknologi seperti pemotongan cukai pendapatan untuk pelabur Angel serta mengiktiraf harta intelek, dan juga RM10 billion untuk skim pembangunan untuk industri kecil dan sederhana (IKS).
PR memilih untuk perubahan dalam pembangunan, dengan memulihkan ekonomi dari budaya melobi dan kronisme, rasuah dan memansuhkan monopoli serta kartel, dengan harapan ekonomi dapat bergerak tanpa sebarang halangan. Dengan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan dengan mengubah peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ia juga menjanjikan keusahawanan untuk menjadi asas kepada ekonomi.
Pemenang: Kedua-dua mempunyai cara yang terbaik. Cara BN agak selamat tetapi seperti terdahulu, manakala perubahan yang dijanjikan PR lebih menarik untuk mengembangkan ekonomi ke arah negara maju. Cara hibrid serta IKS tidak perlu memilih antara skim pembangunan IKS dan perniagaan yang bebas dari para pelobi dan kartel. Tetapi berdasarkan dalam jangka masa panjang, PR lebih berjaya dalam perkara ini.
Pendidikan
Masa depan negara terletak pada pendidikan. BN baru-baru ini melancarkan pelan pendidikan yang dirancang oleh pakar tetapi memotong bajet pendidikan dari RM50 billion pada tahun lalu kepada RM38.7 billion pada 2013. Perdana menteri berkata mereka mahu “memberi nilai kepada setiap pelajar dalam setiap ringgit yang dibelanjakan” semasa pelan itu dilancarkan, maka mereka mungkin menemui cara untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan keefisyenan.
Sementara PR tidak banyak menyentuh tentang pendidikan dalam bajet kali ini, cuma mereka mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sementara niatnya baik dan PTPTN mungkin satu cara untuk melupuskan hutang pelajar, dan mencadangkan subsidi yuran untuk pendidikan, memansuhkan PTPTN mungkin akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai sifat untuk berdikari dan hanya mahu bergantung dengan kerajaan. Ramai bekas pelajar yang membayar PTPTN sudah mengadu bahawa ini yang mereka tunggu-tunggu.
Pemenang: BN mengakui pencapaian lemah Malaysia dalam pendidikan dan mahu mengubahnya dengan pelan terbarunya. Pemotongan bajet dalam pendidikan mungkin agak mengecewakan, tetapi tindakan PR untuk menghapuskan PTPTN hanyalah bersifat populis dan mahu mendapatkan undi. Apa yang cuba disampaikan oleh PR kepada pelajar? Adakah mereka tidak perlu membayar hutang? Berdasarkan ini dan pelbagai pandangan, dalam isu pendidikan, BN menang.
Pendapatan Individu
BN sekali lagi memberikan wang secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah untuk menangani kos kehidupan. PR pula mahu melaksanakan pemberian secara tidak langsung dengan mahu menurunkan harga kereta dengan memotong duti eksais, pemansuhan tol, pemansuhan PTPTN dan menurunkan harga petrol dan tambang pengangkutan.
BN juga memotong cukai pendapatan sebanyak satu peratus untuk semua tangga sehingga RM50,000, tetapi pakar cukai menjangkakan ini adalah persediaan untuk pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pemenang: Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan. Pemberian wang tunai secara langsung dalam kelembapan ekonomi dapat meningkatkan perbelanjaan, walau bagaimanapun ia dilihat sebagai cara membeli undi kerana pemberian secara ‘one-off’ tidak bertahan lama. Penurunan satu peratus pada setiap tangga cukai dilihat tidak banyak bila kita melihat negara lain memberi cukai serendah 11 peratus untuk mereka yang berpendapatan RM300,000 atau mempunyai cukai pendapatan yang lebih tinggi tetapi memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik dari Malaysia. Cara PR dengan meningkatkan pendapatan dengan membuang halangan dalam ekonomi dilihat boleh bertahan lebih lama walaupun ia termasuk dengan pemansuhan PTPTN yang tidak boleh diterima.
Perumahan
Perumahan adalah satu isu yang besar apabila banyak aduan tentang kos pembelian rumah yang semakin mahal.
Cara BN ialah meningkatkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) sebanyak lima peratus untuk menangani masalah spekulator dan juga akan membelanjakan RM1.9 billion untuk membina 123,000 rumah mampu milik.
Ia juga lebih mudah untuk golongan muda yang memperoleh pendapatan kurang dari RM5,000 untuk mendapat pinjaman untuk perumahan.
PR mencadangkan pembinaan 100,000 rumah mampu milik dari harga RM130,000 hingga RM300,000 dibawah Perbadanan Perumahan Nasional dengan suntikan modal bernilai RM5 billion pada tahun 2013.
Pemenang: Kedua-dua bajet banyak membina perumahan rakyat tetapi BN menangani isu spekulasi hartanah melalui RPGT sedangkan PR tidak. BN dapat melihat masalah kewangan dan dengan memberi kemudahan untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 untuk memiliki rumah tanpa memerlukan tiga bulan pembayaran ansuran dari simpanan mereka sendiri. Saya mengatakan keduanya sama baik dan tiada pemenang.
Pengangkutan Awam
Keduanya mahu meningkatkan pengangkutan awam.
BN tidak banyak memberi perkara baru selain dengan memberi diskaun untuk KTM untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000.
PR, dalam masa sama mahu menjadikan pengangkutan tidak terikat kepada satu entiti dan lebih banyak membangkitkan isu tempatan, dan berkata mahu mengkaji semula MRT dan mahu melaksanakan BRT (Transit Aliran Bas).
Pemenang: Keduanya mahu melakukan perubahan untuk pengangkutan awam, tetapi kemahuan PR untuk melaksanakan BRT adalah membimbangkan jika kita lihat bandaraya seperti Bogota dan Johannesburg, berbanding Zurich dan Tokyo dalam menjadikan kereta api sebagai pengangkutan awam utama berbanding bas. Bas adalah lebih baik untuk jarak pendek tetapi tidak ada siapa yang sanggup untuk bergerak dalam jarak yang lebih panjang. PR mahu melaksanakan bas tempatan yang lebih baik, tetapi BN menang dalam isu ini kerana BRT sudah dilakukan di sesetengah tempat di negara ini.
Keputusan
PR menang dalam kategori bajet berimbang, pembangunan ekonomi dan pendapatan individu.
BN menang dalam pendidikan dan pengangkutan awam disamping seri dari segi perumahan.
BN lebih banyak berhati-hati dan banyak menggunakan cara Santa Klaus dengan banyak memberi insentif, wang tunai dan cara konservatif, menggambarkan statusnya sebagai kerajaan hari ini.
PR pula lebih progresif dan mahu mengubah lebih banyak struktur dan menggambarkan ia sebagai pencabar utama.
Siapa yang anda akan pilih?