Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 27 Julai 2012

Ahli Politik Jerantut Beli Ijazah ?

Dibawah ini adalah berita jenayah yang dipetik dari akhbar utusan online . Polis sedang menyiasat beberapa individu dan ahli politik tempatan yang disyaki membeli ijazah palsu . Beberapa tahun lepas ramai sungguh ahli politik yang tiada kelulusan akademik yang tinggi berlumba -lumba nak memiliki diploma dan ijazah secara haram . Tujuannya ialah mereka dah ada jawatan tinggi dalam hiraki politik tapi ketika itu ramai pucuk pimpinan inginkan ahli politik yang berpendidikan tinggi aktif dalam politik . Ini menyebabkan ahli-ahli politik otai rasa tergugat dengan kehadiran ahli politik lulusa universiti ini . Persaingan politik yang semakin hebat menyebabkan ada pada satu tahun itu beberapa menteri dan exco mendapat gelaran Honorary Doctor dari beberapa university luar negeri dan dalam negara . Tak kurang juga yang cuba mendapatkan diploma dan ijazah secara mudah ini . Almaklum duit tidak jadi hal pada mereka. Harap-harap ahli-ahli politik di Jerantut tidak terlibat dalam sendikit ini dan bukan dari kalangan mereka yang dicari oleh pihak polis.

Sindiket jual ijazah palsu tumpas


Tun Hisan Tun Hamzah (tengah) menunjukkan risalah universiti yang digunakan oleh syarikat pemalsuan ijazah pada sidang
akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam. - Utusan/Fatin Ainaa Faudzi
 
SHAH ALAM 26 Julai - Polis akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri dan beberapa ahli politik bagi membantu siasatan kegiatan penjualan ijazah palsu universiti luar negara yang didalangi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Jakri Education Group di Subang Jaya dekat sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti ahli politik dan orang kenamaan terbabit berikutan penahanan dua suspek termasuk dalang kegiatan itu yang merupakan pengarah di IPTS terbabit dalam dua serbuan di Subang Jaya dan Cheras semalam.

Isnin, 23 Julai 2012

Masalah Air Jerantut Pahang Tiada Penyelesaian ?

Masalah bekalan air bersih di Jerantut masih tiada penyelesaian yang jitu . Setiap hari ada sahaja masalah bekalan air terputus disekitar Jerantut ini . Paling ketara setiap kali sambuatan hari raya mesti ada bekalan terputus . Ramai orang balik raya maka bekalan terputus . Adakah kapasiti air terawat di Jerantut ini tidak mengcukupi utk kegunaan pada masa puncak perayaan sehingga menyebabkan selalu terjadi bekalan air terputus semasa perayaan utama di Jerantut .

Bekalan air di Jerantut sekarang ini disediakan kepada hampir 23,000 rumah , institusi , kilang dan pusat komersial di sekitar Jerantut . Ini mewakili kegunaan untuk lebih 100,000 pengguna sehari dan mewakili hampir 98% population area di Jerantut . Ini saya kena tabik . mungkin 100% mustahil tapi 98% satu pencapaian yang baik.

Air yang terawat di Jerantut ini dihasilkan oleh sebanyak 11 loji rawatan yang mendapat sumber terus dari sungai-sungai utama di Jerantut seperti Sungai Pahang , Sungai Tembeling , Sungai Tekam dan Sungai Cheka. Rata-rata setiap loji ini membekalkan hampir 2 juta liter air sehari dengan loji terbesar terletak di Batu Embun yang menghasilkan 18.16 liter air sehari untuk membekalkan air kepada bandar Jerantut dan kampung-kampung disekitarnya termasuk Temin dan Pulau Tawar

Berikut ini adalah loji rawatan air yang ada di Jerantut .

1  LOJI AIR KUALA TAHAN 
2  LOJI AIR SUNGAI TEKAM 
3  LOJI AIR BATU EMBUN 
4  LOJI AIR KOTA GELANGGI 5&6 
5  LOJI AIR SEBERANG TEMBELING 
6  LOJI AIR BATU BALAI 
7  LOJI AIR SUNGAI TEKAM UTARA
8  LOJI AIR KAMPUNG BANTAL 
9  LOJI AIR JENGKA 8 
10  LOJI AIR PADANG PIOL 
11  LOJI AIR LEPAR UTARA

Bekalan air di Jerantut sekarang telah diuruskan oleh PAIP . Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP.

Paip telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.

Selain daripada itu, PAIP juga bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan dan pengurusan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di samping mengebil dan memungut hasil bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang. PAIP juga bertindak sebagai penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang kepada perkara-perkara yang melibatkan industri bekalan air.

Masalah utama bekalan air di Pahang sekarang ialah reserve air terawat adalah sekitar 10% sahaja berbanding dengan piawaian sebanyak 20% (Data SPAN 2011) . Jumlah penggunaan sekarang ialah 473MLD dengan kapasiti penggeluaran air terawat sebanyak 1079MLD . Kapasiti loji sekarang ialah 1293MLD . Jumlah air yang diagihkan kepada penguna sekarang ialah 393,938ML tapi dari jumlah tersebut sebanyak 221,351ML atau 56.2% terbazir ditengah jalan .Jumlah air yang terbazir diseluruh Pahang ialah antara yang tertinggi di seluruh Malaysia.(Data SPAN 2011) iaitu sangat tinggi dan lebih tinggi dari Kelantan 55.6% dan sangat jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang 18.4%


Ini adalah cadangan saya yang boleh dilaksanakan dengan segera oleh pihak PAIP . Hadiahkan kepada pembaca meter yang berjaya melaporkan paip bocor untuk tindakan bahagian maintenance PAIP. Hadiahkan dalam bentuk wang ringgit bagi setiap laporan yang disahkan benar . Kemudian bagi setiap pembaca meter yang berjaya membuat laporan yang benar terbanyak dihadiahkan bonus melancong seisi keluarga tajaan PAIP.

Kat rumah saya sendiri sekarang ini ada PAIP bocor sikit . Dah bagi tahu kepada pembaca meter tapi dia buat dono jer  sebab itu bukan kerja dia . Alhamdulillah hari-hari sekarang saya dapat siram sayur dengan air terawat percuma.

Jumlah 56.2% itu jika di translate kepada wang ringgit boleh mencecah kerugian sebanyak lebih dari RM100 juta. Cuba bayangkan duit RM100 juta  bertebaran diatas dan tepi jalan raya . Dan cuba kroni-kroni kelas F Jerantut bayangkan duit RM100juta ini diberikan dlm bentuk projek pembangunan dan penyelenggaraan kepada kontraktor kelas F . Mesti tersenyum lebar nanti belanja member , famili dan opis boy makan lamb chop dengan rakan2 di Hotel Darul Makmur.

Satu lagi saya nak komen . Ini adalah luahan hati orang Pulau Tawar kepada saya yang saya terima dalam INBOX saya yang kini banyak menyimpan rahsia-rahsia besar.

ISU :
Dah banyak tahun setiap kali hari raya bekalan air akan terputus .

SITUASI :
1.Bekalan air Pulau Tawar sekarang di bekalkan oleh pam galak berdekatan dengan sungai Salan . Pam galak ini mendapat bekalan dari Loji Batu Embun .
2. Semakin hari semakin ramai penduduk dan rumah bertambah di Pulau Tawar .
3. Kekuatan pam galak di sungai Salan masih lagi sama macam 10 tahun lepas .
4. Jadi tekanan air yang sampai di Pulau Tawar semakin perlahan .
5. Ada rumah-rumah yang didirikan di penempatan baru seperti di Bukit Rang dua mengalami tekanan yang sangat rendah .

SOLUSI :
Jadi penduduk Pulau Tawar meminta sangat kepada pihak PAIP untuk bina sebuah Tangki Air Tekanan di Pulau Tawar untuk memastikan tekanan air tinggi kepada semua rumah yang semakin bertambah di Pulau Tawar sekarang ini .

TINDAKAN:
1. JKKK bersama Penghulu diminta buat permohonan rasmi dengan PAIP dan salinakan kepada Pegawai Daerah dan YB ADUN Pulau Tawar
2. JKKK dan Penghulu diminta buat followup dengan PAIP dan Pegawai Daerah dan YB ADUN Pulau Tawar
3. YB ADUN Pulau Tawar juga diminta followup dengan PAIP dan suarakan dalam DUN minta budget tambahan segera. Jadikan ini salah satu manisfesto YB ADUN dalam PRU13 nanti
4. JKKK dan Penghulu dan YB ADUN Pulau Tawar diminta ulang step Tindakan 2 dan 3 diatas seminggu sekali.

Itu adalah antara kandungan dalam INBOX saya yang menyimpan rahsia-rahsia besar yang saya pilih untuk paparkan pada kali ini . Harap pihak yang berwajib itu dengarlah rintihan orang Jerantut dan Pulau Tawar.

Sekian  terima kasih dan saya minta maaf dengan PAIP jika ada kenyataan dan statistik yang tidak betul . Sila perbetulkan diluar mahkamah ye.

sebelum terlupa ini ada tip untuk jimatkan air dari PAIP

Tips Penjimatan Air di Rumah


DAPUR

  1. Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan menggunakan besen. Air basuhan tersebut boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga.
  2. Gunakan ketuhar gelombang mikro berbanding aliran air untuk mencairbekukan makanan.
  3. Jika terdapat 2 singki, 1 singki yang dipenuhi dengan air boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk.
  4. Selalu menyapu dan mengelap lantai daripada menggunakan simbahan air untuk mencuci rumah.
  5. Apabila mencuci baju menggunakan mesin basuh, pastikan muatan adalah penuh sebelum mencuci.
  6. Rendam baju yang kotor dahulu sebelum dicuci, ini dapat mengelakkan cucian berulang.
  7. Apabila cucian tangan dilakukan, gunakan besen yang berisi air daripada menggunakan aliran air paip.


BILIK AIR

  1. Tutup dahulu pili ketika menyabun badan, rambut, memberus gigi dan bercukur. Jangan biarkan air mengalir sahaja. Adalah lebih baik jika masa mandian dapat dipendekkan.
  2. Apabila menggunakan tab mandi, pastikan air yang dipenuhi adalah mencukupi dan tidak berlebihan.
  3. Didik anak kecil untuk menutup pili dengan betul dan jangan biarkan anak kecil di bilik mandi tanpa pengawasan. Selain pembaziran air dapat dielakkan, keselamatan juga dapat dijaga.
  4. Jangan membuang tisu atau sampah ke dalam lubang tandas.
  5. Periksa sistem tandas dari sebarang kebocoran dengan meletakkan sedikit pewarna ke dalam tangki dan biarkan selama 15 minit. Jika mangkuk tandas didapati berwarna, baiki atau lakukan penggantian terhadap sistem pengepaman.
  6. Letakkan botol di dalam tangki tandas untuk mengurangkan kuantiti air bagi setiap pengepaman.
  7. Pasang alat pengudara pada setiap pili untuk mengurangkan pengaliran air.
  8. Bersih lantai bilik mandi menggunakan mop dan sebaldi air. Elakkan simbahan air.
  9. Gunakan sistem dual pam. Separuh pengepaman menggunakan cuma 3 liter air jika dibandingkan dengan 12 liter untuk sistem satu pam.


LAMAN RUMAH

  1. Elakkan dari menggunakan hos paip sama ada untuk membersihkan kereta atau laman rumah.
  2. Gunakan baldi dan kain untuk membasuh kereta dan jika boleh kurangkan aktiviti membasuh kereta.
  3. Siram pokok menggunakan air dari basuhan sayuran atau air hujan yang dituai.
  4. Siram pokok pada waktu pagi atau petang, di mana kadar penyejatan adalah kurang.
  5. Siraman dilakukan pada bahagian batang dan akar pokok bukan pada permukaan daun pokok.


  6. Bersihkan laman menggunakan penyapu dan elakkan simbahan air. Jika perlu gunakan air hujan yang dituai.

Jumaat, 20 Julai 2012

Janji Najib Untuk Kampung Tradisional Jerantut

Berbahagialah wahai masyakat kampung-kapung tradisional di sekitar Jerantut kerana baru sebentar tadi Datuk PM kesayangan kita berjanji untuk beri RM5000 bagi baiki rumah traditional di kampung tradisional untuk masyarakat tradisional .

Janji Najib pasti ditepati . PERCAYA ?

Jumaat, 13 Julai 2012

Sejarah Pulau Tawar Yang Hilang

Kalau anda menyusur mudik sungai Pahang dari Gintong menuju ke Kuala Tembeling anda akan berjumpa dengan kawasan dinamakan Tanjung Chinah (orang kampung sebut tanjung cina)  disebelah kiri . Tanjung Chinah ini betul-betul berada sebelah hilir sedikit dari muara Sungai Tekam . Muara Sungai Tekam terletak di sebelah kanan Sungai Pahang . Muara Sungai Tekam ini kecil sahaja muaranya walau sungainya agak lebar di hulu tapi muaranya kecil sahaja . Selepas dari Tanjung Chinah ini sungai Pahang akan membelok sedikit kearah kiri . Bila anda mudik lagi ke hulu anda akan berjumpa pula dengan Kuala Sambau . Kuala Sambau  ini kalau sekali pandang memang tidak akan kelihatan kerana kecil sahaja dan agak tohor airnya . Rasanya pada masa kini tiada siapa orang Pulau Tawar yang pernah memasuki Sungai Sambau ini dari Sungai Pahang menaiki perahu sehingga ke hulunya .

Sungai Sambau ini satu ketika dahulu sangat terkenal dikalangan kerajaan-kerajaan yang ada di sepanjang Sungai Pahang . Dari Kuala Pahang hingga ke Ulu Tembeling semua tahu akan kepentingan Kuala Sambau ini . Kuala Sambau ini suatu ketika dahulu ialah pusat ekonomi utama di dipersisir Sungai Pahang . Kuala Sambau ini dahulunya mempunyai kerajaan yang tersendiri . Pusat pemerintahan kerajaan Sambau ini terletak diantara Kuala Sungai Tekam dan Kuala Sungai Sambau.

Kalau anda mudik kehulu sungai Tekam anda akan berjumpa dengan Kuala Sungai Batu . Kuala Sungai Batu ini dulu ada pintu gerbang kepada Kerajaan Gelanggi yang terkenal itu . Jika anda mudik terus menyusur sungai Batu ini anda akan sampai terus di Kota Gelanggi .

Jadi pada zaman tersebut terdapat dua kerajaan yang hebat dikawasan ini iaitu Kerajaan Gelanggi dan Kerajaan Sambau .

Walaupun ketika itu kerajaan Gelanggi lebih hebat dari Kerajaan Sambau tetapi kerajaan Gelanggi tidak mampu menguasai wilayah-wilayah dipersisir sungai Pahang kerana Kerajaan Sambau telah menguasai Kuala Tekam dan menyekat laluan kerajaan Gelanggi ke Sungai Pahang .

Kerajaan Gelanggi ketika itu lebih banyak menguasai wilayah-wilayah disepanjang sungai Tekam hingga ke Hulunya dan berjaya menguasai sehingga ke Ulu Tembeling . Hubungan diplomati mereka lebih banyak berhubungan dengan kerajaan di persisir Pantai Terengganu .

Berbalik kepada Kerajaan Sambau . Kekukuhan kerajaan sambau ini adalah kerajaan kerajaan Sambau ini mempunyai sumber ekonomi yang kukuh . Kerajaan Sambau ini menjadi pusat pengeluaran makanan utama disekitar wilayah-wilayah pesisir Sungai Pahang yang berpusat di Kuala Sambau ini .

Rahsia utama kekuatan kerajaan Sambau ini akan anda dapat bila anda mudik lagi sungai Sambau ini hingga ke Hulunya . BIla anda sampai dipertenggahan sungai Sambau ini anda akan berjumpa dengan suatu kawasan padang yang amat luas yang amat sesuai untuk bercucuk tanam dengan apa sahaja tanaman . Tanaman padi ketika itu menjadi sumber ekonomi utama kerajaan Sambau . Dengan tanah yang subur maka padai telah menjadi sumber ekonomi utama Kerajaan Sambau . Kuala Sambau pula telah diiktiraf ketika itu sebagai perlabuhan barter-trade yang penting .

.... to be continue






Rabu, 11 Julai 2012

Y. Bhg. Prof. Omar Bin Munir

Prof Omar Bin Munir
Designation:Professor
Faculty / Institute / Centre :Faculty of Engineering and Science
Department / Unit:Department of Surveying
Telephone No:+603-41079802 ext 136
Fax:+603-41079803
Email Address:omar@utar.edu.my
Qualification:Master of Science, University of New South Wales ( Building )
Diploma in Building Economics, Brixton School of Building
Diploma, Technical College Kuala Lumpur ( Quantity Surveying )
Professional
Qualification:
Registered QS, FISM

UTM Past Deputy Vice-Chancellors (Research & Innovation)

1st Deputy Vice-chancellor of Skudai Campus (1987-1988)

Y. Bhg. Prof. Omar Bin Munir

Education:
Diploma of Quantity Surveyors, Technical College, Kuala Lumpur [1967]
Advance Diploma in Building Economics, Brixton School of Building, London [1969]
M. Sc. [Building] – University of New South Wales, Sydney, Australia [1980]
Certificate in Marketing, RIMA College, Johor Bahru [1993]
Career:
Quantity Surveyors for Tetuan Cross & Hall, Chartered Quantity Surveyors, London [1971 - 1972]
Director for Corporate Communications [Jul 1997]
Director for External Relations Unit, UTM [Jan 1997 – Jun 1997]
Director for SPACE, UTM [Jul 1993 – Jun 1995]
Dean, Faculty of Built Environment [Feb 1981 – Jul 1983]
Chairman, Institution of Surveyors, Malaysia [Johor Branch]
Chairman, Board of Cooperative UTM Berhad [1983 – 1992]
Chairman, PIBG, Sultan Ibrahim Secondary (G) School, Johor Bahru [1993 – 1994]