Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 8 Mei 2012

PM Datuk Seri NAJIB UMUM DURIAN RUNTUH RM15,000 UNTUK PENEROKA FELDA

PM Najib hari ini di Jengka 8 telah mengumumkan RM15K untuk setiap peneroka hasil dari penyenaraian FGVH . Tahniah peneroka !!!! Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.
Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.
Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi .

Sementara itu pagi ini jalan-jalan menuju ke Jengka 8 telah sesak teruk . Ini memandangkan jalan yang agak sempit dan memerlukan pembaharuan diantara jalan Jengka 8 hingga ke Bandar Jengka . Memandangkan pula jalan dari Simpang Jengka 8 ke Sungai Tekam yang masih terbengkalai maka kesesakan semakin teruk .




Sementara itu beberapa pengguna jalan yang datang dari luar Jerantut yang ingin menyambut kedatangan PM najib di Jengka 8 berasa terkejut dengan jalan yang berlobang-lobang dari Benta ke Jerantut dan dari Maran ke Simpang Jengka 8 . Sepatutnya jalan ini telah siap lebih dari 5 tahun yang lalu .

Dengan pengumumnan durian runtuh tersebut maka Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mempersiapkan diri dan BN untuk menghadapi PRU13 dalam masa terdekat ini . Kemungkinan parlimen akan dibubarkan dalam minggu ini juga memandangkan pemberian durian runtuh akan dibuat kepada peneroka dalam tempoh 2 hingga 3 minggu lagi untuk fasa pertama sebanyak RM5000 . Dijangkakan selepas sambuatan ulang tahun ke 66 UMNO parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan dibaut pada 26 Mei selepas tempoh berkempen yang diluluskan oleh SPR selama 12 hari .

Tiada ulasan: