PM Najib diberitakan telah berbisik kepada Tengku Lan di Jengka 8 baru-baru ini bahawa beliau bersedia untuk bertukar kerusi dengan Tengku Lan . Tengku Lan akan bertanding di Pekan yang telah confirm BN akan menang besar sementara itu Datuk Najib akan menggunakan pengaruhnya yang tengah meletup-letup sekarang ini untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jerantut .
Kalau melihat kepada sambutan yang diberikan oleh rakyat Jerantut yang menyambut kunjungan beliau ke Jengka 8 hari Selasa lalu . Maka amat mudah untuk Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menang kerusi Parlimen Jerantut . Peneroka-peneroka yang telah dijanjikan dengan RM15,000 setiap keluarga sudah tentu satu keluarga akan memberikan sokongan 100% kepada Datuk Seri Najib .
Jentera BN di Jerantut sudah tentu tiada ada masalah untuk digerakkan bagi memenangkan Datuk Najib . Tidak akan ada lagi perpecahan atau cas keting diantara penyokong Dato Wan Amizan dan penyokong Dato Dr Shukri di bilik gerakan disekitar Jerantut . Semua ahli akan bersatu di belakang Datuk Najib .

to be continue ..... please come back later untuk mengetahui kenapa Datuk Wan Amizan tidak direstui oleh Datuk Najib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan