Betul ke ada usul tidak percaya keatas ADUN Tahan dan Ahli Parlimen Jerantut dari cawangan-cawangan UMNO dalam Msyuarat UMNO Bahagian Jerantut baru baru ini ?
p81 percaya mungkin ada usul tersebut sebab dalam mesyuarat beberapa cawangan di DUN Tahan baru-baru ini ada usul-usul seperti itu telah di usulkan dan diluluskan dalam mesyuarat cawangan umno . Maka mengambil kira sistem demokratik dalam umno maka usul itu juga telah di hantar ke bahagian sebagai usul cawangan tersebut . DEMOKRATIK dan mengikut proses yang betul kan ?
Dan di peringkat bahagian pula . bila menerima usul tersebut secara amnya mengikut amalan demokratik umno itu sendiri sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh Presiden hingga ke akar umbi maka peringkat bahagian akan membawa usul-usul dari cawangan itu ke mesyuarat peringkat pewakilan bahagian pula setelah ditapis agar tidak ada usul-usul yang bertindis dan telah banyak kali diusulkan dalam mesyuarat yang lepas. Maka usul-usul yang tidak bertindis dan telah di usulkan dalam mesyuarat yang lepas sewajarnya di bentangkan kepada meyuarat pewakilan bahagian . itu adalah DEMOKRATIK .
Jadi jika ada usul-usul dari cawangan yang tidak bentangkan ke mesyuarat pewakilan bahagian maka itu sudah TIDAK DEMOKRATIK .
p81 mencadangkan agak cawangan-cawangan yang mencadangkan usul-usul ini mengambil tindakan mahkamah terhadap UMNO Bahagaian Jerantut kerana membuang usul tersebut .
Ada brani ka ?
Ada juga beberapa blog dalam jerantut ini berpendapat ahli , cawangan dan bahagian TIDAK BOLEH mencadangkan USUL TIDAK PERCAYA KEPADA WAKIL RAKYAT kerana ia adalah peraturan parti dan blog itu pula mengatakan bahawa WAKIL RAKYAT bukan dipilih oleh ahli umno sahaja . Jadi siapa yang dipilih oleh ahli umno ? Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib Ketua , AJK dipilih oleh 100% ahli UMNO jadi p81 mencadangkan agar dalam mesyuarat tahun depan agar diusulkan pula undi tidak percaya kepada Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib Ketua , AJK .
2 ulasan:
P81,
Wah, kalau menguntongkan aok, maka demokratik lah alasan nya. Sudah lah P81. Apa nak usul-usul kan , PRU 13 buat aje keputusan, habis cerita. Aku rasa kenal sangatb P81 ini, masa aok dah berlalu.
Salam P81,
Peraturan UMNO TIDAK MEMBOLEHKAN usul undi tidak percaya kepada wakil rakyat dan hal-hal UMNO tidak boleh dibawa ke mahkamah. Ahli-ahli akan diambil tindakan yang tegas seperti dipecat dari parti jika melanggar peraturan ini. Bukan soal ada berani ka atau tidak demokratik itu adalah peraturan parti UMNO.
Catat Ulasan