Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 15 Jun 2011

Surprise ---- ETP PM Najib telah hilang Stim

Menakjubkan .... semalam PM Najib telah mengumumkan 15 lagi projek di bawah ETP klik sini yang melibatkan perlaburan RM63.38 billion dan menawarkan 63,351 peluang perkerjaan baru . Menakjubkan pengumuman yang sebegini besar tidak mendapat liputan surat khabar paling popular dikalangan ahli perniagaan dan profesional iaitu The Star .

Utuson dan BH dah pasti akan memaparkan berita ini ditajuk hadapan . Orang kampung pasti takjub membaca berita-berita ini . Pelikkan bila berita sebegini hebat tidak mendapat tempat di muka hadapan The Star . Saya cuba belik-belik The star dan terjumpa di muka surat 2 sedikit berita pasal ETP ini . Kemudian cuba cari di ruangan Bisness langsung tak de berita pasal 15 ETP yang diumumkan oleh PM Najib ini.



Apakah ETP ini telah tidak mengundang rasa steam lagi dikalangan ahli perniagaan dan profesional menyebabkan The Star tidak menyiarkan berita sebagai berita utama mereka . Atau adalah ETP yang diumumkan itu tidak memberi manafaat kepada rakyat marhaen ?

Atau adakah MCA yang jadi pemilik The Star telah bosan dengan pelbagai ETP yang dilaung-laungkan tapi hanya menguntungkan segelintir orang sahaja.

Apa rakyat Jerantut dapat dengan pengumuman 15 ETP yang di umumkan oleh PM kesayangan kita semalam itu ?

Tiada ulasan: