Ikan mungkus memang popular di Pahang, namun bagi orang luar ia sesuatu yang baru dan perlu dicuba.
Ikan mungkus ialah sejumpulan ikan ikan kecil yang bergerak dari hulu ke kuala secara berkumpulan.
Lazimnya ia berlaku selepas musim banjir dan bergerak menyusuri tebing sungai bermula dari Ulu Tembeling dan Ulu Jelai hingga ke Kuala Pahang
Antara spesies ikan kecil itu ialah Seluang (Rasbora elegans), Susuh Batu (Homaloptera), Susur Batang (Rasboraeinthovenii) dan Lomah (Labiobarbus ocellatus).
Fenomena luar biasa itu disaksikan penduduk yang mendiami pesisir sungai Pahang.
Baru baru ini ketika berada di Kuala Tahan iaitu sehari selepas Krismas . Air tembeling masih surut dan jernih . Ketika makan2 di rumah rakit seorang boatman telah bercerita bahawa air tembeling surut lagi ni . Sepatutnya masa ini ikanmungkus tengah banyak ini tapi dia pelik kenapa ikan tak mungkus lagi. Biasa kalau air dah surut begitu org dah berpesta dgn ikan mungkus .
Lepas tu boatman itu pun mengutarakan suatu ramalan . Katanya " ikan tak mungkus lagi ni , mungkin nak banjir besar ni."
Kata2 itu disebutnya pada 26/12/2017 ketika air sungai sangat surut di Kuala Tahan dan hari tengah panas dan tiada tanda nak hujan.
Pada 30/12/2017 air tembeling mula naik dan sehingga hari ini 1/1/2018 air masih lagi naik dgn hujan di ulu masih belum sidang .
Itulah ramalan berdasarkan pengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan