Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 28 November 2014

Papa overexcited, UPSR 3C


Papa overexcited, UPSR 3C
XIFU NASER
November 28, 2014

APABILA anak telefon saya dengan nada malu dan sedih semalam, bahawa dia mendapat 2A dan 3C, saya terus ucapkan, “Alhamdulillah, tahniah! ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan kepada kamu untuk menjadi insan yang jauh lebih hebat satu hari nanti!” Anak saya terkejut.
Bagaimana?

Seorang pelajar saya melahirkan rasa tidak puas hati kerana markah peperiksaan midtermnya gagal. Saya recheck kertas jawapannya dan ternyata sememangnya gagal.

Maka, dia bertanya, “Xifu, dari sekolah rendah sampai universiti semester lepas, saya tidak pernah gagal. Bahkan, keputusan saya sentiasa cemerlang. Saya istiqamah! Solat saya jaga. Mak ayah saya taat. Bagaimana berguru dengan Xifu, saya boleh gagal!”

Saya terus menghulurkan kembali kertas jawapannya lalu berkata, “Ok, kamu nilai semula kertas jawapan kamu sendiri dan bagi markah berdasarkan penilaian kamu sendiri. Kamu jadi pelajar dan kamu jadi pensyarah.

Silakan.Nanti saya akan cuba merayu kepada pihak universiti bahawa ini markah kamu yang baru berdasarkan penilaian kamu sendiri. Kalau universiti terima, I have got no problem!”

Adakah mahasiswi ini berjaya memanfaatkan kegagalannya untuk menjadi insan yang lebih hebat?

Baru-baru ini, seorang ahli politik mengadu mengapa terlalu ramai pelajar Cina mendapat ijazah kelas pertama dibandingkan dengan pelajar Bumiputera. Pelajar Cina lebih kurang 8,000 dan pelajar Bumiputera lebih kurang 2,000.

Akibatnya, lebih ramai graduan Cina daripada Bumiputera di IPTS dikecualikan dari membayar PTPTN. Adakah ini konspirasi Cina berpakat dengan IPTS secara berkompromi dari segi pemarkahan?

Jika Bumiputera setuju dengan gaya fikir ahli politik ini, adakah Bumiputera akan menjadi lebih hebat dengan mengambinghitamkan kejayaan bangsa lain?

Sahabat karib saya zaman persekolahan, Eng Huat, sentiasa mendapat wang sagu hati daripada kaum kerabat untuk setiap A yang beliau dapat score dalam peperiksaan.

Dari dulu lagi saya mempersoalkan, mengapa tidak beri wang sagu hati juga jika mendapat C? Bukankah sahabat saya ini sudah bertungkus-lumus untuk mendapatkan A? Bukankah yang lebih penting ialah beliau berusaha?

Bila setelah saya peluk Islam, baru saya sedar betapa istimewanya Islam sebagai agama yang benar kerana kalau berijtihad (membuat keputusan agama) betul, saya akan diberi dua pahala.

Kalau salah, saya akan diberi satu pahala. Kalau saya merancang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji, tetapi saya gagal untuk menunaikan haji kerana tempoh hidup saya tamat, ALLAH SWT tetap janjikan saya haji mabrur, iaitu saya tetap mendapat pahala penuh haji!

Budaya dan sistem pendidikan kita terlalu menyalahkan para pelajar dan guru jika keputusan tidak memuaskan. Tetapi jika keputusan memuaskan, adakah budaya dan sistem pendidikan mendengar nasihat para pelajar dan guru tentang kelemahan budaya dan sistem pendidikan itu sendiri?

Terlalu banyak kelemahan dalam budaya pendidikan kita. Saya guna perkataan budaya selain daripada sistem kerana budaya melibatkan pendidikan rasmi di sekolah dan juga tidak rasmi seperti media, keluarga, masjid, iklan-iklan di jalan raya, rakan-rakan sebaya dan lain-lain.

Kalau sekadar sistem persekolahan berubah tetapi dikekalkan paradigma biar mati anak, jangan mati adat atau zon selesa, adakah pelajar-pelajar kita akan berjaya menjadi insan yang lebih hebat?

Saya tidak setuju sekolah Cina ditutup, tetapi jika semua subjek cemerlang tetapi bahasa Malaysia hanya mendapat lulus, bolehkan ini dikatakan kejayaan sebenar?

Adakah Obama akan berjaya menjadi Presiden kulit hitam yang pertama Amerika jika beliau bercakap bahasa Inggeris seperti Pua Chu Kang?

Kalau para Mahasiswa di IPTA/IPTS mendapat ijazah kelas pertama, tetapi menjadi ateis iaitu golongan yang tidak percaya kepada Tuhan, adakah mereka ini boleh dikatakan rakyat Malaysia yang berjaya, sedangkan Rukun Negara kita yang pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan?

Anakku yang tersayang, ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan untuk membuktikan yang anak mampu menempuh cabaran kegagalan untuk menjadi insan yang kesempurnaannya terletak pada ketidaksempurnaannya.

Kejayaan menempuh kegagalan adalah jauh lebih baik daripada mendapat semua A dalam kehidupan!

* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

Selasa, 25 November 2014

Mane Kampus Universiti di Jerantut ?

admin p81 masih ternanti nanti bilakah iklan seperti berikut akan terpapar didada akhbar bagi mengiklankan sebuah projek kerjasama swasta dan kerajaan bagi membina sebuah kampus dan penempatan pelajar yg boleh menampung 5000 pelajar pada satu satu   masa di daerah jerantut.

Dah beberapa kali p81 nasihat ahli parlimen ahli politik melalui blog ini supaya seat down dgn pegawai daerah dan kakitangan kerajaan yg lain utk reservekan sekurang kurangnya 50-100 ekar tanah bagi tujuan hub pendidikan ini.

http://parlimen81.blogspot.com/2010/12/tanah-di-perlukan-luas-50-hingga-100.html?m=1

Bila tanah dah direservekan barulah pergi memanjat  pejabat2 canselor seluruh negara bagi menawarkan tanah tersebut utk dibangunkan sebagai kampus cawangan mereka . Kemudian bantu canselor dgn memanjat pula pejabat kementerian pelajaran dan jabatan perdana menteri dan kewangan bagi merealisasikan impian itu ..... Ayuhhhh ahli parlimen realisasikan impian rakyat jerantut ini . Yg penting reservekan tanah dulu .... Kalau perlu ambil ladang sawit atas tapak lapangan terbang di temin itu ayuhhh persilakan ...  

Cuba rakyat jerantut bayangkan 5000 buying power dan 5000 pelajar pintar yg akan berada dalam masyarakat jerantut setiap hari... Bayangkan peniaga2 yg sibuk menguruskan keperluan harian pelajar ini. Bayangkan rangsangan ekonomi yg akan terjadi dijerantut .

p81 dapat bayangkan pertumbuhan ekonomi raub dalam tahun 2016 dan seteruskan akan lebih hebat dari jerantut . Sebab apa ? 3000 student baru kampus uitm raub akan mula membanjiri bandar raub pada suku ketiga dan keempat tahun 2015 nanti....

Cepatlah bertindak wahai ahli parlimen jerantut.