Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 9 Disember 2013

Jerantut Dah Bah ! Terkini dan Pasca BanjirLaporan Terkini 9 Disember 2013

Blog parlimen81 adalah blog terawal melapurkan berita banjir di jerantut . Ketika orang lain silbuk melapurkna berita banjir di Kuantan blog parlimen81 masih steady dengan laporan banjir di jerantut . Kini banyak blog-blog telah mengikut langka blog81 melapurkan berita banjir dijerantut begitu juga media sosial . 

Dua hari saya terlepas untuk mengupdate berita pasal banjir di jerantut kerana berada dilokasi membantu mangsa banjir . ini adalah post baru . untuk laporan dahulu sila klik kat bawah.
http://parlimen81.blogspot.com/2013/12/jerantut-dah-bah-siap-sedia-weh-banjir.html

blog p81 mengikuti beberpa konvoi bantuan ke celah-celah kampung yang terkepong di Jerantut . Ada konvoi NGO , ada konvoi UMNO  , ada konvoi PAS . semua blog p81 ikut bagi memahanmi masalah rakyat setempat . 

NaNampaknya sehari dua- lepas , semua Ketua UMNO Bahagian Jerantut  dan YDP PAS Kawasan Jerantut bertungkus lumus mengerakkan jentera bantuan banjir masing-masing . YB Nazlan sebagai Ketua UMNO mengunakan kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen Jerantut untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan bagi mengkodinasi bantuan banjir di seluruh Jerantut . Manakala YB Wan Amizan dengan kapasiti beliau sebagai ADUN Tahan juga bekerjasama dengan pihak JKM untuk mengagihkan bantuan kepada masyarakat di DUN Tahan , sementara itu Yohanis Ahmad dengan kapaisit beliau sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut telah mengerakkan Unit Amal Kawasan Jerantut untuk mengagihkan bantuan dari masyarakat setempat yang prihatin .

NGO Skuad Bencana Jerantut juga dnegan pasukan 4WD nya tidak ketinggalan menghulurkan bantuan setakat yang mereka mampu .

Pendek kata semua mengambil bahagian , tiada yang tidak mengambil bahagian , bahagian yang diambil mengikut kemampuan masing-masing . 

YB Wan Amizan dengan kemampuan kewangan beliau telah menyewa sebuah helikopter dari KL untuk meninjau kawasan beliau  beliau di Ulu Tembeling sebelum pulang semula ke KL pada hari yang sama . Kemudian beliau susuli pula dengan mengangih bantuan banjir mengunakan Jet Ski beliau  . Begitu YB Ahmad Nazlan pula meninjau kawasan parlimen beliau di Ulu Tembeling dengan menumpang helikopter tentera yang menghantar stok bantuan banjir. Kemudian beliau pula dengan bot Sementara itu YDP PAS Yohanis pula membantu dengan bot orang kampung dan kereta 4WD sahabat2 beliau . 

Yang penting semua buat kerja mengikut kemampuan masing-masing . Tiada isu wakil-wakil masyarakayt yang tidak buat kerja . Itulah untung nya Jerantut ini mempunyai wakil masyarakat yang prihatin seperti YB Wan Amizan , YB Haji Nazlan dan Yohanis Ahmad

Bagi blog p81 pula membantu melaporkan situasi semasa untuk maklumat orang Jerantut .









Tiada ulasan: