Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 26 September 2013

Sabtu, 21 September 2013

UMNO diKuasai oleh Anak bekas PM ?

Mungkinkah pemilihan UMNO akan datang menjadikan semua bekas-bekas PM kecuali Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj mempunyai legacy mereka dalam kepimpinan UMNO ?

Jika jadi kenyataan maka inilah barisan utama kepimpinan UMNO nanti 


Presiden : Anak Perdana Menteri Kedua

Timbalan Presiden : Muhyideen Yassin

Naib Presiden 1 : Anak Perdana Menteri Ketiga
Naib Presiden 2 : Anak Perdana Menteri Keempat
Naib Presiden 3 : Zahid Hamidi/Shafie Afdal/Ali Rostam/Isa Samad

Ketua Pemuda : Menantu Perdana Menteri Kelima

Ketua Wanita : Shahrizat Abdul Jalil

Isnin, 16 September 2013

Ini Cerita Wan Ali - Penganas Komunis Yang Menentang Kerajaan Malaysia



link asal disini

Wan Ali seorang kaum terpelajar berasal dari keluarga tani sederhana, dilahirkan di Jerantut, Pahang utara. Semangat nasionalismenya berkobar-kobar akibat pengaruh semakin menanjaknya gerakan kemerdekaan nasional rakyat Malaya lepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1945, beliau menjadi anggota PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), kemudian dilantik menjadi Ketua 1 Angkatan Pemuda Insaf (API) kawasan Jerantut.
Kesedaran nasionalnya yang meluap-luap itu bersumber dari rasa kecintaannya yang tak terhingga kepada tanah air, terbit dari keinsafan bahawa ibu pertiwi di bawah penguasaan penjajah asing dan penindasan kelas dalam masyarakat.

Beliau bukan seorang yang hanya pandai bercakap dan berpidato berapi-api di tengah umum, tetapi semangat revolusionernya yang berkobar-kobar itu benar-benar dibuktikan pada detik-detik perjuangan yang menentukan hidup mati.

Beliau berkata: “ Saya bila-bila saja bersedia mengorbankan jwa raga dan darah segar saya demi kemerdekaan tanah air yang dikasihi”.

Beliau menentang kelakuan sesetengah orang yang pada lahirnya mengaku nasionalisme , ataupun tokoh nasionalisme dan patriotik, akan tetapi pada ketika menempuh ujian perjuangan yang menentukan, mereka kecut perut malahan ada yang melutut dihadapan musuh dan rela menjadi anjing buruan penjajah. Beliau lebih-lebih lagi membenci orang-orang yang pada lahirnya memegang panji nasionalisme, tetapi yang dikejarnya kepentingan diri, nama, kedudukan, kemewahan dan kekayaan.

Pada tahun 1947, penjajah Inggeris telah mengharamkan API. Ini semakin membangkitkan dendam kemarahannya pada kaum penjajah. Beliau secara inisiatif mengusulkan supaya API melakukan tindakan balas dengan melancarkan perjuangan bersenjata melawan penjajah Inggeris. Tak lama kemudian Pembela Tanah Air (PETA) didirikan. Sesuai dengan jiwa radikal Kawan Wan Ali, beliau cepat-cepat menyertainya dan dilantik menjadi Ketua PETA di daerah sana. Api telah berubah menjadi PETA.

Pada bulan April 1948 PETA telah mengadakan Kongres Se-Malaya dibandar Temerloh. Kawan Wan Ali memimpin rombongan pemuda-pemuda dari Jerantut menghadiri kongres. Wan Ali mengingatkan rakan-rakannya supaya bersiap sedia menghadapi berlakunya pertempuran dengan polis penjajah, beliau sendiri telah menyiapkan sepucuk pistol yang disembunyikan dipinggangnya.

Telahan Wan Ali benar-benar menjadi kenyataan. Pemerintah Inggeris tidak membenarkan berarak. Tetapi pemuda-pemuda yang revolusioner itu tidak mengendahkan larangan polis, lalu merempuh ke depan dengan mengangkat tinggi-tinggi lambang revolusioner maju terus dengan membusungkan dada. Polis mengadakan rintangan-rintangan dan dengan senapang terhunus menghalang peserta perarakan. Seorang pemuda revolusioner dari Johor menunjukkan tinju kepada OCPD orang putih, Wan Ali menggenggam pistol menunggu detik-detik polis melepaskan tembakan. Akan tetapi, polis penjajah yang tidak berani menembak pemuda pemudi revolusioner tersebut lalu berundur.

Selepas kongres, sejumlah pemuda revolusioner telah dimasukkan ke dalam senarai hitam penjajah termasuk Kawan Wan Ali. Sebab itu beliau tidak balik ke rumahnya di Jerantut. Beliau teringat pesanan wakil PKM yang juga Ketua PETA Pahang, Kamarulzaman Teh bahawa: “ Orang-orang yang masuk senarai hendak ditangkap musuh haruslah berundur ke kampung-kampung, pergilah menyusun dan berlindung pada kaum tani, desa adalah tempat yang paling lemah penguasaan musuh dan bentuklah syarat-syarat sendiri.” Wan Ali telah pergi ke Kuala Krau menyusun kampung petani di Paya Luas. Di sana beliau membentuk syaratnya sendiri.

Perajurit Revolusi

Ketika meletusnya revolusi bersenjata pada 20 Jun 1948, Kawan Wan Ali memberitahu rakyat kaum tani supaya siap melakukan pemberontakan bersenjata mengusir penjajah British dari Malaya. Beliau pun mengatur orang ramai mencari hubungan dengan pasukan gerila TPNM.

Akan tetapi, pada masa itu, orang ramai memberitahu bahawa mencari hubungan di kampung-kampung Melayu tidak mungkin, tapi di kawasan berhampiran ada kampung-kampung orang Cina yang pernah menjadi pangkalan pasukan gerila anti-Jepun. Wan Ali segera mendidik rakyat supaya mengubah cara berfikir. Katanya, pada zaman ini, setiap orang yang menginginkan pembebasan haruslah menerima kenyataan yang masyarakat negara kita terdiri dari rakyat berbilang kaum. Orang-orang yang hendak berevolusi dan rakyat yang menyokong revolusi tak kira apa bangsapun adalah sahabat kita. Manakala semua anjing-anjing buruan imperialis dan semua orang yang menentang revolusi tergolong dalam musuh rakyat, tak kira mereka orang Melayu, Cina atau India. Beliau menerangkan bahawa sentiment kemelayuan sempit dari sesetengah orang adalah agenda penjajah yang ditanamkan dalam diri mereka.

Beberapa hari kemudian, pertempuran-pertempuran meletus di jalan-jalan raya dan ladang-ladang getah. Berikutnya balai polis Jerantut telah diserang pasukan gerila, sejumlah senjata telah dirampas. Kawan Wan Ali yang terdorong oleh pertempuran tersebut berazam hendak bersama-sama dengan pasukan gerila TPNM menghentam kaum penjajah.

Kira-kira bulan September, beliau dapat berhubung dengan pasukan yang bergerak di Kuala Krau, bertemu dengan seorang kader PKM keturunan Cina. Pada akhir bulan Oktober barulah beliau dapat bergabung dengan pasukan gerila Melayu di bawah pimpinan Abdullah C.D.. Wan Ali memang sudah mengenali Kawan Abdullah C.D. sebagai pimpinan PKMM dan juga wakil PKM selatan Malaya. Kawan Wan Ali telah mempersembahkan hasil pekerjaannya di Kampung Paya Luas untuk dijadikan salah satu pangkalan gerila Rejimen Ke-10.

Gagah Berani Lalui Ujian 

November 1948, Abdullah C.D. membuat rancangan hendak menyerang tumpuan musuh di Tekai Estet yang berkekuatan 1 platun dipimpin oleh pegawai-pegawai Inggeris. Kawan Wan Ali telah dihantar dengan beberapa orang perajurit menangkap seorang polis khas yang balik bercuti ke rumahnya. Polis Khas yang bernama Abu Bakar itu telah dibawa masuk ke kem dan diminta melukiskan peta pertahanan musuh. Pada pukul 3 pagi, Abu Bakar dihantar balik ke rumahnya.

Pada 7 November, hari ulang tahun ke-31 Revolusi Oktober Soviet pimpinan Lenin. Bersempena hari tersebut, Abdullah C.D. telah menetapkan rancangan menyerang perkubuan musuh di Tekai Estet. Sehari sebelumnya, iaitu pada 6 November, pasukan telah tiba di tepi estet getah dan kelapa bali Inggeris. Pada pagi-pagi 7 haribulan, Abdullah C.D. telah menghantar Kawan Wan Ali bersama seorang perajurit menghubungi Abu Bakar di kubunya dengan menyamar diri sebagai kaum buruh. Kawan Wan Ali tidak ragu-ragu, terus masuk ke perkubuan musuh. Setelah bertemu dengan Abu Bakar beliau memberitahu supaya bersiap-siap pasukan akan menyerang pada malamnya. Setelah menetapkan isyarat-isyarat, Abu Bakar dan seorang perajurit tadi balik bergabung semula dengan pasukan.

Tiba malamnya, Abu Bakar memberitahu semua seksyennya bahawa pasukan gerila akan datang menyerang. “Saya tidak akan mengorbankan diri untuk orang Inggeris”, kata Abu Bakar. Siapa hendak mengikut jalan saya bolehlah gulung tikar bantal siap balik ke kampung. Seluruh anggota seksyennya mengemas tikar bantal menunggu kedatangan pasukan gerila. Dengan demikian benteng pertahanan musuh pada pos pertama telah dikuasai dengan mudah oleh pasukan gerila.

Pasukan maju untuk menguasai pos kedua. Serangan dimulai dengan rancangan menangkap seorang sarjan. Akan tetapi 2 orang buruh India yang tadinya dirancangkan sebagai pemandu jalan telah menghilangkan diri di dalam gelap gelita. Oleh itu Wan Ali bersama seorang perajurit dan seorang polis yang baru menyerah diri tadi dihantar mencari sarjan tersebut. Wan Ali tanpa teragak-agak maju dalam gelap gelita melintasi berek buruh dan kedai-kedai kecil akhirnya sampai ke rumah sarjan.

Ketika itu Sarjan belum tidur lagi. Wan Ali menyerbu masuk dan meminta Sarjan menyerah diri. Sarjan bertanya “menyerah kepada siapa?”
Wan Ali menjawab: “tentera gerila dipimpin Abdullah C.D.”
“Saudara Abdullah C.D.?” tanya sarjan. “Abdullah C.D. bukan saja pimpinan kamu, juga pimpinan saya”.
Sarjan memperkenalkan diri sebagai anggota PKMM kawasan Kerdau. Lalu dia diperkenalkan dengan Abdullah C.D.. Abdullah C.D. meminta kerjasama sarja untuk menawan pos kedua. Ketika itu ibu Sarjan menangis ketakutan. “Jangan takut mak, semua ini orang kita belaka” sarjan menasihatkan ibunya.
Ketika berbincang dengan Sarjan, tiba-tiba Wan Ali ternampak kelibat 2 orang bersenjata sedang berjalan menuju ke suatu sudut. Beliau dengan tangkas menyelinap ke rusuk dan secara tiba-tiba meloncat keluar, secara tak semena-mena berdiri di depan seorang polis khas yang baru balik dari bertugas sambil memerintahkannya menyerah diri.

Dalam pada itu, Sarjan segera dihantar balik menghubungi polis-polis di dalam kubu. Setelah beberapa kali keluar masuk, barulah polis-polis itu rela menyerah diri. 21 laras senapang telah ditawan. 2 orang pegawai kulit putih ditembak mati (seorang darinya mati di hospital).

Pertempuran pertama pasukan Asas Rejimen Ke-10 ini juga merupakan ujian pertama bagi Kawan Wan Ali.
Selesai pertempuran, pasukan beredar beredar ke Kampung Paya Luas, kampung asal yang disusun Wan Ali. Orang ramai bersorak gembira melihat hasil pertempuran pertama pasukan gerila yang merupakan pasukan Asas Rejimen Ke-10. Orang ramai di situ merasa terharu dan memuji-muji dengan menggelarnya sebagai “Pasukan Wan Ali” cukup handal bertempur.

Seminggu kemudian, pasukan ini menyerang pula perkubuan musuh di Gong Estate. Serangan ini juga mencapai kemenangan dan merampas 9 laras senapang. Segera selepas itu, prestasi pasukan bersenjata Melayu tersebar luas ke kampung-kampung Melayu dan memberikan pemberangsangan kepada massa revolusioner terutamanya kaum tani Melayu.

Pada bulan Disember 1948, pasukan ini dihantar ke Jerantut, tempat Kawan Wan Ali. Pasukan terpaksa melintasi Kampung Ulu Cheka yang agak besar. Pada 16 Disember petang, pasukan telah sampai ke pinggir kampung dan bermalam di sana. Kebetulan pada hari itu, penjajah telah menghantar 1 platun tentera upahannya untuk mengawal unit perakam gambar di sana. Kerana kebocoran rahsia, pada pukul 2 malam itu, askar-askar upahan itu masuk merapati tempat pasukan kita bermalam. Pagi-pagi esoknya berlakulah pertempuran sengit antara pasukan kita dengan musuh, kira-kira setengah jam lamanya. Pasukan yang dipandu Kawan Nordin, Kawan Wan Ali dan lain-lain menyerbu ke depan. Askar-askar upahan itu terpaksa lari meninggalkan medan pertempuran.

“Tak Lut Peluru”

Dalam pertempuran itu, Kawan Wan Ali berteriak mencaci askar upahan penjajah. Anasir reaksioner yang menyertai pasukan askar penjajah itu dapat cam jelas suara Wan Ali. Selepa itu dibesar-besarkanlah Kawan Wan Ali sebagai kebal tak lut dek peluru dalam pertempuran Ulu Ceka tersebut. Cerita ini tersebar dari mulut ke mulut massa rakyat.

Nama Wan Ali dengan cepatnya menjadi buah mulut massa rakyat kawasan Jerantut. Kaum reaksioner juga sangat takut kepadanya, tapi musuh semakin membencinya. Kaum penjajah pernah menawarkan hadiah 20 ribu ringgit untuk menangkapnya. Akan tetapi massa rakyat sangat menyayanginya. Ke mana saja pasukan tiba, massa rakyat memberikan sambutan yang penuh mesra.

Gugur Demi Kemerdekaan Tanah Air

Kaum penjajah bukan saja tidak berjaya menundukkan Kawan Wan Ali dengan kekerasan bersenjata, tetapi hadiah wang juga sia-sia. Kaum penjajah memerah otak memainkan tipu helah yang lain pula dengan menghantar seorang ejen menyamar sebagai orang baik menyokong revolusi dan menyiapkan perangkap dalam masa panjang. Ejen tersebut kemudiannya telah berjaya memenangi kepercayaan Kawan Wan Ali lalu dilantik sebagai anasir cergas.

Pada suatu hari pada tahun 1949, ejen tersebut telah membuat perangkap dengan membuat perjanjian pertemuan di rumahnya. Satu pasukan askar musuh telah diatur menghendap di sekeliling rumahnya. Ketika Wan Ali masuk ke perkarangan rumah, musuh menghujaninya dengan tembakan-tembakan yang hebat. Di sanalah Wan Ali gugur dengan gagah perwira demi kemerdekaan tanah air.

Kaum penjajah telah menyiarkan berita pengorbanan Wan Ali secara besar-besaran dengan tujuan untuk menggertak kaum revolusioner. Akan tetapi pemergian Kawan Wan Ali telah menyebabkan ramai Wan Ali baru bermunculan meneruskan cita-cita pahlawan.

Abadilah Pahlawan Wan Ali. Jasamu tercatat dalam sejarah perjuangan kemerdekaan rakyat. Semangatmu sentiasa hidup dari generasi demi generasi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Pahlawan Wan Ali.... Alfatihah.

SEKOLAH MENENGAH INTERGRASI SAINS TAHFIZ MAIWP (SMISTA MAIWP JERANTUT)

Sebuah Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP  yang dibuka pada 3 Januari 2011 menyediakan pendidikan menengah aliran agama dengan menggabungkan 3 modul kurikulum iaitu KBSM, Azhari/ Dini dan Tahfiz. Sekolah ini adalah dibina dibina dari dana Baitulmal Wilayah Persekutuan . Antara syarat kemasukan kesekolah ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
  3. Pencapaian 5A dalam UPSR.
  4. Pencapaian Mumtaz Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setara dengannya.
  5. Lulus ujian bertulis dan syafawi.

Sekolah ini menjadi rebutan dari ibubapa sekitar Wilayah Persekutuan dan Malaysia 

Masalahnya kemasukan ke sekolah ini adalah terhad sebab ada satu sekolah sahaja di Wilayah persekutuan . Dana Baitulmal MAIWP banyak tapi mungkin ketiadaan tanah yang bersesuai disekitar  Wilayah Persekutuan membantutkan hasrat MAIWP untuk membina lebih banyak sekolah seperti ini . 

Mungkin ini adalah peluang untuk Ahli Parlimen Jerantut membuat kertas kerja cadangan kepada pihak kerajaan negeri Pahang dan MAIWP untuk bekerjasama dengan Pejabat Daerah Jerantut menyediakan tanah bersesuaian di Jerantut dan membina sebuah lagi SMISTA yang nanti kita namakan sebagai SMISTA MAIWP Jerantut . Kita sediakan tanah dan MAIWP peruntukan modal pembangunan dan pengurusan untuk sekolah ini dan sebagai balasanya MAIWP akan menghantar seramai 2000 orang pelajarnya ke sini dan 200 orang guru untuk sekolah ini . Dan sebagai syarat tambahan 20% kuata murid mestilah dari kalangan murid sekitar Jerantut dan 20% dari murid dari daerah lain di Pahang. Sementara 60% adalah murid dari Kuala Lumpur.

Secara tak langsung ia akan memberi impak ekonomi dan membangunkan modal insan masyarakat Jerantut . 

Ahli Parlimen ada memohon kepada KKM untuk sebuah sekolah asrama penuh tapi mungkin prosesnya lambat . Ini mungkin kaedah yang cepat .