Cukup bijak Israel dan Amerika menangani tentangan Hamas dan Hizbollah terhadap Israel . Hamas selama ini mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Tehran sementara itu Hizbollah dari Syria . Bila berlaku krisis di Damsyik , Hamas tidak menyokong regime Bashar yang pro Syiah . Tehran yang menyokong regime bashar marah dan menyekat bantuan kepada Hamas dan ini secara automatik menghambat kewangan Hamas ketahap yang minimum sehingga mungkin tidak mampu membiayai gaji kakitangan kerajaan Hamas. Sementara itu krisis Syria juga tempias kepada Hizbollah yang jika kerajaan Bashar jatuh maka sumber keangan Hizbollah juga akan hilang dan keraaaan Hizbollah di sebahagian Lebanon juga akan tumbang. sememannya krisi ini menguntungkan Israel.
Hamas yang mengharapkan bantuan dari Mesir selepas dipotong bantuan oleh Iran juga kini semakin terhimpit bila Morsi digulingkan pula oleh tentera .
Ini sangat menguntungkan Israel bila musuh diutara , di barat dan selatannyanya kini menjadi sangat lemah . Ditambah pula musuh di timurnya telah lama dijinakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan