Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 24 Julai 2013

UMNO Menang di Kuala Besut


PAS KALAH DI PDM PULAU PERHENTIAN. SUMBER MYKMU.NET (web umno)

Keputusan PRK N.01 Kuala Besut – PDM Pulau Perhentian

SALURAN 1 
BN – 222
PAS – 93
Undi Rosak – 3
Jumlah = 318  


SALURAN 2 
BN – 232
PAS – 86 Undi
Undi Rosak – 1
Jumlah = 319

JUMLAH KESELURUHAN UNDI  PDM  PULAU PERHENTIAN

BN =  454
PAS = 179
UNDI ROSAK = 4
JUMLAH = 633
MAJORITI BN = 275

...ada sesiapa boleh sahkan keputusan ini.

Selasa, 16 Julai 2013

Is Education Ministry paying YTL higher than market rate for Chromebooks?

Zairil: Direct purchase of Chromebooks cheaper
3
The government can still save as much as 30 percent per unit by buying Chromebooks (laptop computers) directly from the manufacturers rather than through YTL Corp, said DAP MP for Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

He was responding to Deputy Finance Minister Ahmad Maslan's (left) answer in Parliament that it was more economical to use Chromebooks than to build new computer labs in schools.

Ahmad informed Parliament that the use of Chromebooks comes to about RM86,700 per classroom, which is cheaper than the RM150,000 it would cost to build a normal computer lab.

"If that is the case, then would it not be even cheaper if the government had sourced for the Chromebooks directly from the manufacturers rather than paying a premium through YTL, which is neither a computer manufacturer nor distributor?" said Zairil.

Zairil had queried in Parliament why YTL Corp was given all contracts to bring Internet education to Malaysia.

He had said that YTL Corp could rake in up to RM9 billion over the next five years, almost two-thirds from selling Chromebooks alone, if the government intends to carry out its 1Student 1Device Programme for 5.5 million students in 10,000 schools all over Malaysia.

"The Parliamentary reply I received on July 8, 2013 states that the ministry intends to begin the rollout of Chromebooks next year," Zairil said in a press statement today.

Chromebooks are laptops based on “cloud” computing, which means each unit usually requires a connection to the internet to carry out basic functions. User data are stored online.

NONEThis would tie each Chromebook to a monthly Internet subscription plan, provided by YTL Corp, which started offering internet services through its exclusive 4G WiMax network set up less than three years ago.

In his statement, Zairil also provided a comparison of WiFi-based Chromebook prices between Malaysia, Australia, US and the UK. They ranged from RM633 to RM1,111. YTL Corp now retails its 4G Chromebook at RM1,299.

Under the 1 Student 1 Device programme, under the directive of Education Minister and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, the government had previously contracted for 116,399 units of 4G Chromebooks from YTL Corp at a cost of RM1,200 per unit.

YTL Corp previously said that it won the 1Bestari contract by an open tender. It did not respond to the Chromebooks sale issue, noting only that the facts were different from what Zairil had asserted.

Sumber:

Sabtu, 13 Julai 2013

Cara Qada' Solat Tertinggal



Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. 

Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah s.w.t. suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah aqal baligh dulu.

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada' solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah s.w.t.

Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada' solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada' solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada' solat yang ditinggalkan walaupun Baginda s.a.w. tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada' dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada' tapi tidak perlu sebut perkataan qada' semasa niat. Qada' ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qada' “waktu kita”.

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Hadith riwayat Muslim)

Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”


2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”


3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada' semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada' solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada', pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada'kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.


Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada' dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada' kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada', buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada' semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada' kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah s.w.t, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah s.w.t, in sya Allah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada' solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t.

Rabu, 10 Julai 2013

Krisis Syria dan Mesir Untungkan Israel , Lemahkan Hamas dan Hizbollah

Cukup bijak Israel dan Amerika menangani tentangan Hamas  dan Hizbollah terhadap Israel . Hamas selama ini mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Tehran sementara itu Hizbollah dari Syria . Bila berlaku krisis di Damsyik , Hamas tidak menyokong regime Bashar yang pro Syiah . Tehran yang menyokong regime bashar marah dan menyekat bantuan kepada Hamas dan ini secara automatik menghambat kewangan Hamas ketahap yang minimum sehingga mungkin tidak mampu membiayai gaji kakitangan kerajaan Hamas.  Sementara itu krisis Syria juga tempias kepada Hizbollah yang jika kerajaan Bashar jatuh maka sumber keangan Hizbollah juga akan hilang dan keraaaan Hizbollah di sebahagian Lebanon juga akan tumbang. sememannya krisi ini menguntungkan Israel.

Hamas yang mengharapkan bantuan dari Mesir selepas dipotong bantuan oleh Iran juga kini semakin terhimpit bila Morsi digulingkan pula oleh tentera .

Ini sangat menguntungkan Israel bila musuh diutara , di barat dan selatannyanya kini menjadi sangat lemah . Ditambah pula musuh di timurnya telah lama dijinakkan.

Isnin, 8 Julai 2013

Kenapa Kerajaan Malaysia Tak Kutuk Rampasan Kuasa Oleh Mesir ?

Kenapa ye kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional dengan undi popular kurang dari 50% tidak mengutuk tindakan tentera Mesir merampas kuasa dan menafikan proses demokrasi di Mesir . kalau di Malaysia kerajaan Barisan Nasional berkempen kesana kemari mengutuk tindakan Anwar Ibrahim mengadakan black 505 dan menyifatkan perhimpunan black 505 sebagai usaha menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang tapi yang peliknya kerajaan malaysia hanya berdiam diri dengan tindakan tentera di mesir . Adakah kerajaan malaysia takut sebab kerajaan amerika juga tidak mengutuk tindakan tersebut ? adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan malaysia adalah dibawah telunjuk negara lain ? harap kerajaan malaysia segera menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menentang tindakan tersebut sebab tindakan mendiamkan diri akan menyebabkan rakyat malaysia boleh mentaksirkan sesuatu untuk malaysia.

blog parlimen81 menentang sekeras-kerasnya tindakan pihak tentera mesir menjatuhkan presiden mesir yang dipilih secara demokrasi melalui rampasan kuasa. full stop .

Negara Eropah , Amerika dan Israel menyokong tindakan ini .  Adakah Malaysia juga ingin bersekongkol dengan negara tersebut ? Arab Saudi juga menyokong tindakan tersebut . Kenapa ?

Melihat kepada situasi sekarang apa agaknya yang akan berlaku dalam dua tiga minggu kehadapan dalam politik Mesir . Beberapa kemungkinan bole terjadi antaranya :

1. Tentera mengembalikan semula kuasa Presiden kepada Morsi dan Morsi kekal memerintah sehingga habis penggalnya ; tak mungkin terjadi , ini kerana akan menyebabkan rakyat yang berdemo tidaka akn puas hati .

2. Tentera mengembalikan semula kuasa Presiden kepada Morsi dan Morsi membubarkan parlimen untuk membolehkan rakyat Mesir mengundi semula ; Dah tentu Morsi menang semula dan ini tidak disukai oleh rakyat yang berdemo dan tentera.

3. Morsi kekal ditahan dan Ikhwanul Muslimin diharamkan dan semua pemimpinnya dihalang dari bertanding dalam pilihanraya raya akan datang ; Ini akan memuaskan rakyat yang berdemo , tentera , israel , amerika dan negara yang bersekongkol dengan amerika . Tapi majoriti rakyat mesir tetap tiak berpuas hati dan ini mungkin akan menyebabkan terjadi perang saudara di mesir . minta dijauhkan. Israel tentu suka.

Lebih 60% rakyat mesir memilih parti islam di Mesir . Hanya pengharaman parti islam sahaja yang akan memboleh parti yang pro tentera bertapak di mesir

Morsi berkuasa di Mesir dengan sokongan Ikhwanul Muslimin (Freedom and Justice Party ) dan golongan Salafist ( An-Nour Party) . An-Nour telah berpecah dua pada awal 2013 dengan ketuanya telah meninggalkan parti tersebut untuk membentuk parti baru iaitu Al-Watan. Walaupun begitu An-Nour kini tetap kuat dan memainkan peranan yang besar dalam menentukan hala tuju politik di Mesir , bukan Ikhwanul Muslimin dan bukan juga National Salvation Front pimpinan ElBaradie. An-Nour yang perlu diberi perhatian . Siapa An-Nour sebenarnya ? Kita tahu siapa Ikhwanul Musliman di Malaysia dan kita juga tahu siapa National Salvation Front di Malaysia . Adakah An-Nour wujud di Malaysia ?