Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 14 Jun 2013

parlimen81 akan berblog guna tulisan jawi ?

Salam untuk semua. Semoga anda yang singgah dan membaca blog ni akan terus datang dan singgah lagi membaca blog ni, walaupun munkin blog ni akan menggunakan tulisan jawi pada masa akan datang.

Fail:Merdeka1.JPG
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan
Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu
bertulisan Jawi
Tulisan jawi??! Sebelum anda teruskan baca paparan dibawah ini . parlimen81 ingin mengesa Majlis Daerah Jerantut memartabatkan tulisan jawi dengan menwajibkan semua papan tanda jalan mempunyai tulisan jawi , semua papan tanda kedai-kedai mengunakan juga tulisan jawi . Mustahil ? MDJ ada kuasa . MDJ boleh kuat kuasakan . SUSAH ? apa nak susah ? Pembuat keputusan utama MDJ adalah ahli majlis . Siapa Ahli Majlis MDJ ? lebih 60% ahli majlis MDJ adalah mewakili UMNO . Siapa UMNO ? Pejuang kemerdekaan . UMNO Berjuang mendapatkan kemerdekaan dengan slogan-slogan dalam TULISAN JAWI . Kenapa pula selepas merdeka UMNO ingin buang tulisan JAWI yang telah berjaya meruntuhkan MALAYAN UNION ? Jadi UMNO kena gerakan kembali tulisan jawi yang telah berjaya membentuk minda melayu semasa zaman perjuangan kemerdekaan . Siapa nak mulakan ? UMNO JERANTUT LAH . SIAPA LAGI . Entiti pelaksana terbaik ialah Majlis Daerah Jerantut . FULL STOP.


Mengapa lambang UMNO itu ada huruf Fa , Kaf , Mim , Ba dan Ra Tidah ada huruf 'U' tidak ada huruf' 'M' tidak ada 'N' dan tidak ada huruf 'O' pada lambang perjuangan orang Melayu itu, macam mana lambang tersebut boleh disebutkan sebagai lambang UMNO? Bila soalan ini diajukan ramai diantara ahli UMNO yang pernah aku jumpa tidak mampu menjawab.


Sekarang baca kat bawah ini pula.
Paparan blog dengan tulisan jawi, sesuatu yang agak pelik kan. Tapi tak mustahil boleh berlaku.
Adakah anda mahir atau separuh mahir membaca dan menulis jawi?
fauziah gambus, tulisan jawi
Boleh baca tak?
Aku separuh mahir. Setakat membaca memang tak ada masalah, tapi kalau nak menulis, memang agak susah sikit. Munkin susah sebab dah lama tak di praktikkan.
Tulisan jawi sebenarnya sangat rapat dengan orang melayu. Kiranya dah macam satu warisan bagi orang melayu. Sebelum huruf-huruf roman diperkenalkan oleh penjajah, tok nenek kita semuanya menulis dengan menggunakan huruf-huruf jawi.
Masa era aku bersekolah rendah dulu ada sikit sikit belajar jawi tapi asyik fail jer.memang tak mahil
Perkara yang aku suka berkaitan tulisan jawi ini ialah seni khatnya. Masa sekolah dulu bila waktu khat, memang aku rasa seronok. Tak tahu kenapa. Tapi tulisan khat itu bagi aku satu seni yang indah..haha...

Tahukah anda, ada seorang warga Korea Selatan yang menjadi pejuang tulisan jawi, iaitu Prof Dr Kang Kyoung Seok. Dia seorang Pakar Penyelidik Tulisan Jawi. Hebat tak? Orang Korea yang menjadi pakar kepada satu warisan asal usul kita.
Dr Kang bertugas sebagai Profesor Tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim sejak tahun 2010. Kini dia akan balik ke Korea, bertugas sebagai Ketua Pengajian Malaysia di Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan.
Aku cukup yakin ramai anak muda kita sekarang ni yang tak tahu tentang tulisan jawi. Budak-budak ni sibuk terkejar-terkejar budaya korea, orang korea pulak yang mempertahankan dan memperjuangkan asal usul budaya kita.
tulisan jawi, jawi
Cuba baca
Dr. Kang pernah melahirkan rasa bimbang tentang tulisan jawi yang semakin dilupakan oleh orang muda di Malaysia. Katanya, tindakan masyarakat Melayu yang meletakkan tulisan jawi eksklusif kepada perkara berunsur Islam perlu dihindari bagi memastikan tulisan itu sesuatu yang lebih universal.
“Tulisan ini perlu digunakan untuk berbagai perkara, antaranya sebagai satu daripada teks utama universiti yang membolehkan generasi baharu Malaysia mempelajarinya lebih mendalam,” Dr Kang Kyoung Seok.
Akhbar Utusan Malaysia pernah mengeluarkan satu surat khabar khas yang sepenuhnya menggunakan tulisan jawi. Aku tak pasti samaada masih ada lagi ke tidak, sebab dah lama tak baca akhbar Utusan Malaysia ni.
Ada sesetengah pihak yang masih lagi mempertahankan penggunaan tulisan jawi ni. Tapi itu semua sebahagian dari usaha-usaha kecil je. Impaknya tak besar mana. Sepatutnya pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu yang lebih besar berkaitan dengan tulisan jawi ni. Kalau bukan kerajaan, siapa lagi yang boleh lakukannya?
“Saya akan pertahankan warisan bahasa Melayu dan tulisan jawi yang amat saya cintai ini hingga ke hembusan nafas saya yang terakhir,” Dr Kang Kyoung Seok
Kalau ‘orang luar’ pun boleh dan sanggup mempertahankan warisan budaya kita, mengkaji budaya kita, kenapa kita sendiri tidak sanggup mempertahankanya. Sama-sama lah kita mempertahankan tulisan jawi. UMNO JERANTUT melalui MAJLIS DAERAH JERANTUT kena mulakan segera.

Tidah ada huruf 'U' tidak ada huruf' 'M' tidak ada 'N' dan tidak ada huruf 'O' pada lambang perjuangan orang Melayu itu, macam mana lambang tersebut boleh disebutkan sebagai lambang UMNO? Bila soalan ini diajukan tidak seorang pun diantara orang Melayu yang pernah aku jumpa mampu menjawab.
mengetahui bahawa lambang UMNO itu ialah FA KAF MIM BA mengapa bukan U  , M  , N dan O

Tiada ulasan: