Wan Ali adalah ikon terkenal di Jerantut sekitar tahun 1948 dulu . Beberapa tahun sebelum Tanah Melayu Merdeka iaitu selepas Brisitsh kembali mengambil alih pemerihntaha Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah . Pelbagai versi cerita berkaitan dengan Wan Ali ini . versi yang sangat popular ialah Wan Ali itu adalah penganas komunis (ini ceritanya http://kekacang.blogspot.com/2009/06/kisah-wan-ali.html) . Ini pula berita-berita yang disebar didada dada akhbar sekitar tahun-tahun kepopularan Wan Ali (http://pulautawar.blogspot.com/2011/09/this-is-wan-ali.html) . Juga ada pula versi yang mengatakan bahawa Wan Ali itu adalah perjuang kemerdekaan yang menentang British (baca sini ceritanya http://revolusitemerloh.blogspot.com/2012/07/wan-ali-pejuang-jerantut.html)
blog parlimen81 juga ada membaca komen-komen dalalam blog wzwh yang ramai saudara mara Wan Ali memberi komen mereka disitu pasal Wan Ali (http://wzwh.blogspot.com/2012/11/tani-yutaka-yakuza-pantai-timur-harimau.html).
5 comments:
- Wan,
Tani Yutaka ini sama macam Wan Ali (kerabat Wan yg berasal dri Pedah) Beliau telah diwarna kelabukan oleh British sebagai penjahat/pengganas disebabkan semangat 'radikal' mereka menentang penjajahan Mat Saleh dibumi Tanah Melayu ini.
Kalaulah Mat Inder atau Wan Ali ini berbangsa Jepun, saya percaya mereka (masyarakat Jepun) akan mengankat mereka (Wan Ali dan Mat Indera) sebagai wira...
Saya yg 'berbau2 macam' dgn Wan Ali ini berharap agar Wan Zurik dapat menulis kembali sejarah keberanian Wan Ali ini. Penulisan sejarah biarlah mengikut kacamata sebagai pejuang bukan sebagai pengganas yg telah dibunuh menggunakan sebiji peluru emas yg dihadiahkan oleh Tok awang Nong...
Mat Periba - Mat Periba,
Wan Ali adalah sedara WZWH berasal dari Kampung Bukit Mat Daling Ulu Tembeling menetap di Kampong Pedah Jerantut.
Beliau berkahwin dengan orang Tebing Tinggi. Wan Ali begitu berpengaruh di Pulau Tawar dan Jerantut hilir.
Wan Ali dikatakan gagah, berani, punya kualiti ciri-ciri kepimpinan.
Komunis hanya satu wadah platform yang digunakan untuk menghalau Penjajah British.
Ketika itu parti KMM telah diharamkan. Termasuk API dan AWAS. Maka pilihan Wan Ali adalah melalui Komunis.
Wan Ali adalah Ketua Regimen 10 platoon Komunis di Jerantut. Mempunyai hubungan yang baik dengan Chin Peng Setiausaha Agong PKM.
Wan Ali bila datang ke Tembeling tidak boleh berkokok kerana ramai lagi sedara mara yang lebih gagah dari dia.
Wam Ali tidak boleh mempengaruhi keluarga Wan Tembeling yang mempunyai ideologi semangat cintakan Pahang dan kuat totok UMNO. Walau ada yang sokong PAS dan Sosialis tapi itu hanya segelintir.
Wan Ali adalah pejuang menentang penjajah, WZWH bersetuju dengan Mat Periba yang juga sedara WZWH! - TQ Wan,
Sedara kita, ayahnda Wan Ali ini bolehlah diibarat sebagai 'lilin'. Pemilihan Parti Komunis sebagai wadah perjuangannya hanya setelah British mengharamkan KMM, AWAS dan Angakatan Pemuda Insaf..
Yg peliknya mengapa beliau tidak mahu memilih Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO)sebagai wadah. Mungkin beliau menggap UMNO sebagai 'tali barut' British memandangkan parti ini diterajui oleh gulungan bangsawan yg mempunyai cara berfikir dan berbudaya ala barat...
Mat Periba - Wan ali adalah sahabat baik juga mempunyai pertalian keluarga dengan arwah aki saya.semasa jenazah wan ali hendak dibawa ke balai pasung d kuala lipis,arwah aki lah yg mengiringi jenazah beliau yg di ikat dan dibaringkan di atas bonet belakang kereta polis bila tiba dari seberang melalui feri di jerantut feri.setuju sejarah di'kelabu'kan dan benar bukan wan ali yg membunuh penghulu p.tawar trsebut sebaiknya cina komunis yang berbuat demikian.namun kerna beliau ketua regimen maka atas nama beliau dipertanggungjawabkan.beliau juga adalah dari galur mat kelubi salah satu sahabat mat kilau lima sekawan.
- SALAM SEMUA,
WAN ALI IBUNYA WAN CANTIK.BELIAU MENENTANG PENJAJAH PADA MULANYA BERSENDIRIAN.
PIHAK KOMUNIS CUBA MEMUJUKNYA PADA PERINGKAT AWAL.TAPI WAN ALI YANG KUAT PEGANGAN AGAMANYA MENOLAK.
PIHAK KOMUNIS MENCARI JALAN MEMERANGKAP WAN ALI AGAR DAPAT DITARIK MENYERTAI KOMUNIS.
MEREKA MELETAKKAN BEBERAPA LARAS SENAPANG DAN KARBAIN DICELAH LANTAI RUMAH WAN ALI.
MEREKA REPOT KE PIHAK BRITISH BAHAWA WAN ALI MENYIMPAN SENJATA BAGI PIHAK KOMUNIS.
POLIS MENYERBU RUMAH WAN ALI DAN MENDAPATI REPOT ITU BENAR.
POLIS BURU WAN ALI.WAN ALI TELAH MARAH DAN TERPAKSA BERSEKONGKOL DENGAN KOMUNIS.
NAMUN PEGANGAN ISLAMNYA TETAP UTUH.BUKTINYA BILA BELIAU BERTEMBUNG DENGAN AYAH SAYA YANG KETIKA ITU KETUA PLATUN HOME GUARD,BELIAU YANG MENGIMAMKAN SEMBAHYANG BERJEMAAH MEREKA BERDUA.
WAN ALI ADALAH PAK SAUDARA DUA PUPU AYAH SAYA.
CERITA INI DATANG DARI MULUT AYAH SAYA SENDIRI.