Update 12:30am 6/12/13 Elektrik Di Putuskan Malam Ini
Malumat yang diperolehi dari pusat gerakan bencana TNB mengatakan bahawa jika paras air terus meningkat , kemungkinan pihak TNB terpaksa memutuskan bekalan elektrik dibeberapa kawasan didalam daerah Jerantut .
Ini bagi memastikan bahawa perlatan TNB dan keselamatan orang harta benda orang awam akan selamat . Penutupan / shutdown pencawang tertentu mungkin akan berkuat kuasa sekitar jam 2am , Pihak TNB masih memantau situasi dengan memastikan kakitangan sentiasa bersiap sedia menghadapai sebarnag kemungkinan yang bakal berlaku pagi ini .
Antara pencawang yang dibawah pengawasan teliti pihak TNB adalah pencawang di Simpang Padang Piol yang membekalkan eletrik ke Feri , Pulau Tawar dan Felda Padang Piol . Jika tindakan shutdown dilaksanakan maka penduduk sekitar Feri dan Pulau tawar akan bergelap pada pagi ini . Diminta bersiap sedia dengan lilin dan lampu suluh.
Sementara itu di Pulau Tawar dan Pedah paras air terus meningkat dengan lajunya . Di Pulau Tawar kini air sudah mula berada di Masjid Jamek Pulau Tawar
Update : 2pm 5/12/13 : Pulau Tawar Dilanda Banjir
Kampung Pulau Tawar kini adalah kampung terbaru yang dilanda banjir . Air SungaiPahang yang semakin meningkat naik telah menyebabkan beberapa ladang dan kebun sayur milik orang kampung digenangi oleh Air . Air yang bermula di Sungai Sambau kini telah mula miningkat sehingga ke kawasanMasjid Pulau Tawar.
Kawasan yang terjejas teruk oleh banjir ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar , Kampung Kubang Sekedal , Kampung Telok , Kampung Kempot , dan Kampung Masjid . Setakat ini adalah difahamkan Madrasah Al Muaalim Yunus Tahfiz wa Arabiyah yang terletak di Kampung Masjid masih belum dinaiki oleh air . Difahamkan ada seramai 25 orang pelajar dan 3 orang guru yang berada disitu .
Sementara itu difahamkan penduduk di Research dan Sg tekam kini telah terputus bekasan air bersih . Ini berkemungkinan disebabkan Pam Air di Simpang Sungai tekam telah dinaiki air dan tidak kini tidak boleh lagi beroperasi.
|
Air Sungai Pahang di Belakang Tandas Madrasah Muallim Yunus |
|
bila bila masa limpah ke darat. |
Update 10am 5/12/2013 : Jalan Jalan di Tutup Sekitar Jerantut
Update 7:00am 5/12/2013 : Felda Sungai Tekam Di Khuatiri Terputus Bekalan Air
Dijangkakan jika air sungai tekam terus meningkat , maka loji air PAIP sungai tekam terpaksa berhenti operasi kerana paras air sudah memasuki loji tersebut. Jika ini berlaku penduduk felda sg tekam , research dan kampung sekitarnya akan mengalami ganguan bekalan air bersih.
10:00 pm 4/12/2013 : SMK PULAU TAWAR DINAIKI AIR
Maklumat yang disampaikan oelh rakan-rakan dari Pulau Tawar mengatakan bahawa air sungai pahang kini telah memasuki kawasan sekolah pada paras lutu dan pinggang . Air diberitakan terus meningkat naik .
Update 4:00pm 4/12/13 Banjir Semakin Buruk - Misi Pindahkan Pelajar Selesai SPM
di SMK PPP Tun Razak
Petang ini selepas selesai semua menghadapi peperiksaan SPM kertas terakhir , pasukan BOMBA Jerantut dengan kerjasama staff PPPTun razak dan guru-guru SMK PPP Tun razak di Research telah melakukan kerja mengangkut pelajar-pelajar untuk pulang kerumah masing-masing . Pelajar-pelajar ini telah diangkut mengunakan bot bomba dari PPPTR ke Simpang Jengka 8. Terima Kasih Bomba dan Penyelamat Jerantut juga Pertugas
PPPTun Razak kerana memberi bantuan mengambil anak di SMK PPP Tun Razak ini . Semua pelajar -pelajar itu selamat kembali kerumah masing-masing.
Update 10:00am 5/12/
8:00 am 4/12/2013 PEPERIKSAAN SPM DI PADANG PIOL HAMPIR TERGENDALA AKIBAT BANJIR
Pagi ini peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Padang Piol hampir sahaja tergendala akibat daripada situasi banjir yang melanda beberapa tempat di Jerantut ini . Difahamkan bahawa soalan peperiksaan yang ingin dibawa ke Sek Men Padang Piol itu tersekat akibat halangan oleh banjir di Kg Paya Garut iaitu sebuah kampung yang terletak didalam perjalanan dari Simpang PadangPiol ke Felda Padang Piol .
Walau bagaimanapun dengan bantuan orang kampung yang mempunyai bot maka kertas soalan tersebut berjaya juga sampai ke sekolah dengan mengunakan bot untuk menyerangi jalan yang terputus tersebut . Syabas kepada cikgu-cikgu sekolah yang berjuang demi agama , bangsa dan negara . Maka peperiksaan dapat berjalan seperti biasa .
Maklumat lain yang sampai ke meja berita blog p81 ialah Sg Tekam kini hanya boleh dimasuki melalui Jengka 10 melalui jalan ladang . Jalan dari jengka 8 dan dari Kg Perak masih lagi terputus di Sungai Siam dan Sungai Bangkong.
Sementara itu jalan dari Kuala Tembeling ke Jerantut masih lagi terputus . Difahamkan juga di Damak juga ada jalan yang terputus (tidak berapa sahih berita ini ... sesiapa yang mengetahui sila sahkan berita ini)
Sementara itu di Kuantan difahamkan masih banyak penghuni yang tidak dapat dibawa kep pusat penempatan banjir kerana masalah perhubungan dan kemudahan bot yang tidak mencukupi . Tidak boleh salahakn pihak JPAM dan BOMBA kerana air naik dengan begitu cepat dan menyeluruh . Bekalan makan dipusat-pusat perpindahan juga ada yang telah kehabisan . Menurut Ustaz Rosli Jabar , ADUN Tanjugng Lumpur , pihak beliau kini sedang menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir berpusat di madrasah Tahfiz Darul Fikri.
Update 2:45pm 4/12/13 YDP PAS Yohanis Ahmad dah mula turun padang meninjau situasi banjir dan merancang persiapan gerak kerja aktivis PAS untuk membantu mangsa banjir jika air terus naik .
|
YDP PAS Yohanis Ahmad meninjau situasi
air sungai di sekitar Jerantut |
|
Ini Bukan Di Jerantut Tapi Tenaga Inilah yang
akan digembleng oleh YDP PAS Jerantut
untuk membantu mangsa banjir di Jerantut
jika banjir berlaku |
Tapi YDP PAS takkan terlawan dengan Wan Amizan ... bila wan amizan balik dari persidangan di PTWC nanti dia naik ni jet ski bantu orang DUN Tahan .... YDP PAS naik perahu jer ... hi hi hii
Update 2:00 pm 4/12/13: Situasi di Kuala Tahan
Update 1:30pm 4/12/13 : Jalan dari Gelanggi ke Lepar 5/6 juga telah dinaiki air .
|
Simpang Gelangi ke Lepar |
Update 1:00 pm 4/12/13 : Jalan Jerantut ke Kuala Tembeling sekitar jambatan sungai teh telah dinaikit air
|
Kg Paya Teh |
Update : 12pm 4/12/13 :Simpang Jengka 8 ke Research masih lagi ditengelami air di jambatan Sg Poho dan Sg Siam
|
Simpang Jengka 8 |
Update : 10:00 4/12/2013 Jalan Pulau Tawar ke Madrasah Darul ulom Sg Salan (Jalan Lama berhampiran dengan Pedok) terputus . Jalan Baru ok jer.
|
Jalan Pulau Tawar ke Sg Salan |
Update 8:30 4/12/2013 Jalan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat kini terputus selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar ( Orang Bukit nikmat sila ikut Rumpun Makmur/Jengka 24)
|
Jalan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat |
Update 8:15am 4/12/2013 Jalan Simpang Research ke Research terputus tapi kenderaan seperti hilux masih boleh melaluinya
|
Jalan masuk ke Research |
Update 8am 4/12/2013 : Jalan Simpang padang Piol ke Padang Piol berhampiran dengan Paya Garut terputus ( JPAM dan Unit Amal Jerantut sila bersiap sedia )
|
Jalan Masuk Ke Padang Piol (Paya Garut) |
Update 8pm 3/12/2013 : 62 orang dari 12 keluarga telah dipindahkan di Jerantut.
Update 6pm 3/12/2013 : 13 buah kereta telah dlanggar oleh sebuah lori bijih berhampiran simpang Kampung Sepial Kuala Tembeling.
|
Sungai Tembeling di Jeti Kuala Tahan 2 Disember 2013 |
12:00 pm 13/12/2013 Air kat Sungai Poho dari simpang Jengka 8 ke PPPTR dah mula melimpah ke jalanraya . Sungai Pahang dah mula naik . Sungai Tembeling dah sebak ngat airnya . Nasib air Jelai tak berapa lagi . Kalau Sungai Jelai sama juga sebaknya . Dah boleh dah pakat-pakat orang tebing sungai Pahang berkemas kain baju siap sedia untuk pindah ke tempat yang selamat .
|
Jalan Sg Tekam Getah ke Sg Tekam Utara (Sg Bangkong) |
Bagaimana dengan jawatankuasa keselamatan daerah . dah bersiap sedia ke untuk menghadapi banjir besar tahun ni . Cukup tak bekalan makanan , jangan jadi macam kuantan , bekalan tak berapa mencukupi sekarang ni . JKM perlu bersedia awal , pastikan bekalan makanan mencukupi.
Dah lama betul tak banjir besar ni . Kot-kot tahun ini menjadi betul banjir besar . Kena siap sedialah weh pasukan keselamatan semua . Harap Yayasan Amal Jerantut , BOMBA Jerantut , JPAM Jerantut , Pejabat Daerah , Parti Politik , JKKK juga bersiap sedia dengan jentera mereka untuk membantu setakat terdaya terutama di kawasan yang terkepong oleh banjir ini nanti . Kawasan yang biasa terkepong ialah di Padang Piol , Retang dan ulu ulu tembeling . Pulau Tawar dah tak terasa sangat kepongan air ni . Area damak pun rasanya tak terasa sangat dengan banjir ni . Cikgu sekolah Menengah Pulau Tawar pun kena siap sedia dah ni . Air kat teluk tu dah ada tepi jalan jer . Petang atau malam ini rasanya akan meleleh ke jalan lah tu . Air di Pedok rasanya dan atas jalan . Sungai Tekam Getah mungkin akan terkepong sedikit masa lagi jika semua jalan ynag menghubungkan mereka mula tenggelam yang dijangkakan petang ini .. Kini hanya kendera berat sahaja yang boleh melalui Sg poho dan Sungai Siam. Harap pasukan khas bencana dapat sediakan helikopter untuk mengangkut pesakit-pesakit kritikal yang mungkin ada dimusim banjir ini . No telepon kecemasan untuk dihubungi perlu diaktifkan segera. Mungkin berikut berguna iaitu :
JPAM Jerantut : RESCUE : 09 -2661641 atau 09-267 1740 ,
BOMBA Jerantut : 09-2663444
Hospital Jerantut : No. Tel. (Talian Terus Unit Kecemasan & Kemalangan) : 09-2662333, 09-2661744
Polis Jerantut : 09-2662222
Jalan-jalan yang biasa terputus ialah :
1. Jalan Batu Embun ke Kuala Tembeling
2. Jalan Simpang Pdg Piol ke Pdg Piol
3. Jalan Lubok Payung ke Merting
4. Jalan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat (air dah di tepi jalan , bila-bila masa melimpah ke atas jalan)
5. Jalan Jengka 8 ke Research ( Sg Poho dan Sg Siam) - (air dah atas jalan)
6. Jalan Simpang Jengka 8 ke Jengka 8- (air dah atas jalan)
7. Jalan Lama Pulau Tawar ke Salan - (air dah atas jalan)
8. Jalan Gintong ke Jerantut Feri
9. Jalan Gintong ke Bukit Dinding
10. Jalan Kg Pisang Bukit Puas - (air dah atas jalan)
11. Jalan Sungai Tekam ke Kg Perak (area sg bangkong)
12. Jalan Sg Tekam ke Jengka 10 (jln ladang)
Ini adalah gambar-gambar terkini keadaan banjir yang melanda Jerantut . Hari ini sekitar jam 11 pagi tadi air telah mula naik di beberapa lokasi disepanjang jalan dari Simpang Jengka 8 ke Sungai Tekam
|
Sungai Poho (dekat Simpang Jengka 8 ) 3 Disember 2013 12:30pm |
|
Sungai Siam (Dekat Simpang Research) 3 Disember 2013 12:40pm |
|
Kg Pisang
3 Dis 2013 1:30pm |
Difahamkan juga bahawa terdapat 10 buah kereta milik team 4x4 yang kini terkandas di tengah hutan di Sg Pretang Lepar kerana banjir yang menghalang mereka keluar dari tempat perkhemahan . Doakan mereka selamat . Cari pasal betul buat trip time cam ni . Sungai Pretang ni rasanya kuala tak ke Sungai Tekai ke Sungai Tekam
Banjir-banjir juga . Sape anak yang ada mohon sekolah agama tu boleh semak status permohonan kat sini