Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 8 Julai 2010

Sejarah YB Sepenggal Jerantut

Sejarah YB Sepenggal Jerantut
Agak menarik minat WZWH bila melayari blog-blog politik Jerantut seperti SPUJ, UMBJ, BPUJ, Politik Jerantut, Sangkakala, Menyegar, Sembang Kedai Kopi, Urag Drrulug, Pendua, Cawan Tembaga, Karok, Patpatsikulipat yang membicarakan YB Dato' Wan Amizan sepenggal sahaja oleh kerana beberapa faktor yang dihujahkan oleh blog-blog tersebut.


Ucapan YAB PM Najib semasa perasmian mesyuarat agung UMNO Jerantut yang secara "umum" menegur pemimpin-pemimpin UMNO bahagian "diinterpretasikan" bahawa orang no 1 negara menghentam dan memperli YB Dato' Wan Amizan oleh blog-blog tersebut.


Paling klimaks ucapan penangguhan Kamaruzaman Baria oleh kerana "terprovoke" dengan fakta seorang perwakilan yang Kamaruzaman Baria pernah buat kenyataan "Jalan Hulu Tembeling tidak ekonomik" terus menyingga menyerang habisan-habisan YB Dato' Wan Amizan. Dato' Wan Abu Bakar tersenyum menepuk tangan barangkali ada perbincangan menarik antara kedua-dua mantan Ahli Parlimen Jerantut dan Ketua Bahagian sebelum itu. Cuma Dato' Azizan Yaakob mendiamkan diri mungkin menconggak percaturan politik terkini.


Maka blog-blog Jerantut terus membuat spekulasi bahawa semua orang dari PM sampai ke Ketua Bahagian, Mantan-mantan Parlimen dan Adun, malah Pemuda dikatakan Mustafa Maarof Naib Ketua Pemuda yang meletak jawatan semasa mesyuarat Agung Pemuda UMNO bahagian sebelum itu pun tidak suka...kepada kepimpinan YB Dato' Wan Amizan.


Jika ditanya kepada WZWH sudah tentu WZWH jawab semua spekulasi itu tidak benar dan pada persepsi orang yang tidak suka kepada YB Dato' Wan Amizan akan kata WZWH boleh dilabelkan "BIAS" kerana menyokong YB Dato' Wan Amizan.


Maka kalau itu persepsinya...WZWH dengan fikiran terbuka boleh menerima hak-hak pandangan orang yang tidak suka kepada YB Dato' Wan Amizan. Dan tajuk "Sejarah YB Sepenggal Jerantut" telah memberikan fakta bahawa sememangnya memang sudah ada polisi dari pucuk pimpinan tertinggi bahawa YB Sepenggal di Jerantut adalah "biasa dan normal". Barangkali memberi peluang kepada AJK-AJK UMNO bahagian Jerantut menjadi calon-calon wakil rakyat parlimen atau adun.


Beberapa blog-blog politik telah menyenaraikan lapan orang calon-calon parlimen dan adun Jerantut. Pada WZWH mereka itu layak kerana pengalaman, pendidikan dan kedudukan mereka sebagai pemimpin parti. WZWH tidak pernah memandang rendah mereka kerana WZWH dapati kita ahli-ahli UMNO Jerantut suka memperlekehkan orang kita sendiri dan kita tidak percaya dan yakin kepada orang kita sendiri. Kita lebih mengutamakan dan memandang tinggi orang luar.


Pandangan orang kita dikatakan karut dan pandir. Pandangan orang luar dikatakan sangat baik. Perangai dan hati perut orang kita dikatakan tidak molek. Perangai dan hati perut orang luar dikatakan sangat terpuji walaupun kita tahu apa mereka buat yang sebenarnya! Orang luar dikatakan berpendidikan sangat tinggi. Orang kita sendiri dikatakan tidak berpendidikan tinggi.


Berikut ialah senarai YB Sepenggal Jerantut untuk renungan blogger-bloger semua. Sila komen dan betulkan fakta WZWH jika tersalah:


En Dolah "Dresser" Adun ? 1974-1978
En Dolah-Guru Dewasa Adun ? 1974-1978
Dato' Khairuddin Kawi Adun ? 1974-1978
En Khatib Dahaman Adun Tembeling 1978-1982
En Armia -Pengarah Kemas Terengganu Adun Tahan 1982-1986
Dato' Azizan Yaakob Adun Pulau Tawar 1995-1999
Kamaruzaman Baria Ahli Parlimen 1995-1999
Ustaz Mat Jaafar Adun Tahan 2004-2008
Kita lihat sudah ada lapan orang YB Sepenggal Jerantut. Maka jika YB Dato' Wan Amizan tidak bertanding pada PRU 13 atau mengikuti jejak lapan orang bekas wakil rakyat di atas itu tidaklah memeranjatkan WZWH dan perkara biasa saja kerana YAB PM, MB dan "istana" boleh pilih siapa calon-calon yang mereka fikir sesuai, layak, patut, suka dan yang sangat penting boleh menang pilihanraya. Kita sebagai ahli UMNO perlu akur dan menerima takdir dengan reda dan "JANGAN SESEKALI CAS KETING!"
Posted by WZWH at 10:02 PM 4 comments:
pendengar said...
Byk blogger2 Jerantut menghentam Wan Amizan,tak tahu la cerita2 itu betul atau tidak.Mungkin betul,mungkin tidak dan mungkin juga sebahagian sahaja...Hanya DIA sahaja yg mengetahui..
Sy rasa terpanggil untuk ‘berbahasa’ dalam blog ini kerana sy rasakan hanya blog ini tidak akan delete komen yg sy postkan dan akan sy postkan pada masa2 yg mendatang...
Bukan apa, sy lihat kebanyakan blogger Jerantut yg lain bertuan org yg sama dan juga menghentam mangsa yg sama...Pelik tapi itu lah yg terjadi..
Dan sy bukan memihak pada mana2 individu,tp sy ingin membuka minda para blogger dan juga pembaca blogger khasnya supaya menimbang tara sesuatu fakta sblm menerima dan menyemat di dlm hati dan akal..
Sy juga akan create blog sy sendiri yg bernama ‘Pendengar Cerita’...Tunggulah kemunculannya nnti...
Ok la,direct to the point,baca la komen2 sy hasil cerita yg sy dengar di kedai2 kopi,di majlis2 UMNO,dan pelbagai pelusuk tempat di Jerantut..Umpama tagline Azizan Yaakub “Dato Azizan berada dimana2..”,begitu juga la sy kerana sy akan berada dimana2 untuk mendengar cerita..

1.Dengar cerita Wan Amizan tidak pernah perjuangkan rakyat tapi sy juga mendengar cerita ketika ‘dia’ pernah menjadi Y.B satu ketika dulu di satu DUN,tiada apa yg pembangunan dibawa malah mengabaikan tanggungjwb utk mngejar kdudukan tggi dlm politik...

2.Dengar cerita Wan Amizan perampuk tanah dan Bapa Peneroka Tanah Haram Jerantut tapi sy juga mendgr cerita tanah pasaraya Aktif diluluskan kepada ‘dia’ padahal UMNO Jerantut pun memohon sama. Jikalau ‘dia’ seorg yg mementingkan UMNO Jrantut,dia patut melobi utk UMNO Jrntut kerana dia juga AJK UMNO pada ketika itu...
3.Dengar cerita Wan Amizan seorang yang rendah moralnya,kaki dangdut, minum, dan syabu tapi sy juga mendengar cerita ‘dia’ pun handal juga org nya..’Dia’ pernah mmbawa AJK Pemuda ketika dia mnjadi K.P ke Medan utk berpoya2...

4.Dengar cerita Wan Amizan ada kes bawa lari anak dara orang dan orang berkenaan datang dari DUN yang dia wakili tapi sy juga mendgr cerita yg ‘dia’ kawin senyap2 dgn keraninya tanpa diketahui oleh ibubapa perempuan itu.....mungkin ada sesuatu disebalik cerita misteri itu....
5.Dengar cerita Wan Amizan tidak setia dan derhaka kepada sifu nya dan tamak kuasa tapi sy juga mendengar cerita ‘dia’ pun sama..Semasa ‘dia’ jd K.P ‘dia’ tinggal kan sifunya utk bertanding jwtn Timb UMNO Bhgian dan mjadi regu pada lawan sifunya...Targetnya spaya ‘dia’ mjadi wakil rakyat..Oleh hal yg demikian ‘dia’ pun tamak kerana ‘dia’ K.P+Timblan UMNO Jrt+Wakil Rakyat+Exco Pmuda Msia..Rupanya ‘dia’ pun sama juga....(tapi pada ‘dia’ org lain tak boleh buat, ‘dia’ boleh pulak)..
Byk lagi saya mndengar cerita tentang ‘dia’ tapi lain kali lah sy post kan sbb sy sudah lapar dan ingin makan nasi...Siapakah ‘dia’?????????

July 11, 2010 9:28 PM
Menyegar said...
Emm nampaknya negara kita ni seperti tidak demokratik lagilah,Kalau calon wakil rakyat kita pun PM.MB atau istana yang calon kan. sapa mereka untuk memaksa rakyat memilih?

July 12, 2010 8:38 PM
WZWH said...
Salam Menyegar,
Saudara kena belajar realiti politik Malaysia dan Pahang. Itulah hakikatnya...betapa saudara Menyegar seorang yang liberal dan demokratik ada beberapa "password" dan pagar yang calon kena lalui...tidak kira betapa hebat seseorang itu kalau tidak mendapat perkenan PM, MB...dan seterusnya "istana" (agak selektif) calon itu tidak akan kemana. Itulah adatnya UMNO dan Pahang. Malaysia mengamalkan demokrasi terpimpin. Kecuali saudara Menyegar menjadi seorang revolutioner atau republikan! Betul "mereka" tidak boleh memaksa rakyat memilih tetapi mereka pun ada kriteria-kriteria tertentu menentukan calon. "Mereka" adalah ahli politik profesional tahu apa "mereka" buat. Maaf jika jawapan WZWH mengecewakan saudara Menyegar.

July 12, 2010 10:37 PM
Menyegar said...
Salam saudara WZWH.berbeza pendapat bukan bermakna kita bermusuhan.Dan jawapan saudara berikan itu sememangnya semua orang sudah tahu,Saya cuma inginkan demokrasi sebenar.dimana rakyat yang memilih sesiapa sahaja yang mereka suka.Bukan dipaksa memilih sesiapa yang parti calonkan.Saya rasa ada perbezaan antara memilih dan terpaksa memilih.

July 13, 2010 3:19 PM

Tiada ulasan: