Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 28 Julai 2015

KENYATAAN MEDIA MENGENAI ROMBAKAN KABINET MALAYSIA 2015

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA MENGENAI ROMBAKAN KABINET

Oleh : YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat : PEJABAT PERDANA MENTERI
Tarikh : 28/07/2015

Pejabat Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET


  1. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:

(i)      YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii)     YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii)    YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv)    YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v)     YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi)    YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii)   YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).

Timbalan Menteri Persekutuan:

  1. YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
  2. YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
  3. YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
  4. YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v)     YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi)    YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii)    YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii)   YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix)    YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

  1. Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

  1. Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran

  1. Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

  1. Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

  1. Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

  1. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

  1. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

  1. Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015

















 
 LAMPIRAN

SUSUNAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN BERKUATKUASA 29 JULAI 2015
         


MENTERI

TIMBALAN MENTERI
YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan

YB DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri di JPM

YB DATUK CHUA TEE YONG
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Timbalan Menteri Kewangan
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri

YB DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB TUAN MASIR ANAK KUJAT
Timbalan Menteri Dalam Negeri
YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan

YB DATUK AB. AZIZ BIN KAPRAWI
Timbalan Menteri Pengangkutan
YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan

YB DATO’ SERI DR. HILMI BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Kesihatan
YB DATO’ MAH SIEW KEONG
Menteri di JPM


YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATUK MAS  ERMIEYATI  BINTI SAMSUDIN
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
Menteri Pertahanan

YB DATO' WIRA MOHD JOHARI BIN BAHARUM
Timbalan Menteri Pertahanan
YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri



YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
YB SENATOR DATO’ LEE CHEE LEONG
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
YB DATO’ SRI  DR. JAMES DAWOS MAMIT
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATO’ SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan II


YB DATO’ SRI ANIFAH BIN AMAN
Menteri Luar Negeri

YB DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
Timbalan Menteri Luar Negeri

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM(B)
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)
YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
Menteri di JPM


YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
Menteri di JPM


YB DATUK WILFRED MADIUS TANGAU
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi
YB DATO’ SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA MOHD DUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
Menteri di JPM

YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF
Menteri Kerja Raya

YB DATUK ROSNAH BINTI HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia

YB DATO’ SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB
Timbalan Menteri Sumber Manusia
YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan
YB SENATOR DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
YB DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pengajian Tinggi

YB DATUK YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JIN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
Menteri di JPM


YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
Menteri di JPM

YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan
YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR
Menteri di JPM


YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri di JPM




YB  DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB SENATOR DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan
YB TUAN P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN
Timbalan Menteri Pendidikan

YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
Tiimbalan Menteri Pendidikan
YB SENATOR DATUK SERI PANGLIMA DR. MOHD. SALLEH BIN TUN SAID KERUAK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia


YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di JPM

YB DATO' SERI ONG KA CHUAN
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II


 SUMBER : http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=news&news_id=15515&news_cat=4&page=1729&sort_year=&sort_month=