Beberapa projek dan perkhidmatan di Jerantut telah di audit oleh Jabatan Audit Negara seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara , antaranya ialah :
Projek Baru :
1. ADTEC
2. Naik Taraf Jalan Benta Maran
3. Rumah Kos Rendah
4. etc
Pengurusan Operasi :
1. Pengurusan Hospital
2. Pengurusan Air Jerantut
3. Pengurusan Pelesenan dan Penguatakuasaan Majlis Daerah Jerantut
4. etc
Dalam laporan itu diketemui beberapa kelemahan yang ketara dalam pengurusan projek dan pengurusan operasi . Tujuan audit adalah bagi mengenal pasti kelemahan dan membaiki kelemahan tersebut supaya jangan berulang lagi . Rasanya semua jabatan yang telah diaudit telah atau akan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengelak berlaku perkara yang sama dalam jabatan masing-masing.
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, Pahang mengalami kelewatan pembinaan paling lama iaitu 706 hari atau 23 bulan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011. "Prestasi perolehan peralatan pembelajaran kurang memuaskan. Kelewatan pelaksanaan, proses rundingan harga mengakibatkan peralatan tidak dapat dibekalkan sebaik bangunan siap.Terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi, tidak berkualiti dan tidak sesuai,” ulas laporan berkenaan. (klik sini )
Sementara itu dalam menguruskan organisasi pula , kelemahan ketara yang dikesan oleh Jabatan Audit Negara ialah pengurusan pelesenan dan penguatkuasaan oleh Majlis Daerah Jerantut ( klik sini ).
Jadi tugas auditor adalah mengenal pasti kelemahan dan memastikan jabatan yang terbabit membaiki kelemahan tersebut . Ini adalah tidak lain bagi memastikan wang rakyat yang diperuntukkan digunakan secara effisien tanpa ketirisan.
blog parlimen81 berasa terkejut bila blog WZWH mempertikaikan laporan oleh Utusan (klik sini) berkaitan dengan kegagalan kontraktor utama Jalan Kg Tuit ke Kampung Pagi menyiapkan jalan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan yang sepatutnya siap pada tahun 2013 . Sepatutnya blog WZWH menyokong UTUSAN (klik sini dan sini ) dan penduduk kampong yang yang terlibat dalam mengetengahkan isu ini.
Rakyat tidak mempersoalkan berapa banyak projek yang telah atau dirancang atau diusahakan oleh ADUN atau Ahli Parlimen dan kerajaan di kawasan mereka , malah rakyat sudah tentu menyokongnya . Yang dipersoalkan kenapa projek yang telah diluluskan dan kontraktor sudah dilantik dan mengunakan pula dana wang rakyat yang sepatutnya telah siap tapi hingga kini belum siap . Berdasarkan tinjauan UTUSAN tersebut bersama penduduk kampong , masih banyak bahagian yang belum disiapkan dan menjadi persoalan ialah kewibawaan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membina jalan tersebut mengikut jadual yang harus dipertikaikan . Sepatutnya blog WZWH bersama rakyat yang terlibat memperjuangkan nasib jalan tersebut bukan mempertahankan kontraktor yang terlibat . Kenapa WZWH mempertikaikan laporan UTUSAN dan tidak mempertikaikan kewibawaan syarikat kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut menyiapkan projek terebut mengikut jadual dan kos asal yang ditetapkan ?
blog parlimen81 mencadangkan kepada ADUN Tahan dan Ahli Parlimen Jerantut (sebagai menunjukan keperihatinan nasib rakyat) menulis surat rasmi kepada pihak Jabatan Audit Negara bagi segera menjalankan audit ke atas projek ini bagi mengenal pasti kelemahan yang ada supaya projek ini dapat segera disiapkan dengan kualiti sepertimana spesifikasi yang ditetapkan . Auditor perlu mengaudit projek ini bermula dari awal proses kajian laluan , perlantikan konsulatan , perlantikan kontraktor dan pengurusan projek . Auditor juga perlu mengaudit berapakah kos yang telah dikeluarkan dan adakah terdapat kos-kos tambahan selain daripada RM121 juta yang telah diluluskan pada peringkat awal projek ini . Jika hasil laporan nanti menunjukan terdapat kelemahan yang dikesan maka tindakan susulan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab perlu segera dilakukan oleh ADUN Tahan dan Ahli Parlimen Jerantut sebagai mewakilan rakyat dikawasan mereka.
Jika projek ini siap mengikut jadual bukan sahaja penduduk kampong yang akan menikmatinya bahkan memudahkan ADUN Tahan dan Ahli Parlimen Jerantut untuk melawat rakyat di kawasan mereka . Tidak perlu lagi mengunakan Jet Ski atau
Helikopter . Disamping itu memudahkan juga pemegang konsesi balak dan pemegang lesen pelombongan mineral membawa hasil mereka keluar dan ini secara langsung meningkatkan hasil negeri.
Jadi adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab bila mempertikaikan usaha rakyat mengetengahkan isu ini atau menutup isu kelewatan ini kepada umum.
Hari ini pula 30 April 2014 dilaporkan terdapat satu sesi taklimat di Pejabat Daerah bagi satu lagi projek yang melibat puluhan juta ringgit akan mengalir ke Jerantut iaitu projek membina semula sekolah tunas bakti ditapak asal . Semoga urusan tender tersebut berjalan dengan telus sehingga ke akhirnya.