Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 30 Januari 2012

Kerajaan Barisan Nasional Pahang Ikut Langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Kenyataan MB Datuk Seri Adnan yang nampak agak sikit cengkong hari ini yang memnajangkan tempoh pajakan untuk lot-lot rumah yang mempunyai pajakan 66 tahun kepada 99 tahun secara automatik melambangkan keperihatinan kerajaan Barisan Nasional Pahang terhadap rakyat nya . Langkah ini amat dipuji kerana inilah yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Pahang . Mungkin tidak ramai yang mempunyai tanah lot berpajakan 66 tahun tapi dengan langkah ini maka sebahagian rakyat akan gembira .

Langkah ini hampir sama seperti langkah yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada penghujung tahun 2011 (klik sini) yang hanya mengenakan premium sebanyak RM1000 untuk memanjangkan tempoh pajakan bagi lot-lot kediaman diseluruh Selangor . Langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sangat menyenangkan hati rakyat-rakyat Selangor .

Diharapkan negeri-negeri lain juga akan mengambil langkah yang sama seperti di Selangor dan Pahang dalam mengembirakan hati rakyatnya.

Itulah pentingnya bila ada persaingan politik yang sihat maka rakyat yang untung.

Dibawah ini adalah kenyataan Adnan :


KUANTAN: Home land lots with 66-years lease in Pahang will have the lease automatically extended to 99 years starting this year.
Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said there would be no additional land premium charge for the extension even though the state government stood to lose millions of ringgit in revenue.
"This is the state government's response to claims and complaints that land application processes are slow.
"However, this is limited to home land lots,'' he told reporters after distributing school bags and uniforms to school children donated by Pahang Foundation here on Monday.
Adnan added that he was aware of the tedious processes involved but procedures had to be adhered to.