Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 30 November 2013

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2014 Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Pahang

Salam

Kepada semua ibubapa dan anak-anak yang telah hadir temuduga untuk memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang untuk tahun 2014 . Anda kini telah boleh menyemak permohonan tersebut disini

Tahniah kepada yang berjaya memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

UNTUK SEMAK SILA KLIK IMAGE DIBAWAH INI


kepada yang tidak berjaya anda masih boleh cuba merayu dengan mengisi borang berikut :


selepas itu anda juga boleh semak keputusan rayuan anda disini


Cadangan saya kepada ibubapa yang anaknya dapat 5A atau 4A yang telah berjaya dalam permohonan ini agar kekalkan anak anda disini dengan tidak menerima tawaran dari MARA dan SBP , RK , Integrasi . Jika semua anak yang cemerlang kekal disini Insyallah SMA Pulau Tawar dan SMA Kuala Tembeling dan semua Sekolah Menengah Agama di Pahang juga akan cemerlang seperti cemerlangnya Sekolah Menengah Agama di Selangor dan Wilayah dimana ramai anak-anak yang 5A dan 4A menghuni SMA disana walaupun SMA tersebut hanya sekolah agama biasa. Tidak pelik jika setiap sekolah SMA di Selangor boleh melahirkan berbelas atau berpuluh pelajarnya yang mendapat 9A dalam PMR setiap tahun.

Jadikanlah SMA sebagai sekolah pilihan pertama anak anda . Pada masa yang sama pihak kerajaan , pihak sekolah , pihak Alumni dan pihak YB YB perlu juga berusaha agar SMA menjadi pilihan utama murid-murid cemerlang . 

Jadikan Jerantut sebagai pusat pendidikan Islam bo 1 di pahang ini .

Kini di Jerantut ada :

1. Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar (SMAN)
2. Sekolah Menengah Agama Kuala Tembeling (SMAN)
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Afzan (SMKA)
4. Sekolah Menengah Agama Kota Gelanggi 3 (SABK since 2009) , Pulau Tawar
5. Madrasah Darul Ulum Sungai Salan , Pulau Tawar (Tahfiz wa Ta'alim) - Private
6. Madrasah Mua'alim Yunus Kampung Masjid ,Pulau Tawar (Ta'alim wa Tahfiz) - Private
7. Maahad Tahfiz Al Husaini  Bukit Rang ,Pulau Tawar - Private
8. Maahad Tahfiz wa Ta'alim Al Quran (SABK since 2013), Sungai Badak , Mukim Damak
9. Madrasah Al Imaniah , Kg Feri , Mukim Pedah (Pembelajaran Sistem Pondok) - Private

* SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang ( Korikulum KPM dan Dini/Azhari dan Tahfiz)
   SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Korikulum KPM)
   SABK  - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Korikulum KPM + Persendirian atau Dini/Azhari)

Pelajar -pelajar yang hadir ke sekolah ini datangnya dari seluruh pelusuk malaysia dan dunia . Tapi sayang masyrakat tempatan sendiri memandang rendah instituti pendidikan disini ,sedangkan msyarakat luar jerantut mengiktiraf pendidikan agama yang ada di sini .

Guru-guru yang mengajar juga datang dari pelbagai pelusuk dunia.

Kalau ada kekurang yang masih boleh diperbaiki adalah :

1. Insfrastruktur sekolah
2. Pengenalan subjek aliran sains tulen di sekolah agama SMAN
3. Penubuhan Kolej Islam Peringkat Tinggi di Jerantut





Rabu, 27 November 2013

Jasa Paling Besar UMNO Jerantut Era YB Haji Nazlan

Apakah jasa paling besar UMNO Jerantut dalam era kepimpinan yang baru dipilih baru-baru ini . Jasa paling besar mereka ialah merealisasikan hasrat warga pendidik dan masyarakat Islam di Jerantut untuk menaik taraf Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar ke sekolah gred A .

Terima kasih kepada YB Lan dan YB Dr Ahmad Shukri kerana berjaya menyakinkan pihak JAIP dan kerajaan negeri untuk memberikan sedikit peruntukan sebanyak RM5 juta dari sejumlah  RM100 juta wang Ehsan dari Petronas untuk tahun 2015 sebagai usaha menaik taraf Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar bagi membina dan melengkapkan makmal sains tulen (biologi , kimia , fizik).

Hasil usaha pihak Alumni SMA Pulau Tawar , YB Nazlan dan YB Dr Shukri  maka kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan sekolah Agama Pulau Tawar sebagai sekolah agama gred A . Sekolah agama ini nanti akan dinamakan sebagai Sekolah Menengah Agama Tinggi Pulau Tawar sesuai dengan penarafan tersebut :

Ha ha ha .... acah jer .....ini berita palsu ..... jangan pulak datuk nan gantung p81 dari DUN macam adun PKR tu .......... berita diatas tak wujud pun ..... ini memang betul betul berita palsu ....

Tapi rasanya  itulah harapan dari masyarakat di Jerantut ini agak dapat sekiranya pihak Alumni , pihak YB Nazlan dan YB Dr Shukri memainkan peranan mereka untuk meminta kerajaan negeri atau pusat memberi peruntukan dalam sekitar RM5 juta bagi membolehkan SMA Pulau Tawar membina sebuah bangunan setinggi 4 tingkat yang akan menempatkan makmal sains tulen dan kelas tambahan untuk menampung pelajar aliran sains tulen dan agama . JIka ini dapat direalisasikan oleh YB Nazlan , Dr Shukri maka itu mungkin adalah jasa terbesar mereka untuk penduduk Jerantut . Jika terbinanya bangunan makmal itu nanti , dapatlah cita-cita pelajar sekolah agama untuk tidak setakat menjadi Kadi , Ustaz dan Mufti tapi bolehlah juga mereka menyimpan cita-cita menjadi ustaz yang bergelar doktor , engineer , ahli kimia ke. tolonglah usahakan YB YB semua . Alumni dan pihak sekolah bekerja sama buat , kertas kerja elok-elok dan minta endorsement dari JAIP dan submit kertas kerja tersebut ke MB , EXCO , Yayasan Pahang , JPM atau lancarkan tabung sumbangan agar syarikat korporat dapat menyumpang kepada pembangunan makmal tersebut. Ramai alumni SMA Pulau Tawar yang bergelar DO , Pengarah , ADUN , Ahli Parlimen , mereka ini boleh usahakan untuk follow-up dan lancarkan tabung tersebut . 


Khamis, 21 November 2013

Keputusan Pemilihan Pemuda PAS dan Muslimat PAS Malaysia

Berikut adalah keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Syaari
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Riduan Mohamad Nor

Ketua : Suhaizan Kayat
Timbalan Ketua : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua : Ir Haji Khairil Nizam

Exco :
1.Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre
2. Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudeen
3. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
4. Mohd Shahir Sulaiman
5. Abang Ahmad Kerdee
6. Ustaz Zaharuddin Muhamad
7. YB Ustaz Ahmad Yahya
8. Wan Faizul Wan Salleh
9.Dr Fadhli Ghani
10. YB Ustaz Zawawi Hassan
11. Nurul Islam Mohamed
12. Mohd Sany Hamzan

Dewan Muslimat

Ketua : YB Siti Zailah
Timblan Ketua : YB Dr Siti Mariah
Naib Ketua : YB Mumtaz



Selasa, 19 November 2013

Dua Berita Hebat Pahang Hari Ini : Jalan Kuantan - Jerantut - Ipoh Tiada Dalam Pelan Induk ; Datuk Nan Umum Budget Pahang 2014 Surplus RM2.19

Ada dua berita sensai mengenai Pahang berlaku pada 18 November 2013 :

1. Di Dewan Undangan Negeri - MB Datuk Seri Adnan Yaacob yang baru pulih dari serangan kuman yang agak kronik telah membentangkan budget 2014 surplus .Kerajan Pahang hari ini membentangkan belanjawan lebihan sebanyak RM2.19 juta bagi tahun 2014 dengan anggaran hasil berjumlah RM811 juta. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membentangkan belanjawan tersebut pada mesyuarat kedua penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, berkata ini merupakan belanjawan lebihan ke-11 bagi tempoh 20 tahun."Anggaran kutipan hasil pada tahun 2014 diperoleh daripada hasil tanah dan galian sebanyak RM275 juta, hasil hutan sebanyak RM130 juta, geran daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM206 juta dan lain-lain hasil sebanyak RM200 juta."Pada 2014, Kerajaan Persekutuan dijangka akan memberi wang ihsan sebanyak RM100 juta ekoran daripada penemuan minyak dan gas di perairan Pahang.Pemberian wang ihsan itu nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk faedah rakyat Negeri Pahang," katanya.Adnan berkata, pada tahun depan Pahang menyediakan peruntukan sebanyak RM808.81 juta untuk melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan yang telah dirancang.


2. Di Parlimen pula Datuk Fauzi Abdul Rahman MP Indera Mahkota telah diberitahu Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membina jalan baharu bagi menghubungkan Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut-Kuala Lipis-Cameron Highlands.Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana projek itu tidak termasuk dalam Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya di Semenanjung Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2008.“Tambahan pula cadangan pelaksanaan projek ini akan melibatkan kos sangat tinggi berikutan bentuk muka bumi yang berbukit bukau,” katanya menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.Fauzi ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina jalan raya dari Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut-Kuala Lipis-Cameron Highlands.Bagaimanapun, Rosnah berkata sebagai alternatif, kerajaan bersetuju membina jalan baharu dari Jerantut ke Sungai Lembing, Pahang.Katanya, skop projek itu merangkumi pembinaan jalan baharu sepanjang 43 kilometer termasuk membina tiga jambatan merentasi Sungai Lepar, Sungai Kuantan dan Sungai Kenau dengan reka bentuk piawaian JKR R2.Beliau berkata projek dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta itu kini dalam peringkat reka bentuk dan proses pengambilan balik tanah dan pelaksanaan fizikal projek itu dijangka bermula dalam Rancangan Malaysia ke-11, tertakluk kelulusan peruntukan daripada agensi pusat.Sementara itu, Rosnah berkata kerajaan bersetuju menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine melibatkan laluan Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai.“Skop projek ini ialah membina jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala mengikut piawaian JKR R5 daripada Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan sepanjang 390 kilometer,” katanya.Rosnah berkata projek dengan anggaran kos hampir RM6 bilion itu dibahagikan kepada enam pakej, dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Rancangan Malaysia ke-10.Setakat ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM440 juta bagi tujuan melaksanakan keseluruhan kerja reka bentuk, kos pengambilan tanah dan pelaksanaan kerja fizikal bagi sebahagian pakej tiga (Kuala Lipis-Gua Musang) sepanjang 38 kilometer.“Untuk pakej lain, pembinaan dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

x

Ahad, 17 November 2013

Syahid nya Tarik Sulayman Pahlawan Islam Kerajaan Kota Seludong 1571M

Memorial Pahlawan Islam Kota Seludong
Tarik Sulayman bagi meperingati
kehebatan Tarik Sulayman menentang
penjajahan Sepanyol
Kota Seludong juga di kenali sebagai Kota Lindungan Allah adalah sebuah kerajaan Islam yang gagah perkasa . Kota yang terletak di kuala sungai Pasig ini menjadi pusat perdagangan yang penting suatu masa dulu sama pentingnya dengan Melaka sebagai pusat perdagangan entreport . 
Perdagang utama di Kota Seludong ini adalah dari China dari Dynasty Ming , India , Arab dan Parsi dan Nusantara . 

Kota Seludong adalah kegembilangan yang telah dibentuk sejak abad ke 10M lagi yang bermula dengan terbentuknya kerajaan Tondo . Hasil perkhawinan antara Anak Raja Tondo dan anak Raja Brunei  pada abad ke 15M telah menguatkan lagi kerajaan Tondo ini . 

Asalnya Kerajaan Tondo adalah kerajaan yang tiada agama , dengan perkhawinan anak Raja Tondo dan anak Raja Brunei sekitar tahun 1500 kerajaan Tondo selepas itu telah menjadi kerajaan Islam . Kerajaan Tondo menjadi lebih kuat dengan menjadi kerajaan Islam bila mendapat sokongan kuat dari kerajaan Brunei , kerajaan Sulu yang telah sedia menjadi kerajaan Islam yang kuat

Raja Sulayman I meneruskan hubungan tradisi dengan kerajaan Sulu , Brunei dan Maluku disamping kerajaan China dan meneruskan kegemilangan Kerajaan Tondo dengan menjadikan Kota Seludong sebagai ibu negara Kerajaan Tondo yang baru .

Raja Sulayman I yang memerintah Kerajaan Seludong telah mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan kerajaan Sepanyol pada tahun awal tahun 1570. Tetapi kerajaan Sepanyol ingin menguasai Kota Serudong dan ini tidak dipersetujui oleh Raja Sulayman I dan akhirnya berlaku peperangan antara Kerajaan Seludong dan Sepanyol yang menyebabkan kekalahan dipihak Kerajaan Seludong . Sebelum melarikan diri Raja Sulayman telah mengarahkan supaya Kota Seludong dibakar agar pihak Sepanyol tidak boleh mengunakan segala kemudahan di bandar tersebut . Raja Sulayman telah melarikan bersama pengikutnya melarikan diri ke hulu sungai Pasig untuk bergabung dengan Raja Matanda dan Lakandula dan kembali membentuk kekuatan di situ dengan ( Kerajaan Mahayan , Kerajaan Tondo adalah dibawah penguasaan kerajaan Kota Seludong) . Tarik Sulayman yang menjadi ketua di wilayah Macebebe dibawah pemerintah Raja Sulayman telah  melafazkan taat setia kepada Raya Sulayman dan mereka bersama membentuk kembali kekuatan untuk menyerang Sepanyol . Tetapi Raja Lakandula yang berusaha untuk mengambil pemerintahan dari Raja Sulayman telah berbaik dengan Sepanyol dan akhirnya memujuk Raja Sulayman dan Raja Matanda untuk taat setia Sepanyol . dengan ini Sepanyol telah mengiktiraf Raja Lakanluda sebagai pemerintah Kerajaan Kota Seludong yang sah. Perjanjian taat setia telah ditandatangani pada May 1571 bagi mengiktiraf Sepanyol sebagai penguasa di kerajaan Kota Seludong .  Kerajaan Sepanyol tidak hanya ingin mengadakan perdagangan dengan kerajaan Seludong tetapi ingin menguasai Seludong dan menyebarkan agama Kristian di Seludong . Tindakan ini telah menyebabkan Raja Sulayman menjadi marah . Maka berlakulah peperangan jihad Kerajaan Seludong menentang  kerajaan kristian dari Sepanyol pada Jun tahun 1571 . Dalam peperangan ini pahlawan Rajaa Sulayman iaitu Tarik Sulayman telah mati syahid . Raja Sulayman berjaya melarikan diri ke Pampangan dan membina kembali kekuatan di situ .

Dengan Syahid nya Tarik Sulayman ,dan Raja Sulayman melarikan diri , Sepanyol telah berjaya menguasai Kota Seludong dan mengikat perjanjian damai antara Kerajaan Seludong dan Kerajaan Sepanyol . Raja Lakandula telah ditabalkan sebagai Raja Seludong yang baru . Maka berakhirlah kerajaan Islam Seludong yang bebas . Kerajaan Islam Seludong dibawah pemerintahan Raja Lakandula adalah kerajaan Islam yang dibawah penguasaan kerajaan Sepanyol . 

Keinginan Sepanyol untuk menyebarkan agama Kristian di Kota Seludong telah menyebabkan banyak gereja dibina di Kota Seludong . Pada tahun 1572 gabenor spenyol yang pertama telah mati dan diganti oleh gabnor yang kedua . Gabenor ini tidak meniktiraf perjanjian damai diatara Raja Sulayman dan Raja lakandula dan ingin menghapuskan kekuasa kedua raja tersebut . Ini telah menyebabkan Raja Sulayman telah berpakat dengan bapa saudaranya Raja Lakandula  untuk memberontak terhadap Sepanyol dan berlakulah peperangan hebat iaitu pada tahun 1574 . Dalam peperangan ini Raja Sulayman dan Raja Lakandula telah berjaya dikalahkan oleh Sepanyol . Walau berjaya dikalahkan tetapi pemberontakan tetap diteruskan dan ini menyebabkan Sepanyol terpaksa mengadakan perjanjian damai sekali lagi  dengan Raja Sulayman dan Raja Lankanduka . Pada tahun 1575 Kerajaan sepanyol telah melucutkan Raja Sulaymand dan Lakanduka dari pemerintahan dan melantik anakWalaupun begitu berlaku beberapa pemberontakan kecil selepas itu tetapi akhirnya Sepanyol berjaya mengusai sepenuhnya Kota Seludong pada tahun 1591. Kemudian sedikit demi sedikit rakyat Seludong telah berjaya di babtis kepada agama Kristian Roman . Dan kini hampir 97% rakyat di Kota Seludong adalah beragama Kristian Roman .

Tahniah kepada Dato Aziz dari Kelab Putera 1 Malaysia yang berhajat untuk menjadikan sebuah bandar yang pernah menjadi jajahan Kerajaan Seludong dulu sebagai bandar angkat Malaysia . Semoga dengan ini fahaman Islam berjaya dikembalikan semula ke bandar tersebut yang sejak 500 tahun yang lalu telah dibabtiskan dan hampir terputus hubungan dengan kerajaan Islam.