Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 19 November 2013

Dua Berita Hebat Pahang Hari Ini : Jalan Kuantan - Jerantut - Ipoh Tiada Dalam Pelan Induk ; Datuk Nan Umum Budget Pahang 2014 Surplus RM2.19

Ada dua berita sensai mengenai Pahang berlaku pada 18 November 2013 :

1. Di Dewan Undangan Negeri - MB Datuk Seri Adnan Yaacob yang baru pulih dari serangan kuman yang agak kronik telah membentangkan budget 2014 surplus .Kerajan Pahang hari ini membentangkan belanjawan lebihan sebanyak RM2.19 juta bagi tahun 2014 dengan anggaran hasil berjumlah RM811 juta. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membentangkan belanjawan tersebut pada mesyuarat kedua penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, berkata ini merupakan belanjawan lebihan ke-11 bagi tempoh 20 tahun."Anggaran kutipan hasil pada tahun 2014 diperoleh daripada hasil tanah dan galian sebanyak RM275 juta, hasil hutan sebanyak RM130 juta, geran daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM206 juta dan lain-lain hasil sebanyak RM200 juta."Pada 2014, Kerajaan Persekutuan dijangka akan memberi wang ihsan sebanyak RM100 juta ekoran daripada penemuan minyak dan gas di perairan Pahang.Pemberian wang ihsan itu nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk faedah rakyat Negeri Pahang," katanya.Adnan berkata, pada tahun depan Pahang menyediakan peruntukan sebanyak RM808.81 juta untuk melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan yang telah dirancang.


2. Di Parlimen pula Datuk Fauzi Abdul Rahman MP Indera Mahkota telah diberitahu Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membina jalan baharu bagi menghubungkan Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut-Kuala Lipis-Cameron Highlands.Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana projek itu tidak termasuk dalam Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya di Semenanjung Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2008.“Tambahan pula cadangan pelaksanaan projek ini akan melibatkan kos sangat tinggi berikutan bentuk muka bumi yang berbukit bukau,” katanya menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.Fauzi ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina jalan raya dari Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut-Kuala Lipis-Cameron Highlands.Bagaimanapun, Rosnah berkata sebagai alternatif, kerajaan bersetuju membina jalan baharu dari Jerantut ke Sungai Lembing, Pahang.Katanya, skop projek itu merangkumi pembinaan jalan baharu sepanjang 43 kilometer termasuk membina tiga jambatan merentasi Sungai Lepar, Sungai Kuantan dan Sungai Kenau dengan reka bentuk piawaian JKR R2.Beliau berkata projek dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta itu kini dalam peringkat reka bentuk dan proses pengambilan balik tanah dan pelaksanaan fizikal projek itu dijangka bermula dalam Rancangan Malaysia ke-11, tertakluk kelulusan peruntukan daripada agensi pusat.Sementara itu, Rosnah berkata kerajaan bersetuju menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine melibatkan laluan Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai.“Skop projek ini ialah membina jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala mengikut piawaian JKR R5 daripada Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan sepanjang 390 kilometer,” katanya.Rosnah berkata projek dengan anggaran kos hampir RM6 bilion itu dibahagikan kepada enam pakej, dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Rancangan Malaysia ke-10.Setakat ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM440 juta bagi tujuan melaksanakan keseluruhan kerja reka bentuk, kos pengambilan tanah dan pelaksanaan kerja fizikal bagi sebahagian pakej tiga (Kuala Lipis-Gua Musang) sepanjang 38 kilometer.“Untuk pakej lain, pembinaan dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

x

Tiada ulasan: