Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)
Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional (BN). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional (BN). Papar semua catatan

Rabu, 13 Oktober 2010

PERTANYAAN-PERTANYAAN OLEH AHLI PARLIMEN JERANTUT SEPANJANG TAHUN 2008 HINGGA JULAI 2010 BAGI JAWAB LISAN DI DEWAN RAKYAT

Mengambil sempena persidangan parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini , ramai rakayt Jerantut yang bertanya apakah soalan2 yang telah dikemukakan oleh ahli parlimen Jerantut kepada parlimen sebagai mewakili suara rakyat Jerantut .

Parlimen81 telah mengkaji hansard-hansard parlimen dan aturan urusan mesyuarat dewan rakyat bermula tahun 1999 hingga tahun 2010 . Berikut ini adalah pertanyaan-pertanyaan oleh Ahli Parlimen Jerantut sepanjang tahun 2008 hinga Julai 2010 bagi jawaban lisan di Dewan Rakyat yang dipetik dari Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Walaupun Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah menjadi Ahli Parlimen Jerantut sejak tahun 1999 tetapi pertanyaan-pertanyaan lisan yang tercatat dalam hansard parlimen dan aturan urusan mesyuarat dewan rakyat hanya ada bermula dari tahun 2008 . Ini mungkin kerana sebaik sahaja memenangi kerusi parlimen pada tahun 1999 Tengku Lan terus dilantik kedalam Kabinet dari Disember 1999 sehingga Februari 2008. Untuk pengetahuan semua Pertanyaan Lisan adalah pertanyaan yang biasanya berkaitan dengan isu nasional , antarabangsa dan tempatan oleh ahli parlimen kepada dewan rakyat dan Menteri Kabinet untuk dijawab secara lisan didalam dewan rakyat. Mungkin dalam tempoh berada dalam kabinet Tengku Lan tidak boleh mengemukakan soalan secara lisan sebagai seorang ahli parlimen .

Berikut adalah jawatan Tengku Lan di dalam kabinet Malaysia.
  • Dis 1999 - 31 Oct 2003 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kabinet 1999 Tun Dr Mahathir)
  • 1 November 2003 - Mac 2004 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kabinet 2003 Tun Abdullah)
  • Mac 2004 - Februari 2006 : Timbalan Menteri Pengangkutan (Kabinet 2004 Tun Abdullah)
  • Februari 2006 - 15 Februari 2008 : Timbalan Menteri Pengangkutan (Kabinet 2006 Tun Abdullah)
  • 19 Mac 2008 : Dilantik Timbalan Menteri Luar Negeri (Kabinet 2008 Tun Abdullah - Tolak Jawatan dan kekal sebagai ahli parlimen)
  • Nov 1999 - sekarang : Ahli Parlimen Jerantut
[Pertanyaan Lisan Parlimen81 pula ialah meminta AHLI PARLIMEN JERANTUT atau Pembantunya atau Penyokongnya menyenaraikan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Jerantut (1999 -2010) untuk kemajuan dan pembangunan parlimen Jerantut sepanjang menjadi :
  1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  2. Timbalan Menteri Pengangkutan
  3. Ahli Parlimen Jerantut ] ?

Isnin, 13 September 2010

Orang Ulu Tembeling Menyabung Nyawa

Sedih juga kawan membaca cerita bot karang di Ulu Tembeling beberapa hari sebelum raya hari itu . Kawan tak tahu langsung cerita ini sehinggalah hari ini bila kawan baca blog WZWH dan UragDrulug . Kawan cuba juga bilek-bilek Sinar Harian tapi tak nye ada berita tu . Nasib baiklah sekarang ini blog ada memainkan perana sebagai media alternatif kat Jerantut ini . Surat Khabar kebanyakannya suka bebenor kalau berita berkaitan dengan pemimpin je . Ni ha kawan copy paste berita dari blog-blog tersebut.

Penderitaan Dan Azab Orang Ulu Tembeling


Posting blog Urag Drrulug bertajuk "Menyabung Nyawa Di Pedalaman" memberi lapuran sebuah bot perahu panjang Tembeling telah karam dan terbalik semasa meredah Jeram Panjang mudik Sungai Tembeling 2 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Berita ini begitu menyentuh hati WZWH

Memang Jeram Panjang tempat lokasi selalunya berlaku bot penumpang Ulu Tembeling selalu karam. Sejarah bot karam di Jeram Panjang adalah penderitaan orang Ulu Tembeling kerana sungai yang terpaksa puluhan jeram diredahi kerana tiada kemudahan jalan raya moden dari Kuala Tahan ke Kampung-kampung Ulu Tembeling.

WZWH mula-mula tahu berita malang ini bila menziarahi ayah saudara WZWH, Wan Hamidon bin Wan Ahmad di bandar Jerantut pada malam Hari Raya Pertama. Mangsa yang terlibat ialah ayah saudara sepupu WZWH, Wan Zahari dari Kampung Mat Daling. Isteri Wan Zahari ialah emak saudara benar WZWH, Wan Maziah binti Wan Ahmad.

WZWH diberitahu terdapat 12 orang kanak-kanak dan orang tua di dalam bot ketika kejadian. Ayah Zahari dikatakan mudik salah alur lalu terlanggar batu membuatkan bot melintangi Jeram Panjang. Dan tiada seorang luan (orang di depan bot sekali yang ada galah panjang meninjau dan mengenalpasti alur) maka Ayah Zahari tersilap alur. Terjahan air jeram lalu membuat bot karam dan terbalik.

Mengikut cerita beberapa orang penyelamat, mereka menjumpai 8 orang kanak-kanak bergayut di bawah atap zink. Lantas penyelamat menyelamatkan mereka. WZWH bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini.

Sejarah bot orang Ulu Tembeling karam di jeram-jeram sepanjang yang WZWH tahu tidak melibatkan kematian jiwa kecuali kemalangan bot karam di Jeram Ampai, Tembeling Tengah dan di Kuala Tembeling sahaja.

Masalah jeram ialah bila air surut ada banyak batu-batu timbul manakala bila air besar maka ombak besar dan alur pun berubah. Kalau air bah sangat besar mungin boleh berlaku olak jeram yang baru dengan ombak besar terutama di tempat yang ada banyak batu besar-besar. WZWH pernah mengalaminya sendiri ketika mudik masa air bah 1983 lalu terpaksa menempuh olak jeram baru dekat Kampung Pagi.

Bila bot karam maka amat malang kerana tuan punya bot kehilangan bot dan enjin bot. Harga enjin bot berkuasa kuda 40 ialah RM9000 ke atas. Harga bot perahu panjang Tembeling berharga antara RM10,000 hingga RM15,000. Jika ada duit simpanan, pengusaha bot boleh bila-bila beli enjin tetapi masalah hendak menempah bot baru kerana tukang-tukang bot perahu panjang sudah berkurangan, bekalan kayu cengal untuk buat bot sangat susah dan payah dan tiada kayu lagi. Tempahan bot perahu panjang Tembeling boleh ambil masa dari 6 bulan ke setahun lebih.

WZWH amat faham kekecewaan blogger Urag Drrulug kerana tiada kemudahan jalan raya moden ke Ulu Tembeling. Ini buat Urag Drrulug kritik dan menyalahkan pemimpin. WZWH harap Urag Drrulug bersabar. Projek jalan raya Ulu Tembeling telah bermula fasa pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi sejal April 2010 lalu, seterusnya fasa ke dua dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya fasa ke tiga dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling. Insyallah, WZWH percaya Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta ini akan siap dengan sempurna dalam masa 7 tahun lagi.

Berikut WZWH petik dari blog Urag Drrulug...

MENYABUNG NYAWA DI PEDALAMAN

Gambar hiasan: Bapak Menteri serta pemimpin kita tentu tidak pernah

merasa keadaan sebegini dalam hidup mereka

Beberapa hari sebelum menyambut shawal, dalam suasana masing-masing menyiapkan diri menyambut Hari Raya Aidil Fitri, sama ada berkaitan dengan persiapan peralatan dan bahan-bahan makanan untuk sambutan berkenaan serta pulang ke kampong halaman satu tragedi buruk telah berlaku.

Sebuah bot yang sarat memuatkan penumpang dan barang-barang telah karam dan terbalik di Jeram Panjang berhampiran Kuala Tahan yang hampir mengorbankan beberapa nyawa.

Diberitakan bahawa seorang tua sudah hampir-hampir 'cengkelik' (lemas) di 'olak' Jeram Panjang, 'tengka' diantara Jeram Pangang dengan Jeram Dedari. Nasib baik beliau dapat diselamatkan oleh sebuah perahu lain yang lalu ditempat kejadian dimana mereka didalam bot berkenaan dapat 'menyambar' tangan mangsa yang sudah tidak dapat bertahan dan mengapongkan diri lagi.

Ni kena tanya Wan Zahari dari Kg. Mat Daling. Bot yang karam tu masih tertambat di 'kepala' Jeram Dedari. Injin nya hilang tenggelam. Nasib baik penumpangnya yang termasuk kanak-kanak dapat diselamatkan oleh Orang Asli yang tinggal berdekatan serta oleh Joe Basri, seorang pemandu pelancong di Taman Negara yang kebetulan berada ditempat kejadian ketika itu.

Bukan sekali ini Sungai Tembeling meragut nyawa orang kampong. Peristiwa bot karam berlaku bukan sahaja ketika air 'besar' tetapi berlaku juga dikala air 'surut'. Murahnya nyawa urag drrulug yok?

Penduduk kampong yang terpaksa bertarung nyawa selama ini berharap supaya kerajaan dapat segera mengotakan janjinya untuk membina jalan raya. Ada suara nakal berkata; jika perkampongan dihulu ini didiami oleh kaum cina, sudah tentu kerajaan telah membina jalan raya untuk mereka, malangnya yang tinggal disana adalah bangsa Melayu. Maka mudahlah kerajaan perbodohkan mereka dengan berbagai janji palsu.

Rakyat merasakan bahawa ketika ini bangsa Melayu dilayan bagaikan anak tiri sedangkan kaum cina ditatang bagaikan minyak yang penuh. Kerajaan nampaknya lebih sukan menyusukan kera dihutan tetapi membiarkan anak dirumah mati kelaparan.

Jangan biarkan rakyat di pedalaman terus menyabung nyawa demi kelangsungan hidup mereka, mereka juga berhak mendapat nikmat dan kekayaan negara kita yang merdeka ini. Jika pemimpin tidak mampu jalankan tugas, sila letak jawatan dan bagi peluang pada orang lain.

Oiiiih! Payoh amat kamiq duduk drrulug neh. Tarok lalu kemudahan macam urag de bandor. Nork ilir mudek pon susoh amat. Mase ayer taho kamiq kene tulok bot, mase ayer besor kamiq takot ke umbok besor, takok ke karaph bot kamiq. Sape ke hark buleh membile kamiq? Napork nyeq kena pakok kelain larh PRU natiq, hehehe

WZWH harap Urag Drrulug rasional dalam berfikir jangan cepat ikut hati dan emosi. WZWH akan pastikan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan mengotakan janjinya dan memastikan Projek Jalan raya Ulu Tembeling berjalan mengikut jadual "projek management"nya. Ini prioriti utama WZWH.

Posted by WZWH at 11:38 AM 0 comments:

Rabu, 25 Ogos 2010

Calon-calon Pilihan WZWH PRU 13 Jerantut

Calon-calon Pilihan WZWH PRU 13 Jerantut

WZWH telah mengkaji dan analisa dari semua feedback maklum balas kepada semua posting politik Jerantut blog WZWH tentang calon-calon pilihan untuk bertanding dalam PRU 13. Maka WZWH telah merumuskan calon-calon yang bertanding pilihan WZWH dengan mengandaikan YBM Tengku Azlan tidak berminat lagi bertanding dan calon-calon dari anak tempatan adalah seperti berikut:


Parlimen Jerantut : Dato' Dr Ahmad Shukri bin Ismail (ADUN Pulau Tawar sekarang)
DUN Tahan : Dato' Wan Amizan bin Wan Razak (ADUN Tahan sekarang)
DUN Pulau Tawar : Puan Norhelan binti Mahmud ( Ketua Wanita UMNO Jerantut)
DUN Damak : calon dari MCA
Dato' Dr Ahmad Shukri sangat layak bertanding di parlimen Jerantut untuk mempertahankan kerusi parlimen dari sebarang tokoh dari PAS kerana beliau berkelulusan dari Mesir dan Madinah.


Isu-isu yang dibangkitkan mengenai beliau ialah kes tanah silang dan balak JKKK. Pada WZWH itu semua di bawah kelulusan EXCO Pahang. Dari segi legal dan undang-undang Dato' Shukri tiada salah apa-apa. Hal hutang bisnes hospital swastanya WZWH difahamkan telah selesai dan telah distrukturkan. Pembangkang tidak boleh guna isu ini lagi.


Dato' Wan Amizan mempunyai servis yang baik di DUN Tahan dan beliau disukai oleh pengundi di DUN Tahan. Beliau mempunyai perancangan pembangunan DUN Tahan yang mantap.


Isu-isu yang dibangkitkan mengenai beliau ialah memiliki tanah dan projek atas nama isteri. WZWH dapati tanah yang dimaksudkan seperti tanah di kampung Sempadan adalah kepunyaan PSK (Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang) yang dipajak kepada Dato' Wan Amizan yang bertindak sebagai pemaju dan projek yang dapat ke syarikat isterinya adalah semasa beliau belum menjadi wakil rakyat lagi. Tiada isu untuk pembangkang bangkitkan.


Puan Norhelan adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut maka kerusi untuk wanita di Jerantut sepatutnya diberi kepada wanita. Kali terakhir wanita diberi kawasan DUN ialah Dato' Chu Rahimah Kawi di DUN Tembeling (1995-1999).


UMNO sangat mengharap sokongan dan undi kaum wanita. Maka WZWH merasakan wanita perlu diberi penghormatan untuk bertanding di DUN Pulau Tawar. Puan Norhelan seorang yang amanah dan aktif mengadakan program Wanita di Jerantut.


WZWH berpendapat inilah formula terbaik bagi menjamin kemenangan UMNO dan BN di Jerantut kerana mendapat sokongan padu dari ketiga-tiga penyokong calon. Dato' Dr. Ahmad Shukri tiada masalah dengan Dato' Wan Amizan kerana mereka sebenarnya sudah lama mengenali hati masing-masing bagai abang dengan adik.


WZWH percaya tokoh-tokoh veteran UMNO seperti Dato' JP Bazain, Dato' Wan Abu Bakar, Dato' Chu Rahimah Kawi, Dato' Azizan Yaakob, dan Tuan Haji Kamaruzaman Baria pasti memberi sokongan jitu kepada calon-calon yang WZWH sebutkan tadi.


WZWH akan memastikan Wanita, Pemuda dan Puteri berkerja dengan lebih gigih lagi di cawangan-cawangan di setiap DUN dan Parlimen merentasi semua komuniti 40,000 pengundi parlimen Jerantut.


WZWH amat berharap BN dan UMNO dapat mempertahankan kerusi parlimen Jerantut dan 3 DUN dari serangan pembangkang pada PRU 13 nanti.


Posted by WZWH at 5:14 AM 7 comments:
ObO said...
Salam, saya sokong penuh pandangan tuan cuma DUN Damak khabarnya akan diwakili oleh calon UMNO memandangkan kemerosotan undi calon MCA semakin terasa dan majoriti pendundi Melayu di DUN berkenaan. Saya sokong Wan Amizan tanding Parlimen memandangkan jawatannya dalam parti sebagai Timbalan Ketua dan Ketua Pemuda, memang wajar.

August 25, 2010 11:59 AM
WZWH said...
Salam ObO,
Jika Damak diberi kepada UMNO, WZWH mencadangkan Dato' Azizan Yaakob bertanding. Beliau masih boleh memberi khidmat kepada masyarakat. Beliau aktif dalam NGO Jerantut. Dato' Wan Amizan berdasarkan jawatan dalam parti berpeluang bertanding parlimen. Apa-apa pun terserah kepada pucuk pimpinan memilihnya.

August 25, 2010 12:54 PM
ObO said...
Salam WZWH,
Saya berpendapat bahawa calon recycle adalah tidak wajar pada masa kini terutamanya bagi DUN Damak kerana BN harus memujuk pengundi yang sudah lama kecewa terhadap BN dan rekod Dato'Azizan juga bukan terlalu jernih dan saya juga percaya beliau tidak berminat lagi untuk calon DUN tetapi mungkin bagi kerusi Parlimen

August 25, 2010 9:44 PM
WZWH said...
Salam Obo,
Obo betul Dato' Azizan mungkin berminat dengan kerusi parlimen. Dato' Azizan kena bersaing dengan Dato' Shukri la.

August 25, 2010 11:08 PM
Anonymous said...
Salam WZWH,
Saya memang telah menduga barisan kepimpinan inilah yang bakal saudara ketengahkan. Mungkin juga inilah barisan yang akan tumbang kepada pembangkang dalam PRU 13 nanti. Lenyaplah legasi UMNO di jerantut. Pendapat saya selagi mereka yang rakus dan korup terus dijaja kepada pengundi di sini alamatnya ada yang menjadi tepung bungkus nanti. Antara ciri-ciri pemimpin yang dihormati dan terpuji:

1. Amanah

Dr. Shukri...NO
Wan Amizan...NO
Norhelan.....NO

2. Rajin bekerja

Dr. Shukri...Bankrup
Wan Amizan...Korup
Norhelan.....Korup

3. Berintegriti

Dr. Shukri...NO
Wan Amizan...NO
Norhelan.....NO

Dato' Azizan mesti suka ni....

August 26, 2010 10:19 PM
WZWH said...
Salam Anon 10:19,
Cuba anon ketengahkan pulak calon-calon pilihan anon. Saya akui apa yang anon cakap tu ada betulnya. Ini untuk perbincangan kita mencari calon-calon terbaik dari yang baik.

August 27, 2010 12:53 AM
Anonymous said...
kenapa tidak WZWH, bg saya ini peluang yang harus diberi kepada WZWH, yang mempunyai Pendidikan Tersendiri... Mempunyai pandangan positif di dalam politik...

August 27, 2010 5:12 PM

Rabu, 11 Ogos 2010

PERTANYAAN-PERTANYAAN OLEH AHLI PARLIMEN JERANTUT SEPANJANG TAHUN 2010 HINGGA JULAI 2010 BAGI JAWAB LISAN DI DEWAN RAKYAT

18 Mac 2010
67. PR-1231-L36999
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah benar pendapatan Petronas berkurangan sebanyak RM58 bilion. Kalau benar, apakah kesan terhadap perbelanjaan kewangan Kerajaan.

23 Mac 2010
7. PR-1231-L36994
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jaminan terhadap keselamatan dan keamanan di dalam negara dengan begitu ramai buruh asing yang bertugas di negara kita.


24 Mac 2010
53. PR-1231-L36996
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah perlu diadakan KPI terhadap CEO GLC di negara kita memandangkan prestasi mereka tidak begitu menyerlah.

1 Apr 2010 (Perbahasan)
5. PR-1231-L37001
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah satu kajian perlu di buat untuk memastikan jalanjalan yang di bina di luar bandar tidak terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat.

7 Apr 2010
56. PR-1231-L36998
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah perlu satu pasukan pemantau ditubuhkan oleh pihak ICU untuk memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh pejabat daerah.


13 Apr 2010 (Perbahasan)
3. PR-1231-L36997
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [Jerantut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah bermulanya khidmat kapal terbang yang baru dibeli oleh MAS. Adakah pembelian itu mengikut jadual asal.

14 Apr 2010
65. PR-1231-L36995
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pendapatan di antara pihak polis dan tentera setanding atau adanya perbezaan.

9 Jun 2010 (Perbahasan)
7. PR-1232-L38846
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sebanyak manakah peruntukan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan kemahiran dan disiplin belia dan beliawanis di seluruh negara bagi tahun 2010.

24 Jun 2010
11. PR-1232-L38839
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah kesan kepada kewujudan PLKN kepada generasi muda pada hari ini. Sejauh manakah kesedaran yang didapati oleh generasi muda untuk bakal menjadi seorang dewasa yang berguna kepada masyarakat.

8 Julai 2010
45. PR-1232-L38850
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah cara-cara yang lain oleh pihak SPR untuk mengurangkan pilihan raya kecil bila berlakunya kekosongan. Ini disebabkan telah banyak wang rakyat yang telah dibazirkan melalui pilihan raya kecil ini.

13 Julai 2010 (Perbahasan)
9. PR-1232-L38857
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan yang telah disediakan untuk mengisi kekosongan Bangunan LCCT yang lama bila LCCT yang baru siap untuk digunakan.

Sabtu, 19 Jun 2010

DUN Pulau Tawar Momentum Yang Lesu!

DUN Pulau Tawar Momentum Yang Lesu!
Pada PRU 2008, DUN Pulau Tawar menyumbang majoriti lebih 3100 undi kepada parlimen Jerantut. Kalau tidak kerana pengundi-pengundi yang majoritinya terdiri daripada peneroka Felda sudah tentu sukar untuk BN mempertahankan kerusi parlimen di Jerantut.

WZWH ingin memberi satu laporan 'feedback' dari suara akar umbi di DUN Pulau Tawar. Diharap mendapat tindakan dan susulan dari ADUN Pulau Tawar.

Selepas kemenangan selesa DUN Pulau Tawar dalam PRU lepas, kini pergerakan DUN Pulau Tawar menjadi statik dan lesu. Momentumnya semakin lesu dan ini amat membimbangkan UMNO dan BN. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya!

Hasil dari perbincangan WZWH dengan beberapa Ketua Cawangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO cawangan di DUN Pulau Tawar, WZWH mendapati:

Sukar untuk berjumpa dengan YB ADUN Pulau Tawar. Pejabat Perkhidmatan ADUN sunyi.
Minta peruntukan payah jadi banyak program terbantut di cawangan-cawangan.
Ketua Cawangan Sungai Tekam dan Gelanggi satu meletak jawatan. Kenapa?
Penubuhan ranting parti PKR di Gelanggi 2 dan beberapa ranting PKR di DUN Pulau Tawar. Mengapa jadi begini?
Banyak borang biasiswa Yayasan Pahang dari DUN Pulau Tawar ditandatangani oleh ADUN-ADUN lain.
Kalau dulu ada orang kuat ADUN seperti En. Nordin Wahid, En. Nordin Yit, Abang Jantan dan En Zainor yang boleh orang DUN Pulau Tawar terpa atau berjumpa tetapi sekarang tiada lagi.
Selama 3 penggal menjadi ADUN Pulau Tawar apakah sumbanganya yang boleh dinampak oleh pengundi di DUN Pulau Tawar?
Terdapat 5000 pengundi baru yang terdiri dari golongan muda dalam PRU 13 nanti. Apa jaminan majoriti 3100 di DUN Pulau Tawar dan parlimen Jerantut dapat dipertahan?


Jika dibiarkan DUN Pulau Tawar begini maka ianya akan memberi kesan kepada UMNO dan BN di Jerantut. Diharap ADUN Pulau Tawar dapat menerima laporan 'feedback' dari akar umbi dan diambil tindakan.
Posted by WZWH at 11:54 AM 1 comments:
Anonymous said...
WEHHH .... DEME BARU TAHU KEEE .... BUKAN DUN PULAU TAWAR JE LEMBAB .... SEMUA DUN LEMBAB TERMASUK PARLIMEN MEMANG LEMBAB .... KAS DAH TAHU LAMA DAH .... DEME SEBENARNYA YANG LEMBAB SEBAB BARU TAHU YANG DEME TU LEMBAB

September 3, 2010 2:21 PM

Post a Comment

Jumaat, 11 Disember 2009

PERTANYAAN-PERTANYAAN OLEH AHLI PARLIMEN JERANTUT SEPANJANG TAHUN 2009 BAGI JAWAB LISAN DI DEWAN RAKYAT



18 Febuari  2009
43. PR-1221-L16639
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cara mengikuti perkembangan projek-projek yang telah dimajukan kepada EPU, yang dapat diluluskan dengan secepat mungkin. Nama baik EPU amat terjejas pada hari ini.

23 Febuari 2009
26. PR-1221-L16636
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ]minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Dewan Konvensyen di Putrajaya dapat mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu memandangkan ianya kurang di guna pakai.


24 Febuari 2009
24. PR-1221-L16642
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah diadakan sesi soal jawab dengan YAB Perdana Menteri dalam masa satu jam di Dewan Rakyat satu bulan sekali. Sesi itu kemudian disiarkan secara langsung di seluruh negara.

3 Mac 2009
13. PR-1221-L16634
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh mana persediaan untuk melaksanakan Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

11 Mac 2009 (Perbahasan)
5. PR-1221-L16631
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah cara-cara untuk mengawal keadaan jenayah yang semakin menjadi-jadi di negara kita.

12 Mac 2009
67. PR-1221-L16632
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perhimpunan PBB mesti di adakan di New York mengapa tidak dicadangkan ke negara yang berkecuali umpama di Switzerland.

18 Mac 2009
43. PR-1221-L16645
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah peranan Kementerian untuk memberi fahaman kepada generasi muda sejarah Kesultanan Melayu di negara ini dan juga adat resam dan budaya Melayu ini terus kekal unggul di negara
kita.

15 Jun 2009 (Perbahasan)
5. PR-022-L18426
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar Pakej Rangsangan Ekonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan baru-baru ini akan pergi kepada sasaran yang tepat iaitu untuk membantu rakyat,terutama rakyat di kawasan luar bandar.

17 Jun 2009
119. PR-022-L18427
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perlu kakitangan Kerajaan diletakkan di bawah satu Kementerian dan seorang Menteri yang bertanggungjawab mengikuti prestasi kerja-kerja mereka daripada satu masa ke satu masa. Adakah perlu 'key performance index' itu wujud
bagi mereka.

22 Jun 2009
67. PR-022-L18428
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah perlu Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco juga di aksess bagi setiap enam bulan dalam segi prestasinya atau mengikut 'key performance index' (KPI).

24 Jun 2009
90. PR-022-L18429
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah cara-cara untuk meningkatkan lagi kegiatan mempromosi Malaysia di luar negara dan tarikan terhadap pelancong untuk datang ke negara kita. 25 Jun 2009

25 Jun 2009 (Tidak Hadir)
5. PR-022-L18430
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah cara-cara untuk mengembalikan zaman kegemilangan Askar Melayu Di Raja,memandangkan begitu banyak jasa mereka kepada negara.

29 Jun 2009 (Perbahasan)
7. PR-022-L18431
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perlu kita merombak balik peranan GLC ini, ada di kalangannya yang rugi dan membebankan wang ringgit Kerajaan. Ada di antara CEO daripada GLC ini tidak langsung mengendahkan surat-surat daripada Menteri-menteri kita.

22 Oktober 2009 (Perbahasan)
3. PR-1223-L33066
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah rasionalnya kita memiliki kapal selam ini dan adakah kapal selam yang kita peroleh ini sama taraf dengan apa yang dimiliki oleh negara jiran kita di Singapura.
28 Oktober 2009 (Perbahasan)
3. PR-1223-L33064
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan ekonomi orang-orang Melayu pada ketika ini, sejak Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.
29 Oktober 2009
35. PR-1223-L33068
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perlu kita mengadakan zoning untuk perlancongan dalam segi aktivitinya untuk mengelak percanggahan dengan undang-undang Islam di negara kita.

2 November 2009
35. PR-1223-L33063
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional di sebalik tidak menamakan Agama dan Bangsa di dalam pengisian borang-borang rasmi.3 Nov 2009


3 November 2009
32. PR-1223-L33062
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan kewangan Rizab negara pada hari ini. Apakah perancangan Kerajaan untuk meningkatkan usaha memperkukuhkan kewangan kita.

4 November 2009
23. PR-1223-L33056
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menghapuskan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil dengan hanya satu sekolah sahaja iaitu Sekolah
Kebangsaan, berkonsepkan 1Malaysia.




5 November 2009
17. PR-1223-L33065
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah perlu kita mengkaji semula peranan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Mengapa tidak diadakan 'Intelligent Unit' di setiap Kementerian untuk melaksanakan tanggungjawab yang sama.

9 November 2009
23. PR-1223-L33059
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan untuk belia-belia di dalam kawasan FELDA untuk menghindarkan mereka daripada terjerumus di dalam dunia dadah.

8 December 2009
32. PR-1223-L33055
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN adakah pihak Kementerian bercadang mengadakan satu Dewan Konvensyen untuk kegunaan semua jenis pertunjukan sama ada daripada luar atau dalam negara.

Sabtu, 11 Oktober 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN OLEH AHLI PARLIMEN JERANTUT SEPANJANG TAHUN 2008 BAGI JAWAB LISAN DI DEWAN RAKYAT


1 Julai 2008 (Perbahasan)
11. PR-1212-L13736
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah cara-cara untuk mendedahkan anak-anak muda pada hari ini, cara hidup dan tradisi yang telah kita amalkan selama ini dengan adanya harmoni di kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum.

3 Julai 2008
85. PR-1212-L13734
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah cadangan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan kaum-kaum di negara ini dan kefahaman mereka kepada budaya dan tradisi masing-masing.

7 Julai 2008
66. PR-1212-L13733
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cara-cara yang boleh mempercepatkan sistem pentadbiran Kerajaan dalam meluluskan dan melaksanakan projek terutamanya di kawasan luar bandar.

8 Julai 2008
42.PR-1212-L13735
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perlu perkara-perkara sensitif yang dianggap oleh masyarakat berbilang kaum tidak dibenarkan dibangkit dan dibincangkan di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.