Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 14 September 2011

parlimen81 Sokong Deklarasi Bukit Kepong

parlimen81 dengan ini membuat satu deklarasi pada hari ini 14 September 2011 menyokong penuh deklarasi yang dibuat oleh Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia pada 13 September 2011 yang berbunyi seperti berikut :

“Bahawa kami seluruh ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia pada 13 September 2011 dengan ini membantah serta menolak apa-apa jua kenyataan yang boleh mengguris hati dan perasaan pejuang yang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta,”

parlimen81 juga menyeru semua pihak di Jerantut ini menyokong deklarasi ini dan menyeru semua masyarakat Malaysia dan kerajaan Malaysia supaya menyokong dan meimplementasikan deklarasi ini dalam kontek mengiktiraf semua pejuang-pejuang yang mempertahankan agama , bangsa dan tanah air tercinta ini semenjak sebelum dijajah , ketika hampir dijajah , ketika memperjuangkan merdeka sehinggalah kepada mempertahankan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan.

Tiada ulasan: