Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 15 September 2011

Mogok Lapar , UMNO , Balak , Kerajaan Pahang dan RM70 Juta ?

Sepuluh pemegang saham syarikat Seruan Gemilang mengadakan mogok lapar di Segambut bermula Khamis (8 Sep 2011) lepas bagi mendesak Menteri Besar Pahang Adnan melunaskan ganti rugi sebanyak RM70 juta.


Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.
Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.

Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.

Dua daripada mereka sudah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas hanya minum air kosong sejak bermula mogok lapar itu.

Johnson Chong, 68, dibawa pulang ke rumah selepas pemeriksa doktor Sabtu lalu dan diikuti Ramli Sulaiman, 42, yang dimasukkan ke hospital kelmarin.

sumber  : http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/pemegang-saham-mogok-lapar-tuntut-pahang-bayar-rm70-juta/
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5411-ganti-rugi-eloklah-adnan-lepas-jawatan

Tiada ulasan: