Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 10 September 2011

Memahami Cukai 6% Telekomunikasi

Hasil kaji selidik parlimen81 mendapati bahawa cukai 6% yang ingin dikenakan oleh kerajaan kepada pengguna telepon ini telah lama diperkenalkan oleh kerajaan iaitu semenjak beberapa tahun yang lepas . Cuma selama ini cukai untuk prepaid tersebut diserap oleh syarikat telekomunikasi . Bererti selama ini syarikat telekomunikasi telah membayar kepada kerajaan cukai sebanyak 26% + cukai6% . Berbanding dengan syarikat lain yang hanya perlu membayar sebanyak 26% . Jadi syarikat telekomunikasi perlu membayar sebanyak lebih daripada 26% cukai kepada kerajaan . Cukai 6% ini pula bukan dikira dari jumlah jualan kasar syarikat . Maksudnya jika syarikat mempunyai sales prepaid berjumlah RM1 Billion maka cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan ialah sebanyak RM60juta ringgit  (agaknyalah sebab parlimen81 pun bukan tahu sangat). Dan katakanlah untung sebelum cukai syarkat telekomunikasi itu dalam RM200juta maka syarikat telekomunikasi perlu membayar lagi sebanyak RM52juta sebagai cukai koporat. (bukan keparat)

Cukai 6% ini akan digunakan oleh Suruhjaya Komunikasi di bawah Menteri Rais untuk membangunkan infrasturktur diluar-luar bandar yang memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan dan tidak menguntungkan syarikat telekomunikasi . Antara projek2 itu ialah seperti schollnet , projek netbook , projek usp , projek kampung wi-fi , projek pusat broadband komuniti dan lain-lain lagi  (mintak maaflah kalau parlimen81 silap tulis sebab parlimen81 pun main cedok-cedok dari sumber internet je)

Sebenarnya cukai yang menjadi polemik sekarang ini hanylah cukai untuk prepaid sedangkan selama ini kita telah membayar cukai untuk talian telepon tetap dirumah dan semua pengguna post-paid juga membayar cukai ini . Cukai ini telah digazetkan oleh kerajaan yang perlu dibayar oleh pengguna. Selama ini syarikat teekomunikasi terpaksa menyerap cukai prepaid ini . Padahal kalau ikut gazet kerajaan pengguna yang kena bayar.
Jadi cukai inilah yang ingin dilepaskan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna . Jadi kalau PM Najib cakap , justiifikasi untuk mengenakan cukai ini solely dibuat oleh syarikat telekomunikasi , pedaáh jer lah PM Najib tu . Sebab cukai ini memang diambil oleh kerajaan selama ini cuma selama ini diserap oleh syarikat telekomunikasi . Dan mungkin ada perjanjian sebelum ini iaitu syarikat telekomunikasi akan menyerap cukai ini utk beberapa tahun kemudian pengguna akan menaggung pula (agaknyalah macam isu kenaikan tol laaa) Dan parlimen81 percaya semua drama ini akan selesai tak lama lagi dengan semua syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menyerapkan kos ini selama setahun lagi ( parlimen81 main teka je ... entah betul ke entah idak)

(Nota : Jangan percaya sangat fakta ini . kemungkinan fakta ini silap . Cuba cari fakta yang lebih baik dan tepat dari analisa yang parlimen81 buat ini)

Tiada ulasan: