Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 15 September 2011

GST dan Tax Kad Prepaid kemungkinan selepas PRU-13 ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.


"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Najib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Ulasan parlimen81:

PM Najib nampaknya seperti telah bersiap sedia untuk menumbangkan BN dari dalam apabila idea untuk melaksankan cukai 6% pra bayar (klik sini) pun di bantah oleh rakyat . Inikan pula GST yang merangkumi keseluruhan produk yang taxnya lebih kurang 4% .


Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang syarikat-syarikat telekomunikasi daripada mengenakan cukai enam peratus bagi perkhidmatan telefon bimbit prabayar yang dikendalikan mereka.

NONECukai yang diperkenalkan pada tahun 1998 sebenarnya adalah cukai pengguna yang lazimnya ditolak oleh pembekal perkhidmatan kepada pengguna.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih boleh menghalang pengguna daripada menanggung bebanan itu dengan menghapuskan cukai perkhidmatan itu secara keseluruhannya.

Menteri kewangan boleh bawa perkara ini ke Kabinet dan gunakan kuasa menteri untuk memberi pengecualian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan (1975).


Tiada ulasan: