Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 12 September 2011

Gesa PM Bina Universiti Perdana Di Jerantut

Berita hari ini mengatakan PM Najib bagi biasiswa kepada pelajar universiti baru iaitu Universiti Perdana (klik sini) . Kat Jerantut ini banyak sungguh tanah kalau University Perdana (klik sini) nak . Cakap jer lah kat maner . Mesti DO , Ahli Parlimen Jerantut dan ADUN Tahan , Pulau Tawar dan Damak boleh rekomen kan kepada MB untuk kelulusan . Tapi kenapa tanah Mardi yang sekakang kera itu juga yang Board of Director ( klik sini) Perdana University nakkan.

Kesian kat MARDI , makin lama makin susut tanah mereka di pinggir Putrajaya dan Kuala Lumpur di serahkan kepada pemaju2 yang semakin berjejeh air liur menahan untuk melahap tanah-tanah MARDI (klik sini) dan UPM di pinggir Putrajaya itu .

Dengar cerita WZWH dan ADUN Tahan dah luluskan sebanyak 1000 ekar (klik sini) tanah untuk pembangunan universiti di Ulu Tembeling . Mungkin WZWH boleh buat proposal untuk binakan secara percuma Ibu Pejabat MARDI yang baru dan Universiti Perdana  di ULU Tembeling dan sebagai tukarannya WZWH boleh majukan tanah MARDI di KL itu sebagi pusat komersial utama di pinggir Putrajaya dengan nama Tembeling Business Center.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapa mahu masuk dalam hutan daa.. lepas tu jadi lembab otak macam pakcik dan makcik felda. Sebab tu Universiti Perdana perlu berada di kawasan pesat membangun..biar minda cergas...

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapat projek-projek besar samada dalam bidang pendidikan, industri perlu diadakan di kawasan pinggir bandar, di jerantut ini masih banyak lagi tanah kerjaan untuk pembangunan, yang penting pihak berkuasa tempatan dan ahli politik perlu mengklasifikasikan atau menyusunnya mengikut zon tertentu di kawasan pinggir bandar ini (sekitar jalan temerloh, jalan benta dan jalan jerantut-ferry), umpamanya sekarang ini telah terdirinya sebuah kolej kemahiran diperingkat diploma ke atas iaitu ADTEC di Temin, jadi 0leh kerana kawasan itu masih luas adalah perlu kawasan itu dijadikan zon pendidikan tinggi..